Isnin, November 15, 2010

Kerinduan Yang Teramat . . .

Ntah lah.Aku tak tau kenapa sejak kebelakangan nie aku rasa semacam je.Mungkin ade sesuatu yang bakal aku terima.Sepertinya yang tak baik.@ nie hanya perasaan aku je kot.

Sejak du menjak nie aku rasa sedih sangat.Aku sangat rindukan seseorang yang sekarang berada jauh dari aku.Aku sunyi & tak tahu nak syer kat sesiapa.Nak xnk aku tulis lah dalam laman blog aku nie.Hurm.

Aku sebenarnya tak boleh jauh dari family aku.Kalau aku ada problem mesti aku akan lepak kat rumah family aku.Tapi sekarang aku jarang balik umah fmly aku.Sebab atuk n nenek aku tengah mengerjakan ibadah haji.Aku risau kalau aku balik nanti aku akn bertambah-tambah sedih.Maklum r,aku kan manja dengan atuk aku.hurm.

Tapi sebagai budak yang comel aku tetap akan kuatkan semangat sampailah keluarga aku yang sedang berada di tanah suci selamat pulang.Amin.

Khamis, November 11, 2010

apa dah jadi...

Aku tak fahamlah dengan parti yang adil kononnya.Tapi padahal apa yang diwar-warkan semuanya ibarat menanam tebu dipinggir bibir.

Dah banyak perkara aku persoalkan.Dari dulu sampailah sekarang.Parti apa lagi kalau bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Kononnya adil untuk rakyat.Tapi yang jadi mangsa rakyat yang tak bersalah.Ntahlah nak cakap apa lagi aku pun tak tau.

Umur parti baru 12tahun.Kalau umur 12tahun untuk manusia adalah umur yang membawa zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.Seputnya zaman ini dia dah bersedia untuk melangkah ke suatu zaman yang lebih matang.

Tapi aku betul-betul sangat tak faham dengan misi & visi asal yang diimpikan oleh pemimpin agung yang mereka sangat-sangat sanjung.Dulu kesilapan yang paling bodoh pernah Anuar buat apabila memilih orang yang salah pada pilihanraya.Pada dia calon tu mampu memberi kekayaan &kejayaan besar kalau menang pilihanraya.Akhirnya BN menang besar.

Sekarang orang yang dia anggap mampu memberi kekayaan untuk kepentingan diri sendiri akhirnya berpaling tadah dengan menarik diri dalam merebut jawatan ke-2 tertinggi dalam parti.So sekarang nie nak salahkan sapa lagi.

Kalau matlamat asal dah menyimpang,tak terkejulah kalau masing-masing angkat kaki.Umur parti sudah 12tahun,tapi pemilihan parti pun kucar-kacir.Macam mana kalau nak memerintah lebih 27juta rakyat.Kanak-kanak memilih ketua darjah bila awal tahun pun buat dengan penuh adil dan dipersetujui dengan sebulat suara.Takkanlah masing-masing dah tua bangka tak reti nak belajar dari kesilapan.

Ahad, Jun 13, 2010

mane sahabat...mane musibat...

Aku bukan nak sound sesiapa.Tapi aku dah mula kecil hati atas apa yang berlaku.Beberapa bulan dulu aku sakit tahap gabanlah katakan.Pada aku dah nak sampai ajal.Punyalah bisa.Kalau nak kata tido memang 1 hari aku mampu tido 3 jam je.Tu pun aku kejap-kejap mesti sedar.
Time tu aku mengharapkan orang yang aku sayang ada disisi.Tapi nak buat macam mana,masing-masing jauh.Yang paling aku kecewa tak ada seorang pun insan yang aku sayang n aku anggap sebagai sahabat datang menjenguk.Sedangkan masing-masing tau aku sakit.
Hurm entahlah.Sekarang baru aku tau sapa SAHABAT n sapa MUSIBAT.Tapi aku hargai n sangat hormat seorang yang benar-benar layak diberi penghargaan.Dia sanggup ponteng sekolah demi nak menjaga aku.Thank you so much.
N pada sesiapa yang rasa-rasa aku pernah anggap dia kawan,bolehlah bawa diri korang.Aku sangat tak hargai kawan yang perangai macam setan.Pada semua aku nak mula lembaran baru.Sapa-sapa yang layak nak menggantikan kawan-kawan yang aku dah buang jauh tu silakan.Janji perangai jaga elok-elok sebagai seorang kawan.

Jumaat, Mei 28, 2010

Mana Semangat Setia Kwan

Aku nak komen bila aku start dengar berita nie.Tapi aku fikir biarlah tunggu sampai tindakan apa yang dia amek.Hari aku tulis blog nie setelah dengar tindakan yang baru diambil.

Aku terkejut dengan tindakan anak pemimpin paling lama dalam MIC,S.Samy Vellu,S.Vil Paari bila mengatakan yang UMNO terlibat dalam konflik MIC yang merancang menjatuhkan bapa dia.

Kemelut yang melanda MIC bukan dirancang oleh mana-mana pihak dalam Barisan Nasional,mahupun UMNO sendiri.Tapi semua yang berlaku adalah dari konflik dalaman parti itu sendiri.Memang bodohlah kalau menuding jari pada orang lain sehingga boleh merenggangkan semangat setia kawan yang setelah lama terjalin.

UMNO selaku pemimpin dalam komponen Barisan Nasional tak pernah campur tangan dalam mana-mana parti yang berada dalam Barisan Nasional.Tapi kenapa mesti ada tuduh menuduh sehingga mencacatkan hubungan setia kawan.Memang layak bila pemimpin no2 parti mengatakan yang Vel Paari adalah biadap.

Memang Vel Paari telah menyatakan permohonan maaf kepada UMNO khususnya & Barisan Nasional amnya,tapi lain kali gunakan akal sebelum buat sesuatu kenyataan.Bukannya perasaan.Memang sedap kalau menyatakan sesuatu dengan niat mempertahankan bapa sendiri,tapi berapa juta ahli UMNO yang dah terguris dengan kenyataan bodoh yang dah dibuat.

Lain kali jangan kerana masaalah sendiri sehingga melibatkan orang lain.Hormat parti,& bukan hormat keputusan sendiri.Guna otaklah S.Vel Paari.

Sabtu, Mei 22, 2010

Apa pilihan mu............

Suatu hari seorang remaja jumpa seorang pak cik.Dia bertanya;

Remaja: Pak cik,saya keliru sekarang.Ada seorang lelaki nie minat sangat dekat saya.Dia handsome,saya baru kenal 2minggu.Memang saya sangat minat dengan dia.Pada saya dia layak untuk saya.Tapi saya dah ada kekasih.Dah kawan lebih dari 1tahun.Dia sangat baik & dia jaga saya dengan punuh kasih sayang.Jadi mana yang saya patut pilih untuk saya?

Pak cik: Begini,kamu pergi ke padang.Pak cik nak kamu pilih 1 rumput yang paling cantik & sempurna & bawa rumput tu ke pak cik.Tapi ingat,jangan sekali pun kamu pandang ke belakang walau pun menjeling.

Lalu remaja tu pergi ke padang mengikut arahan tadi.Setelah selesai remaja itu pulang.

Pak cik: Mana rumputnya?

Remaja: Pak cik bilang tadi,suruh saya ke padang.Sewaktu saya tunduk mencari rumput saya jumpa rumput yang sempurna dan cantik.Tapi saya teruskan perjalanan dengan niat mau jumpa yang lagi cantik.Tau-tau saya sudah sampai hujung.Pakcik bilang jangan pandang belakang.Jadi saya tak pandang belakang.Saya tak ambil satu pun didepan saya kerana saya rasa mungkin ada yang lebih cantik dibelakang & saya dah terlepas pandang dibelakang.

Pakcik: Itu lah pengajarannya.Tika kamu meneruskan perjalanan hidup,kamu jangan pandang ke belakang.Biarkan semua jadi pengalaman.Kamu harus terus ke hadapan.Kamu sudah jumpa yang cukup sempurna dan sangat cantik dihati kamu.Tapi kamu masih lagi nak cari yang lagi cantik tanpa memikirkan sempurnanya budi dan hati dia.Jadi jangan kamu pilih yang didepan.Tapi syukur dengan apa yang kamu ada sekarang.

Renung-renungkan & selamat memilih.

Jumaat, Mei 21, 2010

Salah siapa

Dah lama aku tak tulis blog nie.Maklumlah,.aku kurang sihat.Walaupun tak baik sepenuhnya tapi Alhamdulillah sudah sedikit berkurang.

Kes Aminulrasyid Amza gempar 1 malaya bila remaja tu terkena tembakan polis.Lepas tu berikut-ikut orang kena tembak polis.Dah memang jadi lumrah agagnya bila 1 kes gempar,.mesti ada kes yang serupa akan menyusul.Dia ibarat seorang artis ngandung,ade je yang ikut mengandung.Jeoluslah tu member subur.

Dalam kes Aminulrasyid dah disiasat Panel Khas Di-Raja yang diketuai Datuk Wira Abu Seman.Siasatan dah selesai.Tinggal tunggu kes mahkamah pula.Dalam kes nie aku geram juga dengan family arwah.Kenyataan awal polis bilang mangsa disyaki terlibat dengan jenayah.Bukannya seorang penjenayah.So tak payahlah nak kecah-kecah sampai buat sidang media.

Memanglah sayang anak,tapi ikut prosidorlah nak ambil tindakan pun.Tak payah lah nak blem polis semata-mata.Sendiri fikirlah kenapa polis buat tindakan sampai menyabut nyawa arwah.Cuba fikir,seorang pelajar 15tahun bawa kerata jam 3pagi dengan tidak memiliki lesen.Bila peronda arah berhenti tapi tak diendahkan.Apa yang kalian fikir?

Aku sependapat dengan Tan Sri Musa mengatakan bila jadi macam nie polis dipersalahkan.Tapi kesalahan mangsa tak pon dipertikaikan.Dah jadi macam nie kenapa tak pertikaikan mangsa tak memiliki lesen dan tidak ikut arahan peronda polis?Bak kata KPN orang mcam nie semua baik-baik dan yang jahat polis.

Biarlah polis menjalankan siasatan.Apa-apa pun kita tunggu keputusan mahkamah bagi menyelesaikan masaalah ini.Polis tak layak minta maaf pada keluarga mangsa.Tapi dakwa meraka kerana membenarkan pelajar bawah umur membawa kereta tanpa lesen.

Isnin, April 05, 2010

Al-Fatihah

Aku nak sampaikan salam takziah kepada Suhaini Che Man & anak-anak,Nil Aina Adibah,Mior Syafiq & Nir Ain diatas kematian suami & ayah kesayangan,Mior Ahmad Fuad Mior Badri ( Din Beramboi ) yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 2/4/2010 jam 12.30am.

Pada aku Pak Din adalah insan yang sangat istimewa.Tat kala kita gembira,dia tambah gelak ketawa.Tat kala sedih,dia penghibur hati kita.Walaupun ramai yang menghargai dia kerana celotehnya untuk 'Pagi Di Era'.Tapi bagi aku dia amat hidup tak kira pagi,petang@malam.Kerana dia lah penyeri hidup aku dan semua yang mengenalinya.

Aku teringat kata-kata Pak Din dalam final Raja Lawak,"kalau saya dah tak ada dalam era,awak ganti saya."Itulah kata yang diucap pada Alex.Tak sangka gurauan malam akhir Raja Lawak adalah gurauan akhir untuk kita dari seorang yang benar2 layak kite panggil sebagai pelawak.

Ingatlah kata-kata Pak Din,"jangan kita menangis untuk orang yang telah mati,cukuplah kita mengenang diatas kematiannya".Oleh itu kita janganlah tangisi kematian Pak Din,tapi kita hargai insan yang pernah menghiburkan kita hingga akhir hayat.Itulah insan yang kita panggil Din Beramboi.

Rabu, Mac 24, 2010

Kuasa Mengatasi Segalanya

1st aku nak ucap takziah & Al-Fatihah kepada keluarga Datuk Manja Ismail diatas pemergian anakda bungsu beliau,Allahyarham Muhammad Ikhwanul Ashfar & kepada keluarga Irfin Abdul Manan diatas pemergian isteri tercinta,Allahyarhamah Sitti Surianie (mentor1).Moga roh kedua-duanya dicucuri rahmat.Amin.

Makin hangat parlimen hari nie.Bukan sekali.Tapi dua tahun berturut2 kene sound ngan DYMM Yang Di-Pertuan Agong supaya jaga disiplin & etika sebagai penggubal undang-undang.Tapi tetap sama juga berlaku.

Aku nak story pendedahan ahli parlimen Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim minggu lepas.Datuk Seri Anuar Ibrahim suka-suka guna nama DYMM Yang Di-Pertuan Agong & Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk mencapai cita-cita 16 September 2008.

Isnin lepas pula keluar pula kenyataan 1M'sia yang diilhamkan Datuk Seri Najib diambil dari 1Israel.Kononnya syarikat perunding Apco Worldwide memberi nasihat yang sama pada bekas PM Israel,Ehud Barak.Sedangkan Apco menafikannya.

Yang terbaru,seorang dari Parti Bebas menyatakan yang dia pernah ditawarkan dengan habuan yang tinggi untuk menfitnah YAB Perdana Menteri & isteri.Tak cukup dengan itu suruh pulak angkat sumpah supaya mengaku yang Datuk Seri Najib & Datin Seri Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya Sharibu.Siapa punya idea semua tu erk?.

Kalau nak jadi Perdana Menteri pon,buat dengan cara yang betollah.Tak payah nak guna nama orang-orang besar untuk kepentingan sendiri.Aku pernah sokong Anuar Ibrahim sebagai bapa keadilan.Tapi pada aku sekarang tinggal sebagai bapa angan-angan.

Sekarang bukan tahun 1999,rakyat yang suka dengan omong-omong kosong.Tapi tahun 2010 yang memerlukan kemodenan mencapai Wawasan 2020.Bukan sekali,tapi dah berkali-kali janji bodoh & borak-borak kosong Datuk Seri Anuar kat semua.Malulah sikit.

Pada aku orang yang layak pimpin aku sebagai rakyat Malaysia hanya orang yang benar-benar bekerja untuk rakyat & berusaha membangunkan negara.Bukan membangunkan diri sendiri untuk kepentingan peribadi & suka menjatuhkan orang lain.

Ahad, Mac 21, 2010

mana silapnya.

aku tertarik nk on blog nie atas dasar jujur & amanah.apa yang aku nak story kan adalah untuk tatapan & penghayatan bersama.bukan untuk lepas kan geram & pemikiran cetek semata-mata.aku terpanggil dengan kes yang melibat kan kanak-kanak baru2 ini.belum habis 1 kes,kes baru pula sampai.rakyat malaysia seperti tergamam seketika dengan apa yang berlaku.tak sangka ada lagi manusia yang berhati binatang dimuka bumi ini dizaman yang kian maju.anak adalah anugerah Tuhan.tapi kenapa harus dibunuh dengan penuh kezaliman.pembunuh tu tak sedar ke yang dia pernak menjadi anak-anak suatu masa dahulu.betapa penuh kasih & sayangnya ibu bapa mereka melayan & membelai mereka dengan penuh kasih sayang.dimana pendidikan yang selama ini mereka pelajari?dimana belaian yang mereka dapat dari ibu bapa?kenapa tidak dikongsi bersama anak-anak yang lain?inilah masaalah insan yang dilahirkan manusia,tapi berhatikan iblis.sama ada sewaktu dilahirkan mak bapak tak azan dengan sempurna@hati telah ditutup dengan kemurkaan duniawi.pada aku dia orang hanya nak tunjuk hebat.kerana meraka mampu menempah tiket expres ke neraka jahanam.sedangkan kita hanya mampu tempah tiket kelas 4 ke SYURGA.renung-renungkan & selamat beramal.