Jumaat, Mei 28, 2010

Mana Semangat Setia Kwan

Aku nak komen bila aku start dengar berita nie.Tapi aku fikir biarlah tunggu sampai tindakan apa yang dia amek.Hari aku tulis blog nie setelah dengar tindakan yang baru diambil.

Aku terkejut dengan tindakan anak pemimpin paling lama dalam MIC,S.Samy Vellu,S.Vil Paari bila mengatakan yang UMNO terlibat dalam konflik MIC yang merancang menjatuhkan bapa dia.

Kemelut yang melanda MIC bukan dirancang oleh mana-mana pihak dalam Barisan Nasional,mahupun UMNO sendiri.Tapi semua yang berlaku adalah dari konflik dalaman parti itu sendiri.Memang bodohlah kalau menuding jari pada orang lain sehingga boleh merenggangkan semangat setia kawan yang setelah lama terjalin.

UMNO selaku pemimpin dalam komponen Barisan Nasional tak pernah campur tangan dalam mana-mana parti yang berada dalam Barisan Nasional.Tapi kenapa mesti ada tuduh menuduh sehingga mencacatkan hubungan setia kawan.Memang layak bila pemimpin no2 parti mengatakan yang Vel Paari adalah biadap.

Memang Vel Paari telah menyatakan permohonan maaf kepada UMNO khususnya & Barisan Nasional amnya,tapi lain kali gunakan akal sebelum buat sesuatu kenyataan.Bukannya perasaan.Memang sedap kalau menyatakan sesuatu dengan niat mempertahankan bapa sendiri,tapi berapa juta ahli UMNO yang dah terguris dengan kenyataan bodoh yang dah dibuat.

Lain kali jangan kerana masaalah sendiri sehingga melibatkan orang lain.Hormat parti,& bukan hormat keputusan sendiri.Guna otaklah S.Vel Paari.

Sabtu, Mei 22, 2010

Apa pilihan mu............

Suatu hari seorang remaja jumpa seorang pak cik.Dia bertanya;

Remaja: Pak cik,saya keliru sekarang.Ada seorang lelaki nie minat sangat dekat saya.Dia handsome,saya baru kenal 2minggu.Memang saya sangat minat dengan dia.Pada saya dia layak untuk saya.Tapi saya dah ada kekasih.Dah kawan lebih dari 1tahun.Dia sangat baik & dia jaga saya dengan punuh kasih sayang.Jadi mana yang saya patut pilih untuk saya?

Pak cik: Begini,kamu pergi ke padang.Pak cik nak kamu pilih 1 rumput yang paling cantik & sempurna & bawa rumput tu ke pak cik.Tapi ingat,jangan sekali pun kamu pandang ke belakang walau pun menjeling.

Lalu remaja tu pergi ke padang mengikut arahan tadi.Setelah selesai remaja itu pulang.

Pak cik: Mana rumputnya?

Remaja: Pak cik bilang tadi,suruh saya ke padang.Sewaktu saya tunduk mencari rumput saya jumpa rumput yang sempurna dan cantik.Tapi saya teruskan perjalanan dengan niat mau jumpa yang lagi cantik.Tau-tau saya sudah sampai hujung.Pakcik bilang jangan pandang belakang.Jadi saya tak pandang belakang.Saya tak ambil satu pun didepan saya kerana saya rasa mungkin ada yang lebih cantik dibelakang & saya dah terlepas pandang dibelakang.

Pakcik: Itu lah pengajarannya.Tika kamu meneruskan perjalanan hidup,kamu jangan pandang ke belakang.Biarkan semua jadi pengalaman.Kamu harus terus ke hadapan.Kamu sudah jumpa yang cukup sempurna dan sangat cantik dihati kamu.Tapi kamu masih lagi nak cari yang lagi cantik tanpa memikirkan sempurnanya budi dan hati dia.Jadi jangan kamu pilih yang didepan.Tapi syukur dengan apa yang kamu ada sekarang.

Renung-renungkan & selamat memilih.

Jumaat, Mei 21, 2010

Salah siapa

Dah lama aku tak tulis blog nie.Maklumlah,.aku kurang sihat.Walaupun tak baik sepenuhnya tapi Alhamdulillah sudah sedikit berkurang.

Kes Aminulrasyid Amza gempar 1 malaya bila remaja tu terkena tembakan polis.Lepas tu berikut-ikut orang kena tembak polis.Dah memang jadi lumrah agagnya bila 1 kes gempar,.mesti ada kes yang serupa akan menyusul.Dia ibarat seorang artis ngandung,ade je yang ikut mengandung.Jeoluslah tu member subur.

Dalam kes Aminulrasyid dah disiasat Panel Khas Di-Raja yang diketuai Datuk Wira Abu Seman.Siasatan dah selesai.Tinggal tunggu kes mahkamah pula.Dalam kes nie aku geram juga dengan family arwah.Kenyataan awal polis bilang mangsa disyaki terlibat dengan jenayah.Bukannya seorang penjenayah.So tak payahlah nak kecah-kecah sampai buat sidang media.

Memanglah sayang anak,tapi ikut prosidorlah nak ambil tindakan pun.Tak payah lah nak blem polis semata-mata.Sendiri fikirlah kenapa polis buat tindakan sampai menyabut nyawa arwah.Cuba fikir,seorang pelajar 15tahun bawa kerata jam 3pagi dengan tidak memiliki lesen.Bila peronda arah berhenti tapi tak diendahkan.Apa yang kalian fikir?

Aku sependapat dengan Tan Sri Musa mengatakan bila jadi macam nie polis dipersalahkan.Tapi kesalahan mangsa tak pon dipertikaikan.Dah jadi macam nie kenapa tak pertikaikan mangsa tak memiliki lesen dan tidak ikut arahan peronda polis?Bak kata KPN orang mcam nie semua baik-baik dan yang jahat polis.

Biarlah polis menjalankan siasatan.Apa-apa pun kita tunggu keputusan mahkamah bagi menyelesaikan masaalah ini.Polis tak layak minta maaf pada keluarga mangsa.Tapi dakwa meraka kerana membenarkan pelajar bawah umur membawa kereta tanpa lesen.