Rabu, Julai 13, 2011

Mana Ketuanan Melayu Sejati?

Aku tak faham ape dah jadi dengan manusia yang dilahirkan sebagai melayu.Seperti mereka hidup dengan memalukan diri sebagai melayu ditanah air sendiri.

Dahulu zaman kesultanan melayu Melaka,laksamana Hang Jebat beriya-iya ingin membela Hang Tuah.Kerana Hang Tuah dikhianat sehinggan paduka Sultan Mahmud menitahkan supaya Hang Tuah dihukum bunuh.Tapi,apakan daya laksamana Hang Tuah mati juga dengan keris yang dia sendiri guna untuk membunuh orang yang tidak bersalah.

Sebut sahaja nama Mat Kilau,siapa yang tidak kenal dengan beliau.Beliau seorang yang dianggap pahlawan yang ingin menuntut kemerdekaan negara ketika itu.Namun akhirnya tetap tewas dimedan perang ketika menuntut pembelaan pemerintahan negara yang merdeka.

kedua-dua ceruta cukup untuk kita sama-sama fikir sejauh mana pemberontakan berteraskan peperangan tidak menghasilkan apa-apa.Kenapa kita tidak belajar dari sejarah dan pengalaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang sanggup meredah lautan luas ke kota London untuk menuntut kemerdekaan dengan rundingan.Dengan rundingan meja bulat akhirnya kita sama-sama mencapai kemerdekaan kali ke-54.

Persoalannya sekarang,kenapa ada yang ingin mencipta sejarah bodoh tanggal 9hb Julai 2001?Itulah dinamakan sebagai manusia yang ingin menuntut kuasa untuk memerintah negara tanpa mengimbau sejarah negara.

Yang peliknya sekarang,seorang yang berbangsa india ingin mencetuskan huru-hara,tapi bangsa dia sendiri tak keluar demonstrasi.Yang ramainya hanya bangsa yang dinamakan melayu.Mana pemikiran orang melayu yang dewasa?Orang melayu sekarang hanya pandang duit.Dengan duit melayu sekarang sanggup menggadai maruah bangsa,agama dan negara sendiri.

Kenapa perlu menggadai maruah melayu sedangkan semua orang tahu Malaysia sebuah negara berdaulat dan Melayu sendiri berkuasa sepenuhnya.Jadi kenapa mesti ikut telunjuk bangsa lain semata-mata mahu kuasa yang belum tentu memerintah dengan baik.

Lambang perpaduan negara berpandukan DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.Janganlah kita bangsa melayu mengkhianati struktur beraja semata-mata retorik kuasa dari mereka yang perfikiran zionis.

Malaysia tanah melayu.Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja adalah berketurunan melayu.Perlembagaan negara telah menetapkan Perdana Menteri Malaysia adalah dari orang melayu.Hak bumiputra milik melayu dengan tidak membelakangkan bangsa lain dari segi ekonomi,pendidikan mahupun pemerintahan.Jadi,mereka yang berbangsa melayu janganlah kita mengkhianati bangsa,agama dan negara sendiri.

Sabtu, Julai 09, 2011

Keamanan Lambang Kesejahteraan.

9hb Julai 2011,sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dengan platform pertubuhan haram ingin melancarkan perancangan yang kononnya mahu membela kehendak rakyat dengan melakukan demonstrasi yang dipanggil 'BERSIH'.

Persoalannya bersih ke diaorang nie yang nak lakukan demonstrasi bersih?Jawapan jujur dari aku adalah 'TIDAK SAMA SEKALI'.

Untuk pengetahuan korang semua,mereka semua ada agenda tersendiri dalam dunia politik sempit mereka.Kenapa ada jalan rundingan secara damai tetap memilih jalan untuk demonstrasi?Itulah yang dianggap umur dah tua,tapi masih menggunakan pemikiran sempit.

Banyak peluang dan ruang yang pada aku mereka tidak gunakan.Kalau pemimpin bersih dah tau yang permintaan mereka ditolak SPR,fikirlah cara lain yang boleh dirasai semua pihak yang difikirkan logik untuk ditunaikan oleh pihak SPR.

Yang pastinya,memang layak lah korang yang tertangkap hari ini meringkuk dalam lokap.Sebab pemikiran sempit korang tu,korang bincanglah dalam lokap yang sempit tu.


Tahniah aku ucapkan kepada Polis Di-Raja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjaya mengawal keadaan dengan aman.Itulah yang dinamakan bersih.Tangkap pemimpin BERSIH,untuk membersihkan keadaan yang boleh menghuru-harakan keadaan negara.