Ahad, Februari 17, 2019

Kemurkaan DYMM Sultan Johor

Seringkali kita lihat Pakatan Harapan (PH) mencabar kedaulatan institusi Di-Raja Johor dimana kali ini dengan rasa bangga setelah menjadi menteri kerajaan pusat melanggar titah Tuanku supaya tiada unsur politik diseluruh masjid di Negeri Johor.

Baginda Tuanku sedari dahulu ketika memegang jawatan sebagai Tunku Mahkota tidak membenarkan sama-sekali ada politik didalam masjid kerana masjid adalah tempat ibadah umat Islam yang suci lagi bersih.

Kekotoran permainan politik dibimbangi boleh memecahkan perpaduan umat Islam khususnya di Negeri Johor.

Sesiapa yang mengabdikan diri dalam kencah politik sebenarnya tidak akan lari dengan dosa mengata dan fitnah. Jika masjid dijadikan tempat untuk mengata dan fitnah, maka umat Islam tiada kesucian lagi apabila umat Islam itu sendiri yang mengotorkan dan mencemar kesucian masjid.

Sebagai rakyat Johor Darul Takzim dan menjunjung titah Duli Tuanku Sultan Johor dan jajahan takluknya ingin mengingatkan politik murah bukan bukti anda mampu mencemarkan Islam khususnya Negeri Johor. Tuanku adalah panji yang mengetuai agama Islam di negeri Johor. Wajib rakyat Johor menjunjung kebawah duli Tuanku demi mempertahankan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim.

Menarik Jikalau Bercakap Dengan Cermin

PRU-14 pada 9hb Mei 2018 amat bersejarah dan menarik untuk menjadi bualan rakyat marhaen sehingga hari ini. Dimana peralihan kuasa dilakukan melalui demokrasi tanpa pertumpahan darah.

Kuasa yang diberikan rakyat menunjukkan bahawa nilai seseorang ahli politik bukanlah atas dasar diri mereka sahaja, akan tetapi adalah penentuan dari rakyat.

Setiap PRU mahupun PRK, pelbagai janji-janji yang dipanggil manifesto dibentangkan secara terbuka oleh parti-parti yang bertanding. Sangat menarik sehinggakan perkara yang difikirkan mustahil untuk dilaksanakan oleh rakyat, mereka yang hidup berpolitik dengan bangga mengatakan mempunyai formula untuk melaksanakannya.

Namun setelah menang, segala janji-janji yang diberikan hanyalah janji kosong tanpa menunaikannya. Paling 'win' apabila insan yang bangga mempromosikan janji 100 hari itu menyatakan "manifesto bukanlah kitab suci".

Berbeza dengan apa yang berlaku beberapa hari lepas di Festival Demokrasi Kuala Lumpur 2019, insan yang sama, jawatan yang sama, wajah yang sama dan cuma mikrofon yang berbeza menyatakan kerajaan akan jatuh dan hilang kuasa jika janji-janji yang telah dijanjikan itu tidak dapat ditunaikan.

Oleh itu kerajaan Pakatan Harapan (PH) haruslah menunaikan janji-janji mereka terutama janji 100 hari jika mahu terus menjadi kerajaan pada PRU-15. Memang bukan mudah untuk menunaikan janji-janji itu atas banyak faktor. Namun ia sangat mudah jika formula-formula yang diperkatakan itu sebenarnya wujud dan bukan hanya bebual kedai kopi untuk meraih undi.

Dahulu Tun Mahathir beriya-iya mengatakan yang manifesto bukanlah janji. Kini dalam satu pentas yang besar dan dipandang oleh mata dunia, mengapa kata-kata itu diucapkan sedangkan Tun sendiri yang mengetuai kerajaan yang gagal untuk menunaikan janji itu?.

Jika ucapan Tun itu diucapkan sebagai parti pembangkang mungkin ia hanyalah isu untuk mengingatkan kerajaan pemerintah. Namun Tun adalah kerajaan. Jadi kepada siapa yang Tun ucapkan jikalau bukan pada diri sendiri.

Tahniah anak muda yang telah memilih pemimpin yang hebat dimata dunia. Namun dipandang sinis bukan sahaja oleh rakyat, tetapi rakan-rakan komponen PH.

Credit: DramaOne

Jumaat, Februari 15, 2019

Permainan Tribunal Pilihanraya

Tribunal Pilihanraya yang dicadangkan oleh Peguam Negara (AG) adalah tribunal yang sangat lucu, penuh muslihat dan satu pembaziran.

Bukan setakat itu sahaja, persoalan terus timbul apabila ia melibatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri.

Tribunal yang melibatkan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan sendiri merasakan lucu apabila pihak pendakwaraya sendiri mengakui bahawa enam orang pegawai SPR telah meletakkan jawatan pada 1hb Januari 2019.

Jadi perlu apa lagi AG meneruskan perbicaraan yang sudah dalam pengetahuan AG bahawa mereka telah menghantar notis dalam bulan November 2018 ini kerana jika sabit kesalahan tribunal mempunyai dua syarat dan pilihan iaitu;

i. Mengenal pasti jika ada berlaku salah laku.

ii. Menyingkirkan mereka dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jika dilihat dengan jelas bahawa enam pegawai SPR ini telah meninggalkan SPR, maka jika berlaku kesalahan sekalipun mereka tidak boleh disingkirkan kerana mereka telah meletak jawatan.

Peguam M. Puravalen dari Badan Peguam yang membantu lima anggota tribunal juga menyatakan bahawa mereka melakukan kesilapan pada PRU-14, namun mereka sudah meletakkan jawatan dan perkara ini sudah menjadi 'akademik' dimana jika sabit kebenarannya maka mereka boleh disingkirkan.

Peguam yang mewakili enam pegawai SPR, Mohd Khairul Azam menyatakan mereka tidak boleh disingkirkan kerana mereka bukan lagi pegawai SPR berkuatkuasa 1hb Januari 2019. Jika tribunal ini dilakukan sebelum tarikh 1hb Januari 2019, mereka juga mempunyai imuniti dibawah seksyen enam akta SPR 1957 dimana mereka tidak boleh didakwa.

Maka AG bukan sahaja melakukan kesilapan dengan menasihatkan PM, akan tetapi PM telah membawa ke pengetahuan DYMM YDP Agong dimana maklumat yang dipersembahkan adalah tidak tepat sehinggalah tribunal ini bermula.

Seharusnya kekhilafan ini tidak berlaku kerana AG bukan sekadar memberi pengetahuan kepada PM, namun akibat kekhilafan ini juga boleh mencemar kedaulatan DYMM YDP Agong sendiri kerana yang melantik hakim persekutuan adalah dibawah bidang kuasa DYMM YDP Agong.

Rakyat sendiri tidak selesa dengan AG, kenapa mesti menimbulkan kebencian. AG bukan individu politik. Jadi jangan terikut-ikut dengan politik murah.

Jika dengan tribunal ini boleh diadakan PRU-15, Barisan Nasional sangat mengalu-alukan tribunal ini. Maka terbuktilah bahawa Tun Mahathir tidak menginginkan Dato' Seri Anuar Ibrahim menjadi PM-8. Inilah permainan politik licik.

Menteri Tidak Buat Homework Apabila Buat Kenyataan

Sebelum PRU-14 berlangsung, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai janji-janji dari parti-parti yang bertanding. Tidak kurang hebatnya dengan habuan-habuan ceramah seperti konsert setiap waktu.

Setelah pengumuman dibuat menandakan Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi PRU-14, rakyat malaysia seperti mencapai kemerdekaan baru.

Malaysia baru yang dibawa oleh PH sebenarnya bukanlah wadah perjuangan baru kerana pemimpin yang mengetuai PH sekarang adalah pencipta Dasar Ekonomi Baru yang ditentang hebat oleh DAP sejak dahulu lagi.

Oleh kerana inginkan matlamat menghalalkan cara maka negarawan yang pernah mentadbir 22 tahun lamanya kini bersepakat bersama musuh hakiki beliau hanya dengan satu misi tanpa matlamat.

Parti komponen PH memberi kepercayaan penuh kepada Perdana Menteri (PM) dengan mengakui keputusan PM adalah muktamad.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kesepakatan kepimpinan dalam PH tetap menampakkan kejanggalan terutama apabila menteri kanan sendiri membuat onar.

ECRL sebagai contoh menunjukkan mereka tidak bekerja secara berpasukan. Ibarat bekerja untuk parti apabila Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi tiada kata sepakat dalam membuat kenyataan.

Seharusnya mereka yang diberi mandat jawatan seharusnya tahu mereka memegang kementerian apa dan apa tugas-tugas mereka. Mereka seharusnya hanya mengeluarkan kenyataan dibawah kementerian mereka sahaja. Bukannya bagi pihak kementerian lain.

Kerana kebijaksanaan menonjolkan diri sebagai hero kepada PM, terserlah sudah permuafakan didalam PH hilang entah kemana. Jikalau kenyataan sudah kucar-kacir, bagai mana pengundi akan terus percaya bahawa kerajaan PH tidak mengucar-ngacirkan Malaysia.

Jangan sibuk sebagai hero dan menyalahkan orang lain, akan tetapi jelaskan projek ECRL itu masih berjalan ataupun tidak dan adakah pengeluaran wang rakyat terlibat dalam penyelesaian itu. Itu sahaja yang rakyat ingin tahu.

Adakah mereka dalam satu pasukan setelah matlamat bersama untuk menjatuhkan Dato' Seri Mohd Najib berjaya?

Benarlah kata-kata Tun Mahathir bahawa mereka tidak menyangka memenangi PRU-14 kerana kesepakatan mereka kini bukan bekerja sebagai satu pasukan tetapi untuk parti dan kepentingan peribadi.

Agama Islam Terus Dicabar

Agama Islam adalah agama suci bukan sekadar di Malaysia, akan tetapi didunia. Keistimewaan Islam di Malaysia amatlah berbeza dengan negara-negara lain dimana apabila terlahirnya seseorang itu sebagai Melayu maka anak itu adalah Islam.

Kesucian sesuatu agama adalah tanggungjawab setiap penganut sesuatu agama untuk menjaga kesuciannya. Tetapi agama Islam di Malaysia hari ini sangat pelik apabila dipolitikkan. Namun agama lain adalah menjadi kesalahan apabila ada penganut agama lain untuk mencampurinya.

Politik dalam Islam bukanlah perkara baru. Bermula di Kelantan apabila berlaku masjid untuk dua parti iaitu masjid untuk Pas dan satu lagi untuk UMNO. Walaupun pernah menjadi isu namun demikian perkara itu dipegang oleh parti yang menegakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Kini berbeza dengan Pas dan UMNO, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ditubuhkan sekitar tahun 1974 meletakkan permainan politik nyata oleh Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Dr Mujahid Yusuf, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan melantik Shiekh Omar Ali dari DAP.

Memang dengan perlantikan itu adalah tepat kerana beliau memiliki Ijazah Usuluddin, namun Dr Mujahid khususnya dan umat Islam di Malaysia amnya mesti sedar akan dasar parti DAP berkaitan agama Islam.

Ilmu duniawi yang tinggi tidak semestinya menghalalkan segala yang berlaku. Shiekh Omar sendiri sudah jelas adalah ahli DAP dan terikat dengan perlembagaan parti. Maka permainan beliau didalam Yadim itu sendiri bakal menggambarkan parti yang dinaunginya.

Inilah masalah apabila Islam itu dipolitikkan. Sesungguhnya Islam itu terikat dengan Al-Quran dan Hadith. Namun kini Islam di Malaysia telah terikat dengan politik apabila ahli politik mencampuri urusan Agama.

Tidak cukup dengan itu juga, masjid-masjid yang selama ini menjadi tempat ibadah umat Islam dicemari juga dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan politik. Inilah permainan dari dahulu oleh Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), kini ia pula disinambungi oleh Pakatan Harapan (PH).

Permainan politik agama ini hanya melibatkan agama Islam. Dimanakah pemimpin-pemimpin Islam yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14 lalu menghilang sedangkan ini adalah tanggungjawab dan amanah yang akan pertama dihisap di padang Mahsyar?

Umat Islam Malaysia haruslah bersatu dalam hal ini. Jangan kerana kepentingan politik, agama Islam terus tercemar.