Dah hampir sebulan rakyat Malaysia menjalani kehidupan setelah pengurangan subsidi minyak Malaysia.Namun masih ada lagi suara-suara sumbang yang terus mempertikaikan harga minyak walaupun hanya 20sen.
Seperti yang dijelaskan harga minyak dunia hari ini semakin meningkat untuk menampung pasaran dunia.Olehitu tidak mustahil jika harga minyak Malaysia juga terima tempiasnya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia.
Jikalau dilihat dari sudut ekonomi,miyak Malaysia keluaran Petrolium Malaysia (Petronas) mampu untuk menampung pasaran tempatan sehingga tahun 2034.Manakala kewangan yang berlipat ganda petronas ada banyak lebihan.Tetapi wajarkah sebagai rakyat Malaysia menghabiskan segala yang kita ada tanpa memikirkan masa depan anak cucu kita?Inilah yang dilaungkan oleh pihak yang terus mencari keuntungan peribadi.
Jika dilihat pada harga pasaran Asean,Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain.Ini kerana kerajaan yang dipimpin YAB Dato' Seri Najib terus memberi subsidi yang tinggi kepada harga minyak.Subsidi tinggi ini adalah wajar kerana wang hasil pembayaran cukai rakyat.
Ada pihak yang terus mempertikaikan mana pergi wang cukai rakyat.Sedar atau tidak hakikatnya kerajaan telah banyak memulangkan wang rakyat dalam bentuk pembangunan,insfrastuktur,jalan,hospital,sekolah dan pelbagai jenis subsidi untuk rakyat.Kelemahan rakyat Malaysia hanya setuju wang rakyat dipulangkan dalam bentuk wang.
Jika wang disalurkan dalam bentuk wang,bayangkan berapa banyak subsidi yang kita kena tanggung sendiri?Persoalannya sekarang berapa banyak pula negara-negara maju yang tidak memberi subsidi kepada rakyat?Berapa pula negara-negara membangun mengurangkan subsidi kepada rakyat mereka?Ada penghasut-penghasut ini ceritakan?
Ingin kita tekankan disini,jadi manusia jangan duduk dalam tempurung.Kerana banyak dunia luar yang kita tidak tahu kalau terus ditakuk lama.
Apa-apa pun kita menyokong pengurangan subsidi harga minya sebanyak 20sen oleh kerajaan dengan niat memberi subsidi kepada mereka yang benar-benar layak.Namun aku tetap mengutuk kepimpinan Dato' Seri Najib yang mengurangkannya secara mendadak tanpa memikirkan rakyat yang dipimpimnya.
Semakin bijak orang itu belajar,semakin sombong jadi manusia.Kepada pembaca ayuh sama-sama bandingkan harga minyak pasaran Asean sebelum subsidi minyak Malaysia dikurangkan 20sen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan