Khamis, Mei 30, 2013

Bersatu Demi Agama,Bangsa & Negara.

Malaysia telah 25 hari menjalani kehidupan setelah semua rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tanggal 5hb Mei 2003.Warna-warni perjalanan PRU-13 amat menarik kerana ini adalah pilihan rakyat untuk memilih kepimpinan negara yang mantap dalam menghadapi sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Pilihan raya kali ini amat bermakna bagi penganalisis politik dari dalam dan luar negara kerana kerusi yang dipertandingkan bukan calang-calang walaupun calon itu kali pertama bertanding.Pengundi yang keluar mengundi bukanlah untuk memilih calon semata-mata,tetapi pertandingan dalam parti yang bertanding menjadi sandaran dalam pemilihan.

Sabtu, Mei 11, 2013

Ulang Tahun UMNO Ke-67.


DULU KINI SELAMANYA.Itulah cogankata yang dipegang lebih 20juta ahli UMNO yang telah membawa Malaysia ke mercu kegemilangan.11hb May 2013 genaplah usia 67 tahun sebagai peneraju bangsa melayu yang terus gemilang dimata dunia.


Selasa, Mei 07, 2013

5 tahun lagi.


Sekali lagi rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada Barisan Nasional yang diketuai oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak untuk memerintah negara setelah 57 tahun negara mencapai kemerdekaan pada PRU-13 yang selamat berlangsung pada 5hb Mei 2013.

Pelbagai kontroversi timbul dari banyak pihak terutama kejutan dari bangsa cina hingga aku sendiri dinasihatkan untuk tidak update blog aku supaya tak jadi kontroversi.Alhamdulillah aku dapat juga update blog aku.