Rabu, April 13, 2011

Allahyarham Haji Bakri Bin Haji Mansor


Allahyarham Haji Bakri Bin Haji Mansor,telah kembali ke rahmatullah pada 31hb Desember 2010,bersamaan 25 Muharram 1435hijrah (Jumaat) jam 3.30pagi (waktu Jeddah) di Hospital King Abdul Aziz,Jeddah.Beliau meninggalkan seorang balu,Hajjah Halimah Binti Husin,6 cahaya mata,Rushayati,Rosmala,Roslida,Roshana,Roshalim & Roshadi.& 9 orang cucu,Nuratika,Nasrol Azuan,Mohammad Issyazabidy,Muhd Hakim,Mohd Hamzah,Nur Hidayat,Nur Hafizudin,Nur Amizan & Adlin Maisarah.

Nenda,2 orang unty & uncle aku sahaja yang dapat menyempurnakan pengkebumiaan Allahyarham nenda aku di Mekkah.Kami yang berada di Malaysia tetap redha diatas pemergian nenda yang aku sangat sayang.

Sebelum pemergian beliau ke tanah suci bagi mengerjakan fardhu haji,Aku sudah mula rasa tak sedap hati.Tapi tetap simpan rahsia ini sendiri sebab aku tidak mahu apa-apa yang nagetif.Banyak alamat & petanda aku dapat sepanjang nenda aku di tanah suci.Tapi aku sentiasa redha dengan ketentuan Tuhan yang maha mengetahui.

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih & penghargaan kepada Tabung Haji Malaysia,khususnya cawangan Negeri Johor yang telah mengizinkan kedua nenda,unty & uncle aku berangkat menunaikan ibadah haji.Tabung haji juga telah banyak membantu & menguruskan perubatan nenda aku dari sakit sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada doktor tabung haji & doktor Hospital King Abdul Aziz & semua jururawat yang bertugas.Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang setimpal.

Kepada Wisma Putra yang banyak membantu mengurus & mempercepatkan urusan penerbangan nenda perempuan aku ke Mekkah untuk melihat nenda aku.Kepada Kedutaan Malaysia di Mekkah yang menguruskan segala urusan di Mekkah.Kepada Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed,yang telah memberi sumbangan peribadi kepada keluarga yang berangkat ke tanah suci & kepada semua yang terlibat secara langsung & tidak.Semoga Allah membalas segala apa yang telah kalian berikan.

Ingat kata-kata Allahyarham nenda ku."aku nak menunaikan fardhu haji.kalau panjang umur aku balik.kalau tak aku meninggal kat mekkah macam bapak aku."

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Haji Bakri Bin Haji Mansor & ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan