Sabtu, September 08, 2012

Janji Ditepati.







Pada tahun 1956,3 orang pemimpin negara dan deligasi Malaysia yang diketuai oleh YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berlepas ke kota London berbincang dengan kepimpinan British untuk menuntut kemerdekaan negara yang berdaulat.Dengan perbincangan meja bulat dan berbekalkan sebatang pen dengan tanpa senjata,Malaysia berjaya merdeka tanpa pertumpahan darah pada Ogos 1957.

Tanggal 31 Ogos 1957 telah berkumandang laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! di Stadium Negara yang telah dilaungkan oleh YM Tunku dan dihadiri oleh Raja-raja Melayu dan ribuan rakyat Malaysia menandakan Malaysia telah merdeka selamanya.

Tanggal 31 Ogos 2012 maka genaplah kemerdekaan negara kali ke-55.Sepanjang 55 tahun Malaysia merdeka,negara telah dipimpin oleh 6 orang Perdana Menteri dengan penuh dedikasi dan wawasan.Corak dan cara tersendiri kepimpinan ke enam-enam pemimpin ini amat berkesan dan kompetatif dalam mentadbir negara dengan membawa penuh perubahan dari negara pertanian kepada negara membangun dan mengejar sabagai negara maju menjelang 2020 dengan semangat Wawasan 2020.

Kini Malaysia telah diketuai oleh Perdana Menteri ke-6 iaitu YAB Dato' Sri Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak sebagai pemimpin no1 negara dengan membawa semangat "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" amatlah memberi banyak faedah kepada rakyat.Hari ini Malaysia amat disegani dan dipandang sebagai negara Islam membangun yang maju dengan penyatuan kaum tanpa menindas agama lain.

Walaupun negara kita telah merdeka setelah sekian lama,sesungguhnya janganlah kita benar-benar selesa dengan kemerdekaan kita ini.Kita lihat sahaja negara-negara Islam merdeka,mereka semua ditindas oleh negara-negara kuasa besar dan rejim zionis demi menindas umat Islam kearah mencapai matlamat mereka.

Amat mendukacitakan kita,terdapat lagi rakyat Malaysia cuba mencipta sejarah dengan mitos pembangkang yang kononnya mahu memerdekakan negara yang telah sekian lama merdeka ini.Tidakkah kita perasan,ramai anak-anak muda terutamanya pewaris bangsa cemerlang yang masih lagi menuntut dijadikan keldai dengan ritorik yang kononnya sudah sampai masanya menjatuhkan kerajaan.

Sebagai penuntut seharusnya kalian semua memberi sepenuh tumpuan pada pendidikan demi mencapai akedemi yang cemerlang,namun kenapa mesti termakan dakyah dan hasutan dari mereka-mereka yang bertindak tanpa pemikiran waras sebagai negara demokrasi yang kita gunapakai stelah sekian lama.Sebagai seorang pelajar,banggakanlah ibu dan bapa sebagai pelajar yang cemerlang dan janganlah memalukan ibu bapa dengan meletakkan diri sebagai terrorist bangsa sendiri.

Pada sambutan kemerdekaan negara yang lepas,kita sendiri dapat lihat dengan keangkuhan yang sememangnya tidak akan dikecapi apabila mereka menjanjikan penukaran bendera Malaysia yang baru setelah mereka memerintah negara.Tidakkah sebagai anak muda yang terpelajar berfikir secara waras ritorik perancangan meraka?.Ramai anak muda pewaris bangsa terlibat secara langsung dengan bangga mengoyak dan memijak poster Dato' Najib,Perdana Menteri kita dan akhirnya mereka semua ditahan.Mereka bergerak dengan pemimpin pembangkang.Persoalannya,setelah mereka diburu polis mana pemimpin yang memimpin perhimpunan itu?Sedarlah yang kalian semua mangsa lepas tangan mereka.

Pembangkang dengan bangga menceritakan kepada rakyat yang kononnya kerajaan menghabiskan duit rakyat.Wahai rakyat Malaysia yang merdeka,berfikirlah secara matang bahawasanya kerajaan banyak menghabiskan wang rakyat dengan pembangunan terancang untuk rakyat juga.Banyak projek-projek mega dilaksanakan dan hasilnya diguna pakai oleh rakyat juga tanpa mengira fahaman politik.Hasil dari rakyat sesungguhnya bukanlah untuk kepentingan peribadi,tetapi untuk rakyat juga.

Pelbagai menifesto pembangkang dijanjikan termasuk perkongsian kuasa dari 3 parti.Namun setelah mereka memenangi 5 buah negeri mana janji-janji mereka?Terbaru apabila isu air percuma tidak dapat dinikmati sebahagian rakyat negeri yang mereka pimpin dengan alasan menifestor adalah bukan janji,tapi hanya perancangan.Itulah tanda pemimpim yang tidak bertanggungjawab.Meraka inikah yang harus diangkat sebagai pemimpin negara?

Lihatlah wajah-wajah pemimpin-pemimpin diatas.Mereka semua adalah pemimpin negara Malaysia yang dilantik oleh rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia silih berganti yang lahir dari perjuangan Umno.Umno telah banyak berjasa kepada bangsa,agama dan negara.Jadi janganlah kita menghianati negara dengan retorik bakas ahli Umno itu sendiri.Sama-samalah kita menjaga kedaulatan kemerdekaan negara kita dengan bersatu dan janganlah membiarkan negara kita dijajah buat kali ke-2.

Manifestor kerajaan Barisan Nasional adalah janji kerajaan.55 tahun merdeka meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan dengan tanpa menindas agama lain.Dari mencari kemerdekaan sehingga kini Umno dan Barisan Nasional adalah kepimpinan negara mencapai Wawasan 2020.Segala pembangunan adalah dari wang rakyat dan dibina hanya untuk rakyat.Kekayaan rakyat hanyalah untuk rakyat.Itulah janji kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak.

Kini segala 'JANJI TELAH DITEPATI'


1 ulasan: