Selasa, Mei 07, 2013
5 tahun lagi.
Sekali lagi rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada Barisan Nasional yang diketuai oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak untuk memerintah negara setelah 57 tahun negara mencapai kemerdekaan pada PRU-13 yang selamat berlangsung pada 5hb Mei 2013.
Pelbagai kontroversi timbul dari banyak pihak terutama kejutan dari bangsa cina hingga aku sendiri dinasihatkan untuk tidak update blog aku supaya tak jadi kontroversi.Alhamdulillah aku dapat juga update blog aku.
Pada PRU-13 kali ini boleh dianggap pilihanraya bukan hanya untuk memilih pemimpin yang mampu memimpin kita,tapi pemimpin yang bertanding dapat dilihat secara jelas hanyalah untuk membalas dendam dengan pemimpin yang ada.
Isu yang dibawa dari Pakatan Rakyat hanya isu lapok yang menjanjikan perkara yang mushkil dapat dilaksanakan di Malaysia.Hanya tujuh tahun sahaja lagi Malaysia mahu mencapai sebagai negara maju.Namun amat mengecewakan apabila isu ekonomi tidak dijadikan landasan perjuangan mereka.
Walaupun Barisan Nasional menang mudah untuk membentuk kerajaan,itu amat berbahaya kerana mejoriti pengundi cina dalam MCA sendiri memilih DAP untuk memimpin mereka pada pilihan raya kali ini.Sifat perkauman jelas berlaku apabila kepimpinan DAP menjadikan isu perkauman yang sangat jelas.
MCA dalam Barisan Nasional bukan lagi tulang belakang kaum cina.Undi kaum cina termasuk ahli MCA sendiri memilih DAP yang menjanjikan pemerintahan pada kaum cina dan ketuanan melayu harus dihapuskan.Perkara ini sendiri pernah diakui sendiri kepimpinan Pas.Namun hanya kerana mahu kuasa mereka mempertaruhkan anak bangsa sebagai mangsa kejahilan mereka.
Dalam kita mencapai sebagai negara maju,melayu haruslah bersatu walaupun kita berbeza idealogi dan fahaman.Kerana perjuangan kita sama.Iaitu menegakkan agama Islam.Tetapi masih ada pemimpin yang terus menggadai anak bangsa sendiri demi kepentingan peribadi.
Tun Mahathir Mohamad pernah menangis kerana memperjuangkan bangsanya sendiri.Hari ini dapat dirasai tangisan Tun tika mendeklamasi sajak 'PERJUANGAN BELUM SELESAI' sebenarnya untuk rakyat pada hari ini.
Kita hampir menggadaikan tanah yang dimiliki oleh orang melayu pada bangsa lain.Ini semua berpunca dari pemikiran sempit pemimpin yang inginkan kuasa tanpa memikirkan anak bangsa mereka.Aku juga terkilan apabila anak muda pewaris bangsa yang berkelulusan tidak mahu mempertahankan negara meraka semata-mata mahu mencapai retorik pemimpin mereka.
Dari 133 kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional,109 Kerusi adalah milik UMNO.Betapa besarnya mandat UMNO yang telah diamanahkan rakyat untuk membela bangsa dan tanah air.Namun begitu dimana perginya calon-calon komponan dalam Barisan Nasional?Harus menjadi pengajaran kerana setiap calon BN yang menang bukanlah menang mudah.Kerana mejoriti undi hanya sedikit.
Dalam Pakatan Rakyat telah jelas DAP mendahului kerusi parlimen dengan mendapat 38 kerusi berbanding parti lain.Kuasa ketua pakatan dari PKR musnah dengan mejoriti undi.Namun dengan perancangan terancang DAP,Pakatan Rakyat masih lagi mengangkat ketua umum PKR sebagai ketua mereka.Sedarlah MELAYU,semua ini hanya permainan mereka semata-mata.
Janganlah kita orang melayu sanggup berpecah semata-mata mahu menunaikan hajat mereka yang sebenarnya hanya mahu menggadai bangsa sendiri & tanah air mereka.Bangunlah dari tidur yang lena.Bangkitlah dengan satu semangat demi mencapai sebagai negara maju menjelang tahun 2020 dengan bangsa MELAYU terus menjadi tuan ditanah air sendiri.
Apa-apa pun aku yang bertugas pada PRU-13 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis yang sentiasa menjaga keamanan sepanjang PRU-13 berjalan.Mereka amat bejasa dalam kita membuat undian secara demokrasi.Mereka sanggup bertugas seawal jam 3pagi dikala kita semua sedang diulit mimpi.
Begitu juga kepada petugas-petugas SPR yang terus memberikan kerjasama sepanjang pengundian berlangsung.Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memilih tampuk pemerintahan negara yang berdaulat ini.
Berikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13:
133 kerusi - Barisan Nasional
21 kerusi - Pas
38 kerusi - DAP
30 kerusi - Keadilan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 tahun ag ekk...
BalasPadamxsabar plak rse nk mgundi..
hukhuk.. :p
mampu ke..
BalasPadamhwa.hwa..
kuajaaqqq...
BalasPadamlempang nk???
gler xmampu..
juz mls jepp ok..
5thn ag tu tpkse sbnrnye
klu xsbb org tsyg,,
pn mls jgk ok..hwahwahwa.. :p