Hari ini semua jentera parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang masing-masing sibuk dengan persediaan hadapi PRU-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa.Segalanya akan bermula tat kala YAB Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak membubarkan parlimen Malaysia.
Namun demikian,sedang kita menanti saat bersejarah itu kita semua diperlihatkan pelbagai isu dan masaalah yang kita semua sendiri tahu apa jawapannya.Perhimpunan diadakan kononnya mahu melaksanakan pembaharuan oleh pemimpin yang bakal menggantikan kerajaan yang sedia ada.Persoalan yang timbul adalah mampukah mereka melaksanakan agenda itu?