Isnin, November 15, 2010

Kerinduan Yang Teramat . . .

Ntah lah.Aku tak tau kenapa sejak kebelakangan nie aku rasa semacam je.Mungkin ade sesuatu yang bakal aku terima.Sepertinya yang tak baik.@ nie hanya perasaan aku je kot.

Sejak du menjak nie aku rasa sedih sangat.Aku sangat rindukan seseorang yang sekarang berada jauh dari aku.Aku sunyi & tak tahu nak syer kat sesiapa.Nak xnk aku tulis lah dalam laman blog aku nie.Hurm.

Aku sebenarnya tak boleh jauh dari family aku.Kalau aku ada problem mesti aku akan lepak kat rumah family aku.Tapi sekarang aku jarang balik umah fmly aku.Sebab atuk n nenek aku tengah mengerjakan ibadah haji.Aku risau kalau aku balik nanti aku akn bertambah-tambah sedih.Maklum r,aku kan manja dengan atuk aku.hurm.

Tapi sebagai budak yang comel aku tetap akan kuatkan semangat sampailah keluarga aku yang sedang berada di tanah suci selamat pulang.Amin.

Khamis, November 11, 2010

apa dah jadi...

Aku tak fahamlah dengan parti yang adil kononnya.Tapi padahal apa yang diwar-warkan semuanya ibarat menanam tebu dipinggir bibir.

Dah banyak perkara aku persoalkan.Dari dulu sampailah sekarang.Parti apa lagi kalau bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Kononnya adil untuk rakyat.Tapi yang jadi mangsa rakyat yang tak bersalah.Ntahlah nak cakap apa lagi aku pun tak tau.

Umur parti baru 12tahun.Kalau umur 12tahun untuk manusia adalah umur yang membawa zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.Seputnya zaman ini dia dah bersedia untuk melangkah ke suatu zaman yang lebih matang.

Tapi aku betul-betul sangat tak faham dengan misi & visi asal yang diimpikan oleh pemimpin agung yang mereka sangat-sangat sanjung.Dulu kesilapan yang paling bodoh pernah Anuar buat apabila memilih orang yang salah pada pilihanraya.Pada dia calon tu mampu memberi kekayaan &kejayaan besar kalau menang pilihanraya.Akhirnya BN menang besar.

Sekarang orang yang dia anggap mampu memberi kekayaan untuk kepentingan diri sendiri akhirnya berpaling tadah dengan menarik diri dalam merebut jawatan ke-2 tertinggi dalam parti.So sekarang nie nak salahkan sapa lagi.

Kalau matlamat asal dah menyimpang,tak terkejulah kalau masing-masing angkat kaki.Umur parti sudah 12tahun,tapi pemilihan parti pun kucar-kacir.Macam mana kalau nak memerintah lebih 27juta rakyat.Kanak-kanak memilih ketua darjah bila awal tahun pun buat dengan penuh adil dan dipersetujui dengan sebulat suara.Takkanlah masing-masing dah tua bangka tak reti nak belajar dari kesilapan.