Sabtu, Mei 11, 2013

Ulang Tahun UMNO Ke-67.


DULU KINI SELAMANYA.Itulah cogankata yang dipegang lebih 20juta ahli UMNO yang telah membawa Malaysia ke mercu kegemilangan.11hb May 2013 genaplah usia 67 tahun sebagai peneraju bangsa melayu yang terus gemilang dimata dunia.


Ditubuhkan di Istana Besar Negeri Johor pada 11hb May 1946 yang diketuai oleh seorang anak melayu yang memerdekakan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.Hari ini bakan sahaja bangsa Malaysia akui kehebatan UMNO,tetapi negara-negara luar termasuk Amerika sendiri kagum dengan kegemilangan sebuah parti melayu menerajui negaranya sendiri.

Malaysia bukan sahaja mampu mencipta nama sebagai negara Islam terhebat dimata dunia.Kini Malaysia menjadi ikon kerana manjadi sebuah negara Islam hebat dalam kita mengejar kejayaan sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Dari mula saat pertubuhannya sehingga kini,UMNO telah dipimpin dengan tujuh (7) orang Presiden.Semua Presiden parti telah menjadi Perdana Menteri dengan cemerlang disetiap tahun pemerintahan mereka sehinggalah kemuncak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed yang telah membuka mata dunia bahawa mereka harus sangat berhati-hati dengan sebuah negara yang dipandang kecil iaitu Malaysia.

Tun Dr Siti Hasmah telah meminjamkan seluruh rakyat Malaysia suami tercinta sehingga 22 tahun untuk mentadbir sebuah negara yang sangat indah ini.Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Tun amat besar pada hari ini tatkala Malaysia mengejar Wawasan 2020 yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.Jutaan terima kasih tidak terhingga buat ibunda tercinta.

Rakyat Malaysia baru sahaja menjalankan tanggungjawab dalam Pilihanraya Umum ke-13.Sekali lagi mandat besar telah diamanahkan rakyat untuk UMNO terus menerajui tampok pemerintahan negara dengan UMNO memenangi 109 kerusi parlimen dari 133 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional.Betapa besarnya perjuangan ahli-ahli akar umbi yang tidak pernah penat membantu kejayaan parti.

Kejayaan yang dimenangi bukanlah satu kejayaan besar yang boleh dibanggakan.Ini kerana masih terdapat unsur-unsur perkauman yang berlaku dalam negara kita.Terang dan jelas apabila Barisan Nasional yang diketuai UMNO hilang mejoriti undi cina pada PRU-13 lalu.Amat dukacita bagi satu kepimpinan yang terus menaikkan semua kaum dipandang recis semata-mata mahu menaikkan seorang bakas ahli UMNO yang buruk pekertinya.

Kejayaan pemimpin-pemimpin UMNO bukanlah satu kejayaan peribadi.Tetapi perjuangan mereka amatlah bermakna bagi akar umbi untuk terus dihargai hingga akhir zaman.Jasa yang amat besar yang patut kita semua beri penghargaan adalah seluruh pejuang-pejuang UMNO disegenap lapisan yang tidak pernah lelah memberi keringat bakti untuk mencapai kejayaan demi AGAMA,BANGSA & TANAH AIR.

Hari ini UMNO dipimpin oleh YAB Dato' Sri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.Sesungguh jasa bapa beliau akan terus menjadi inspirasi dalam mentadbir negara yang tercinta ini agar terus menjadi mercu kebanggaan dunia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020.

Kami anak muda akan terus berdiri teguh dibelakang kepimpinan UMNO demi Agama Islam,Bangsa Melayu & Negara Malaysia.

Terus berkumandang azan Subuh,
Dipanjatjan syukur terus dicelikkan mata,
Selamat ulang tahun UMNO ke-57,
Terus menjadi kebanggaan kami rakyat Malaysia.

1 ulasan:

  1. Untung laaa UMNO..
    slmt ulang tahun jgk yepp..
    eh,bru prasan..
    no nk lebih kurg kn..
    UMNO 67..cyg 27..
    amboi3..
    btw,,letak laaa link share cyg ooi..
    smgt nie nk share entry2 chikey boyz nie haaa! :p

    BalasPadam