Malaysia telah 25 hari menjalani kehidupan setelah semua rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tanggal 5hb Mei 2003.Warna-warni perjalanan PRU-13 amat menarik kerana ini adalah pilihan rakyat untuk memilih kepimpinan negara yang mantap dalam menghadapi sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Pilihan raya kali ini amat bermakna bagi penganalisis politik dari dalam dan luar negara kerana kerusi yang dipertandingkan bukan calang-calang walaupun calon itu kali pertama bertanding.Pengundi yang keluar mengundi bukanlah untuk memilih calon semata-mata,tetapi pertandingan dalam parti yang bertanding menjadi sandaran dalam pemilihan.
Pertaruhan sengit PRU-13 dapat dinilai sebagai pertandingan kaum.Kaum yang mampu menawan anak bangsa layak dipilih sebagai pemimpin.Isu perkauman amat jelas apabila dalam kerajaan hanya pemimpin melayu mampu memegang tampok pemerintahan.Manakala dalam pembangkang mejoriti cina yang menang.Dalam senario ini dapat dilihat apabila cina lebih tertarik dengan isu yang dibawa oleh DAP.
Fenomena ini amat dirasai setelah pengumuman rasmi PRU-13 diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya apabila DAP menguasai kerusi pembangkang melebihi Pas dan Keadilan.Tapi hari ini Keadilan melalui ketua umumnya yang lantang bersuara berbanding Pas yang lebih mejoritinya.
Sebelum PRU-13 huru-hara politik melayu telah bermula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan penggunaan nama Allah dalam kitab bibel versi melayu.Yang lebih mendukacitakan apabila seorang ulama' telah merestuinya walaupon dengan amaran.Kesudahannya umat Islam di Malaysia bertelagah sesama sendiri gara-gara kebodohan pemimpin.
Nama Allah adalah satu nama yang jelas zat dan nas-Nya hanya milik Allah Yang Esa dan tiada siapa-siapa makhluk lain layak menggunakannya.Tetapi persoalannya kenapa insan yang bergelar sebagai seorang Ulama' mampu menggadaikan kesucian Islam semata-mata mencapai retorik politik yang jelas tidak akan disoal di Padang Mahsyar.
Dalam pertelingkahan itu adakah kita perasan dimana manusia yang menyuarakan hasrat kejinya ini?Inilah masaalah bangsa melayu yang tidak pernah sedar dan sanggup bermusuh sesama sendiri sedangkan orang yang baling batu tadi telah lama sembunyi tangan.
Presiden Pas dalam satu fatwa telah menyatakan haram untuk Pas bersatu dengan UMNO.Kenyataan ini telah dipegang sekian lama oleh pengikut-pengikut fanatik parti.Sedar atau tidak hari ini Pas sendiri menjalankan pakatan bersama orang yang terang-terang menolak perjuangan Islam.Dimana Ulama'-Ulama' yang mereka sanjungkan ini?Kenapa haram bagi mereka untuk berkerja sama dengan UMNO sedangkan UMNO tidak pernah mempertaruhkan kesucian Agama sejak ditubuhkan hingga kini walaupun dalam politik?
Pada PRU-13 juga telah menguburkan hasrat seorang pemimpin melayu yang dengan lantang mahu memberi darjah Tun kepada Cin Peng jika dia dibawa pulang ke Malaysia.Manusia ini tidak pernah ada ilmu agama yang tinggi yang layak dipanggil Ulama' tetapi tetap disanjung dalam parti yang memperjuangkan agama Islam hanya kerana dia lantang memberikan ceramah politik maki hamun dan mencaci insan lain.Politik inikah yang kalian mahu?Hanya pandai maki orang?Pernahkah ahli Pas fikir tarif ekonomi negara jika memilih orang macam ini?
Seorang bangsa melayu yang beragama Islam dengan lantang menyatakan remaja yang berusia 18 tahun layak memilih agama mereka termasuk mereka yang beragama Islam semata-mata mahu menarik undi bangsa lain.Inikah perjuangan yang disokong pemimpin dan ahli Pas yang memperjuangkan agama Islam?Dimana kewarasan manusia berbangsa melayu dalam menilai persepsi ini?
Dalam pilihan raya sebagai sebuah negara demokrasi dalam pilihan raya Malaysia adalah memilih pemimpin untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili kita di parlimen dan bukannya seorang Presiden.Kenapa mesti nak ikut undi popular?Perlukah kita huru-harakan keamanan negara semata-mata bagi mencapai cita-cita manusia yang teringin menjadi Perdana Menteri?
Hari ini kita nak bangsa kita pandang dunia luar dan bukan politik luar.Minda melayu hari ini masih kelas-2 berbanding bangsa-bangsa lain didunia ini.Kebanyakan orang melayu lebih suka duduk atas kerusi dan mendengar ceramah dari seseorang tanpa memikirkan positif dan negetif dalam ceramah itu.Kerana ada maki hamun mereka bergelak sakan dan bertepuk tangan.Untuk mentadbir negara kita bukan nak sampaikan ceramah untuk tarik pelabur,tapi dengan strategi yang jelas dan terancang akan membawa kita menjana ekonomi sebagai negara maju.Ada manusia-manusia ini cerita pada ceramah mereka?
Perjuangan Pas dari dahulu menperjuangkan hukum Allah hudud untuk dilaksanakan di Malaysia.Tapi kita sendiri sayu dihati apabila Pas sanggup berkerjasama dengan sebuah parti yang jelas menolak perjuangan Islam.Kita bersuara hari ini bukan semata-mata kita menyokong perjuangan UMNO.Tapi kita bersuara untuk bangsa MELAYU.Kita juga pada suatu ketika bersatu dalam perjuangan Pas kerana kita agama Islam.
Kita menyanjung perjuangan Tun Mahathir yang terus membela nasib melayu walaupun dia dipandang recist dalam perjuangan kerana beliau tidak pernah kering air mata dalam memperjuangkan anak bangsa kita.Kita hormat Datuk Nik Abdul Aziz yang memerintah Kelantan dengan perjuangan Islam.Sepanjang perjuangan kedua-dua pemimpin ini banyak melakar umat Islam Malaysia terus megah dimata dunia.
Ayuhlah bangsa ku kita semua terus bersatu demi menjaga kedaulatan negara yang tercinta ini.Jaganlah kita gadai agama dan tanah air ke tangan bangsa lain yang akan bersorak tat kala melayu terus berpecah dengan tanpa mempertahankan agama Islam.Tangisan kita hari ini ingin melihat UMNO dan Pas bersatu demi menjamin maruah kedaulatan tanah milik bangsa melayu ini terus ditangan orang melayu.
UMNO memimpin negara menjana ekonomi manakala Pas memimpin kedaulatan agama Islam.Itu harapan air mata aku.
xsabar tggu PAS dan UMNO bersatu..amin..
BalasPadam