Selasa, November 27, 2012

Selamat Bersidang

Tanggal 27hb November-1hb Disember 2012 perwakilan UMNO Malaysia sekali lagi akan bersidang di Dewan Merdeka PWTC.Persidangan yang akan bermula dengan perasmian tiga sayap utama parti iaitu Wanita,Pemuda & Puteri Umno seterusnya ucapan amanat presiden UMNO,YAB Dato' Seri Najib Tun Hj Abdul Razak.


Isnin, Ogos 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin kepada kekasih hati ku sekelian & semua my swet ex-couple,teman-teman ku sekelian & seluruh umat muslimin & muslimat tidak kira dimana kalian berada.

Lupakan seketika perselisihan faham kita bersama & buangkan seketika fahaman politik kita yang berbeza & jadikanlah lebaran ini titik bermaafan sesama kita untuk kebahagiaan hidup kita didunia & akhirat kelak.

Salam Idul Fitri Maaf Lahir & Batin.


Sabtu, Mei 12, 2012

Happy Birthday UMNO



Hari ini atau lebih tepat lagi pada 11 Mei 2012, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno mencecah usia penubuhan 66 tahun. Secara rasminya ditubuhkan 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru, Umno adalah parti politik terbesar di Malaysia dan ia pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

Sejak zaman Dato Onn Jaafar hinggalah ke era Datuk Seri Najib Razak, kejayaan Umno sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan dan cita-cita orang Melayu tidak dapat dinafikan sama sekali dengan pemimpinnya berjaya mengemudi negara keluar daripada kepompong kemiskinan dan kemudiannya menjadikan Malaysia sebagai sebuah model negara membangun di persada antarabangsa.

Melalui kebijaksanaan pemimpinnya, Umno bukan saja mampu menarik sokongan orang Melayu tetapi juga seluruh rakyat Malaysia sehingga dapat mewujudkan sebuah jambatan perpaduan yang utuh di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa.

Hakikatnya, Umno kini berjaya membuktikan bahawa ia mampu menjadi payung besar menaungi seluruh rakyat Malaysia. Dalam menelusuri sejarah kegemilangan penubuhannya, Umno sebagai sebuah parti politik juga tidak terlepas daripada pelbagai peristiwa hitam dan pergolakan dalaman yang menggoncang parti itu.

Misalnya peletakan jawatan pengasas Umno, Dato Onn sebagai presiden dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan pengharaman Umno oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 akibat krisis kepemimpinan yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden tetapi kalah dengan perbezaan undi yang kecil.


Di samping itu, Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46, krisis Perlembagaan dan penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian daripada jawatan Timbalan Presiden Umno serta keahlian dalam parti.

Walaupun beberapa insiden ini sedikit sebanyak dikatakan memecah belahkan perpaduan orang Melayu, namun sebagai sebuah parti politik yang lama dan matang, Umno dan pemimpinnya dilihat terus bangkit dan mara ke hadapan demi orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Jumlah keahlian yang melebihi 3.34 juta sekali gus membuktikan bahawa hari ini majoriti orang Melayu masih setia dan berpegang teguh kepada Umno dan juga perjuangan yang dipeloporinya. Ia juga menunjukkan Umno terus kekal relevan selamanya daripada generasi terdahulu hingga ke generasi sekarang.

Sejarah perjuangan Umno cukup panjang dan amat signifikan sejak sebelum merdeka lagi. Dalam hal ini, setiap presiden berjaya memberi sumbangan yang cukup bermakna kepada rakyat dan negara baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.

Umno di bawah pimpinan Dato Onn misalnya berjaya menggembleng sokongan orang Melayu dan menggagalkan penubuhan Malayan Union oleh British pada 1 April 1946.

Umno di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra pula berjaya membentuk kesepakatan di antara Umno, MCA dan MIC untuk memperoleh kemerdekaan daripada British. Kepemimpinan Tun Abdul Razak pula berjaya memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai satu program jangka panjang selama 20 tahun bermula dari 1970 hingga 1990 dengan memberi perhatian kepada perpaduan negara selain menyusun semula ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara ini.

Abdul Razak juga berjaya merintis jalan kepada penubuhan BN pada 1 Januari 1973 sebagai ganti Parti Perikatan. Pada Januari 1976, Tun Hussein Onn dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri ketiga selepas kematian Abdul Razak.

Dalam pentadbiran Hussein, pembangunan orang Melayu diperkukuhkan melalui pelancaran Skim Amanah Saham Nasional untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara.

Pada 1981, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih jawatan Presiden dan Perdana Menteri keempat terus memacu kegemilangan negara daripada pelbagai aspek. Sepanjang 22 tahun, Dr Mahathir berjaya mengubah landskap dan ekosistem Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada perindustrian dan negara membangun yang cukup berjaya dan berdaya saing.

Beliau berjaya membawa pembangunan cukup luar biasa melalui dasar dan perancangan tertentu sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara dan digelar salah sebuah negara ‘Harimau Ekonomi Asia’.

Usaha beliau yang paling diingati rakyat dan masyarakat antarabangsa ketika membawa Malaysia keluar daripada krisis kewangan Asia 1997 di mana beliau menolak dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.

Di samping itu, antara projek berprofil tinggi dibangunkan pada zaman pentadbirannya ialah Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang. Wawasan 2020 yang diilhamkan beliau kini terus menjadi sandaran dan rujukan utama kita untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pula yang tampil sebagai Presiden Umno keenam memberi fokus kepada pembangunan modal insan sebaik menjadi Perdana Menteri. Dan sekarang Umno di bawah kepemimpinan Najib sebagai presiden ketujuh meneruskan agenda perjuangan pemimpin parti yang lalu untuk memartabatkan kedudukan orang Melayu dan juga bangsa Malaysia di persada antarabangsa.

Sejak mengambil alih jawatan Presiden dan Perdana Menteri pada 2009, Najib mengorak langkah ke hadapan dengan pelbagai transformasi dengan cara tersendiri. Beliau bermula dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk memupuk perpaduan rakyat.

Dalam masa begitu singkat Najib sudah dapat melakar kejayaan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Antara dua objektif utama GTP ialah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dan seterusnya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat maju, bersatu padu dan saksama dengan standard kehidupan tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

Insentif lain diperkenalkan pentadbiran Najib ialah agihan bantuan persekolahan RM100, baucar buku untuk pelajar universiti RM200, projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 serta pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia).

Najib juga terus memainkan peranan sebagai pembela nasib dan kebajikan orang Melayu dan Bumiputera dengan pelbagai inisiatif baru, termasuk memperkenalkan konsep Agenda Pembangunan Bumiputera yang diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menggubal polisi, hala tuju strategik serta memantau keberkesanan pelaksanaan program serta inisiatif berkaitan dengan agenda pembangunan Bumiputera.

Malah melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan oleh Najib sendiri sudah mengumumkan lima inisiatif baru bagi terus memperkukuh dan memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera pada masa depan, antaranya menambah 50 syarikat baru program Teras berbanding 30 syarikat yang diluluskan sebelum ini dan mempelawa syarikat Bumiputera mengguna pakai aplikasi e-kerajaan untuk memasarkan produk di luar negara dan membabitkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) yang ditubuhkan November lalu dengan menyasarkan perolehan dana ditingkatkan daripada dana permulaan RM158 juta kepada RM500 juta untuk membiayai pelajar Bumiputera yang memperoleh keputusan cemerlang melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta pemberian kebenaran berpolitik kepada golongan mahasiswa melalui pindaan Auku dilihat tindakan berani Najib untuk terus melakukan transformasi. Walaupun masih terdapat suara mempersoalkan sumbangan Umno, hakikatnya sejarah sudah menyimpul rapi segala jasa, sumbangan dan pengorbanan parti itu dan pemimpinnya dalam merintis kejayaan dan kecemerlangan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Peranan Umno sejak zaman menentang penjajah, mengemudi tuntutan kemerdekaan hingga menjadi tunjang dan kekuatan kepada BN memerintah Malaysia tidak dapat dinafikan mahupun dilupakan begitu saja. Umno kini turut menjadi sandaran kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Ini bertepatan dengan tema sambutan ulang tahun Umno ke-66 tahun ini iaitu ‘Umno Pembela Rakyat’ dan juga sinonim dengan lirik lagu rasmi parti keramat orang Melayu itu.

Oleh itu, marilah anak muda pewaris bangsa janganlah kita terus lupa sejarah. Janganlah kita lupa dan cuba mengubah fakta sejarah pemerintahan negara dengan hanya mitos politik yang cetek dan singkat. Sesungguhnya pengorbanan dan jasa pejuang-pejuang bangsa bukan hanya kepentingan politik peribadi, tapi demi membela dan membawa nama Malaysia ke persada dunia. Itulah UMNO.

Selamat ulang tahun Umno ke-66.

( ihsan dari  Ketua Bahagian Perancangan Korporat UPM )

Rabu, Mac 21, 2012

Hidup Anak Johor



Pertama sekali aku amat bangga & sekalung tahniah buat adik-adik yang mengambil peperiksaan sijil pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 yang lalu.Dimana pencapaian mereka adalah amat memberangsangkan dan sangat cemerlang.

Sesungguhnya,setiap kecermelangan itu bukanlah datang menggolek dengan mudah.Oleh itu,adalah amat wajib untuk kita sama-sama dari lapisan masyarakat mahupun pelajar itu sendiri untuk menghargai & memberi penghormatan tertinggi untuk semua warga pendidik.Tanpa mereka,kecermelangan hari ini tidak dapat dicapai.

Setiap usaha & tawakal para pelajar yang cemerlang itu telah membuahkan hasilnya.Namun janganlah adik-adik ini lupa & lalai dengan meninggalkan amalan yang mereka lakukan demi mencapai kecermelangan hari ini iaitu solat & berdoa.Sebaliknya jadikanlah perkara itu rutin harian demi mencapai kecermelangan masa hadapan.

Topik aku sebenarnya adalah aku sangat-sangat dukacita dengan satu hal nie.Nama parti ini sangat cemerlang dari dahulu sehinggalah kini.Dari berusaha demi mencapai kemerdekaan sehinggalah menang besar setiap pilihan raya (hanya tahun-tahun tertentu menang alakadar je) iaitu UMNO.

Aku sangat bangga dan berpuas hati dengan pemerintahan pemimpin parti dari dahulu sehingga kini.Namun kenapa ada pula yang masih cuba menjatuhkan parti dari dalam parti sendiri (gunting dalam lipatanlah tu).Yang amat mendukacitakan aku mereka adalah vateren dalam parti itu sendiri.

Sebelum nie Datuk Abdul Kadir,kali nie Tun Daim Zainudin pula yang buat kontroversi parti.Masaalah dalam parti,biarlah diselesaikan dalam parti.Kenapa mesti dibawa ke luar.Semangat yang wujud dalam diri ahli parti terutama generasi muda semakin membuak-buak & yakin kepada parti,kenapa pula ada dari orang-orang lama yang boleh dipanggil otai cuba untuk mematahkan semangat dengan menghidupkan semagat goyah dalam parti.

Patutnya mereka yang otai nielah patutnya memberi semangat & yakin kita mampu menang dengan kejayaan.Bukan dengan kata-kata pematah semangat & yang pastinya mampu menggugat parti.Apa-apa pun,janganlah kita patah semangat bergerak dalam parti bagi mencapai kejayaan pada pilihan raya akan datang.

Apa-apa pun thanks teramat-amat sangat buat Tun kerana tetap yakin yang Barisan Nasional mampu menang besar di Negeri Johor.Aku bangga menjadi anak jati Johor.HIDUP ANAK JOHOR.

Selasa, Mac 20, 2012

Apa sudah jadi.....

Setelah menawan 5 negeri baru pada pilihan raya umum (pru) lalu,bermacam-macam story keluar.Naik muak pula aku nak borak.Tapi aku mesti ulas gag benda-benda nie sebab kat sini je lah tempat aku berhujah dan syer apa masaalah mereka-mereka nie.

Kali ini melibatkan sebuah negeri yang diperintah parti pembangkang setelah sekian lama,Kelantan Darul Naim yang dilabelkan sebagai sebuah negeri dibawah lindungan Ka'bah.Persoalannya sekarang,negeri yang kononnya dibawah payung Syurga,bagaimana pula dengan makhluk Tuhan yang berada dibawahnya?.

Kerajaan pusat menyalurkan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih saluran air supaya semua lapisan rakyat dapat menerima air bersih tidak mengira aliran politik semasa.Namun mana perginya wang itu dan siapa yang sebenarnya wajar dipersalahkan?.

Kalau aku nak komen lebih-lebih sekarang nie pun dah menjadi kes SPRM.So,untuk rakyat M'sia yang semakin hari semakin bijak pandai,celikkan mata,lapangkan hati,luaskan pemikiran dalam menilai siapa yang sebenarnya layak membela kita.Bukan kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar.Tapi bijaklah menilai pembelaan macam mana yang kita mahu dan siapa yang layak memerintah kita.

Renung-renungkan dan sama-samalah kita bersedia untuk PRU akan datang.

Selasa, Januari 03, 2012

Kecewanya.....

Aku nak tanye koranglah,apa perasaan korang kalau tiba-tiba orang yang korang anggap sebagai kakak dan percaya selama ini,khianat dengan cakap korang tikam dia dari belakang?Sedangkan dia tak tau perbualan akhir korang?

Hurm......

Itu lah yang berlaku dekat aku hari ini.Dengan tak semena-mena aku dituduh sebagai khianat apabila aku menceritakan perihal negatif orang yang aku anggap sebagai akak.Sehingga aku betul-betul drop.Aku memang tak boleh nak buat keja hari ini.

Kenapa akak cuma dengar benda itu saja?Kenapa tak nak dengar perbualan kami sehingga tamat?

Hurm.......

Ya,aku tak nafikan aku memang sebut nama akak tu malam itu.Bukan nama akak seorang,banyak lagi nama aku sebut.Tapi kenapa bila akak dengar nama akak,akak tak mahu dengar sehingga tamat perbualan kami?

Niat aku,aku cuma mahu meredakan keadaan yang ketika itu tegang antara si dia dan kamu.Tak ada niat pun mahu tikam dari belakang.Sudah dari azali aku diajar supaya mengiyakan seseorang itu walaupun kita tahu salahnya dimana.Kemudian secara perlahan barulah kita membetulkan keadaan.Barulah keadaan yang tegang menjadi terurai.

Namun,apakan daya.Orang tidak faham dan tak pernah balajar untuk faham apa cara yang aku guna untuk kebaikan semua.Inilah lumrah dunia.

Pada insan yang terlibat,ketahuilah bahawa aku tak pernah dan takkan khianat sesiapa yang mengajar aku untuk makan.Kerana itu bukan diri aku.