Jumaat, Februari 15, 2019

Menteri Tidak Buat Homework Apabila Buat Kenyataan

Sebelum PRU-14 berlangsung, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai janji-janji dari parti-parti yang bertanding. Tidak kurang hebatnya dengan habuan-habuan ceramah seperti konsert setiap waktu.

Setelah pengumuman dibuat menandakan Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi PRU-14, rakyat malaysia seperti mencapai kemerdekaan baru.

Malaysia baru yang dibawa oleh PH sebenarnya bukanlah wadah perjuangan baru kerana pemimpin yang mengetuai PH sekarang adalah pencipta Dasar Ekonomi Baru yang ditentang hebat oleh DAP sejak dahulu lagi.

Oleh kerana inginkan matlamat menghalalkan cara maka negarawan yang pernah mentadbir 22 tahun lamanya kini bersepakat bersama musuh hakiki beliau hanya dengan satu misi tanpa matlamat.

Parti komponen PH memberi kepercayaan penuh kepada Perdana Menteri (PM) dengan mengakui keputusan PM adalah muktamad.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kesepakatan kepimpinan dalam PH tetap menampakkan kejanggalan terutama apabila menteri kanan sendiri membuat onar.

ECRL sebagai contoh menunjukkan mereka tidak bekerja secara berpasukan. Ibarat bekerja untuk parti apabila Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi tiada kata sepakat dalam membuat kenyataan.

Seharusnya mereka yang diberi mandat jawatan seharusnya tahu mereka memegang kementerian apa dan apa tugas-tugas mereka. Mereka seharusnya hanya mengeluarkan kenyataan dibawah kementerian mereka sahaja. Bukannya bagi pihak kementerian lain.

Kerana kebijaksanaan menonjolkan diri sebagai hero kepada PM, terserlah sudah permuafakan didalam PH hilang entah kemana. Jikalau kenyataan sudah kucar-kacir, bagai mana pengundi akan terus percaya bahawa kerajaan PH tidak mengucar-ngacirkan Malaysia.

Jangan sibuk sebagai hero dan menyalahkan orang lain, akan tetapi jelaskan projek ECRL itu masih berjalan ataupun tidak dan adakah pengeluaran wang rakyat terlibat dalam penyelesaian itu. Itu sahaja yang rakyat ingin tahu.

Adakah mereka dalam satu pasukan setelah matlamat bersama untuk menjatuhkan Dato' Seri Mohd Najib berjaya?

Benarlah kata-kata Tun Mahathir bahawa mereka tidak menyangka memenangi PRU-14 kerana kesepakatan mereka kini bukan bekerja sebagai satu pasukan tetapi untuk parti dan kepentingan peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan