Hari ini semua jentera parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang masing-masing sibuk dengan persediaan hadapi PRU-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa.Segalanya akan bermula tat kala YAB Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak membubarkan parlimen Malaysia.
Namun demikian,sedang kita menanti saat bersejarah itu kita semua diperlihatkan pelbagai isu dan masaalah yang kita semua sendiri tahu apa jawapannya.Perhimpunan diadakan kononnya mahu melaksanakan pembaharuan oleh pemimpin yang bakal menggantikan kerajaan yang sedia ada.Persoalan yang timbul adalah mampukah mereka melaksanakan agenda itu?
Pentadbiran 2 dari 4 negeri yang ditawan terus menjadi perbualan apabila manifestor dijanjikan rupanya hanyalah dakwat hitam yang mereka sendiri padam.Janji-janji sebagai pemimpin hanyalah retorik semata-mata.
Sekali lagi maruah islam tercalar apabila Islam diguna terus sebagai agenda politik.Seorang pemimpin yang dilantik atas kepimpinan ulama rupanya sanggup menggadai maruah diri dan agama yang dipegang sejak suaranya teriak di muka bumi Allah ini.Inikah perjuangan Islam sebenar?.
Mari kita fikir sejenak,pemimpin sanjungan mereka dengan rasa taksub mengizinkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab penganut agama lain dengan alasan mereka menggunakan nama itu dengan tidak mengetahui apa maksudnya.
Sedangkan cuba kalian berfikir,pewaris dari keturunan Islam membaca kitab itu yang telah ditukar kedalam bahasa melayu.Apabila kitab itu menghalalkan zina,anak-anak islam melakukannya dan menjawab 'Allah mengizinkan zina dalam kitab kristian'.Siapa yang akan bertanggungjawab tika itu?
Zaman sekarang tidak wajarlah disamakan pada zaman Rasullullah.Kerana setiap apa yang berlaku yang lepas haruslah dijadikan pengajaran untuk kita hadapi pada zaman mendatang.Apabila mereka mahu menggunakan nama Allah dalam kitab mereka,fikirlah sewajarnya risiko yang bakal menimpa anak generasi Islam yang mendatang.
Semua yang hidup akan mati.Itu janji Allah.Syurga dan Neraka adalah ketentuan Allah.Kita sebagai hamba tidak layak menentukan dosa dan pahalanya seseorang itu.Yang pasti sedarlah wahai anak-anak Islam,janganlah kamu sanggup menggadai Islam semata-mata mahu mencapai kerusi diparlimen yang hanya diduduki didunia ini sahaja.
Syukur dan terima kasih kepada majlis syura Pas yang menetapkan pendirian meraka sebagai Islam dalam mengejar politik mereka.Mudah-mudahan Allah tetapkan pendirian kalian demi memperjuangkan Islam dibumi Allah ini.
InsyaAllah..amin..
BalasPadam