Selasa, November 27, 2012

Selamat Bersidang

Tanggal 27hb November-1hb Disember 2012 perwakilan UMNO Malaysia sekali lagi akan bersidang di Dewan Merdeka PWTC.Persidangan yang akan bermula dengan perasmian tiga sayap utama parti iaitu Wanita,Pemuda & Puteri Umno seterusnya ucapan amanat presiden UMNO,YAB Dato' Seri Najib Tun Hj Abdul Razak.


Perhimpunan kali ini adalah perhimpunan yang amat bermakna buat Presiden setelah 3 tahun memegang tampuk pemerintahan negara sebagai orang No1 Negara.Perbahasan kali ini akan menumpukan persiapan parti dalam menghadapi PRU-13 yang dijadual pada bila-bila masa dari tarikh persidangan.

Hari ini,polotik Malaysia sangat berada didalam memalukan apabila ketua umum parti pembangkang dengan riaknya menjemput pemimpin luar untuk menjadi pemerhati dalam plihan raya akan datang.Tidak cukup dengan itu,parti gabungannya dengan rasa bangga mendoakan kejatuhan lawan yang kononnya munafik & kafir.

Sesungguhnya semua orang tahu,agenda sebenar mereka hanyalah untuk menjadi pemerintah semata-mata tanpa memikirkan hak rakyat dan akar umbi parti itu sendiri.Pembangkang hanyalah menginginkan kuasa untuk mencapai cita-cita ritorik mereka.

Jika nama Pakatan Rakyat,tapi kenapa kesepakatan dalam parti itu sendiri tidak gagah & utuh sehebat namanya?Inilah yang menjadi persoalan yang akan terus menjadi perbahasan hangat dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Adalah diharapkan ahli parti dari atas hinggalah ke akar umbi dapat bersatu padu mengembeling tenaga & keringat demi mencapai misi & visi parti tanpa mengenepikan hak bangsa-bangsa lain.Perjuangan bangsa yang diperjuang sejak 66tahun terdahulu janganlah kita lupa semata-mata kepentingan peribadi.Sesungguhnya ingatlah,perjuanggan UMNO adalah perjuangan orang melayu untuk bangsa melayu & agama Islam yang suci ini.

Teruslah perwakilan bersidang dengan jayanya demi agama,bangsa & negara.BERSATU,BERSETIA,BERKHIDMAT itulah semangat perjuangan parti.Jadikanlah persidangan kali ini sebagai semangat jitu demi menghadapi musuh yang terus menggunakan Islam sebagai perjuangan dengan mendoakan kehancuran sesama Islam sendiri & memohon kejayaan untuk pengkhianat bangsa semata-mata mencapai cita-cita peribadi.

Jadikanlah persidangan kali ini sebagai medan untuk kita menghadapi PRU-13 akan datang & janganlah kita sabotaj parti & berbalah dalam parti.Teruslah bersatu mengukuhkan parti demi kita mencapai kejayaan cemerlang pada PRU-13 dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Selamat bersidang & teruslah kita BERSATU,SERSETIA,BERKHIDMAT demi PARTI,AGAMA,BANGSA & NEGARA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan