Sabtu, Julai 09, 2011

Keamanan Lambang Kesejahteraan.

9hb Julai 2011,sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dengan platform pertubuhan haram ingin melancarkan perancangan yang kononnya mahu membela kehendak rakyat dengan melakukan demonstrasi yang dipanggil 'BERSIH'.

Persoalannya bersih ke diaorang nie yang nak lakukan demonstrasi bersih?Jawapan jujur dari aku adalah 'TIDAK SAMA SEKALI'.

Untuk pengetahuan korang semua,mereka semua ada agenda tersendiri dalam dunia politik sempit mereka.Kenapa ada jalan rundingan secara damai tetap memilih jalan untuk demonstrasi?Itulah yang dianggap umur dah tua,tapi masih menggunakan pemikiran sempit.

Banyak peluang dan ruang yang pada aku mereka tidak gunakan.Kalau pemimpin bersih dah tau yang permintaan mereka ditolak SPR,fikirlah cara lain yang boleh dirasai semua pihak yang difikirkan logik untuk ditunaikan oleh pihak SPR.

Yang pastinya,memang layak lah korang yang tertangkap hari ini meringkuk dalam lokap.Sebab pemikiran sempit korang tu,korang bincanglah dalam lokap yang sempit tu.


Tahniah aku ucapkan kepada Polis Di-Raja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjaya mengawal keadaan dengan aman.Itulah yang dinamakan bersih.Tangkap pemimpin BERSIH,untuk membersihkan keadaan yang boleh menghuru-harakan keadaan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan