Rabu, Mac 13, 2013

Perkukuhkan Barisan Hadapan.

Tanggal 12 Feb 2013 bumi berdaulat Malaysia telah dikejutkan dengan pencerobohan musuh di Lahad Datu,Sabah.Pencerobohan ini adalah kononnya ingin menuntut bela tanah milik keturunan di-raja Sulu.Pemerintah Sulu yang kononnya berketurunan raja menuntut tanah milik keturunan mereka.

Dalam sejarah yang telah tercatat setelah sekian lama,pada 1827 pemerintah Sulu telah menandatangani perjanjian untuk menyerahkan bumi Sabah secara mutlak milik Tanah Melayu kepada British dengan mendapat pampasan.Oleh yang demikian setelah sekian lama Sabah adalah milik Malaysia tanpa perjanjian Sulu meminjamkan@memajak Sabah kepada Malaysia.

Rundingan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia haruslah dipuji kerana kepimpinan Malaysia memberi banyak ruang kepada penceroboh untuk keluar dari bumi Sabah demi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah dibumi berdaulat ini.Namun usaha murni Malaysia menemui jalan buntu apabila tiada tanda-tanda kumpulan pengganas dari selatan Filipina itu mahu berundur sehinggalah kerajaan mengumumkan tiada lagi perundingan dibuat & peperangan untuk menyerang pengganas diumumkan oleh Perdana Menteri setelah penceroboh menembak mati dua anggota Pasukan VAT 69 Polis Diraja Malaysia.

Sehingga hari ini masih lagi berlakunya pertempuran pasukan keselamatan negara demi menjaga bumi berdaulat ini sehingga telah mengorbankan 9 nyawa dalam pertempuran dan seorang tika dalam perjalanan menuju ke medan pertempuran.Betapa besarnya pengorbanan dan jasa meraka semua yang sanggup bertempur sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Persoalannya sekarang,dimana pemimpin yang mahu membela rakyat?Mana suara lantang yang mempersendakan perjuangan barisan hadapan negara?Mana pula hilangnya pemimpin-pemimpin yang mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia yang sedang berjuang bersama-sama pejuang-pejuang negara?Mana kau orang sembunyi?

Dalam kesedihan keluarga pejuang yang gugur dimedan perang,ada pula pimimpin yang tidak layak memimpin negara menyatakan semua yang berlaku di Lahad Datu hanyalah sandiwara kerajaan.Sesungguhnya amat bodahnya penyokong yang mengangkat pemimpin ini menjadi orang no3 dalam parti yang penuh dengan omong-omong kosong.

Jikalau ini adalah satu sandiwara semata-mata,kenapa ada pejuang yang gugur?Adakah peperangan ini hanya menggunakan peluru kapur dan kita hanya menyaksikan prajurit menanam keranda kosong?Tok imam pula baca talkin atas nama siapa?Tok Guru Nik Aziz sambut & baca doa untuk mayat siapa dilapangan terbang?Sekarang siapa yang main sandiwara semata-mata kepentingan politik.

Mereka hanyalah menyatakan untuk menuntut hak rakyat dari pemimpin yang dipilih dari rakyat yang terang-terang kerakyatannya.Setelah pencerobohan berlaku kenapa mereka ini tidak mahu membela rakyat dari musuh?.Inikah pemimpin yang layak dipanggil pemimpin?Dimana hak rakyat kalau pencerobohan dari luar dianggap hanyalah sandiwara.Orang sebegini layak dilucutkan kerakyatannya.

Aku amat terkejut apabila satu artikel dari satu akhbar menyatakan meraka yang gugur dalam pertempuran Lahad Datu bukanlah mati syahid sedangkan pemimpin sekutu yang juga ulama menyatakan mereka adalah mati syahid.Sama-samalah kita menilai betapa ceteknya pegangan agama dalam hidup mereka untuk membela Malaysia sebagai bumi berdaulat & bumi Islam dimata dunia.

Mudah-mudahan Allah menempatkan pejuang-pejuang negara yang gugur dimedan tempur bersama orang-orang yang beriman.Hanya Allah yang boleh menentukan syahidnya seseorang hamba itu.Janganlah kita bertelagah syahidnya seseorang itu kerana itu hanyalah urusan pencipta-Nya.

Kepada pejuang negara,teruslah berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir kerana perjuangan prajurit-prajurit negara adalah perjuangan demi Agama,Bangsa & Negara.Teruslah mempertahankan benteng kedaulatan negara.Moga Allah mencucuri rahmat diatas perjuangan prajurit-prajurit Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan