Baru-baru ini lawatan seramai 16 pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) ke Istanbul telah menimbulkan isu baru kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila lawatan itu ditaja oleh Da Ma Chai, syarikat perjudian nombor ekor Malaysia.
Menteri kewangan juga menyatakan yang keputusan lawatan ini dibuat pada tahun 2017 dan diakui oleh Tan Seri Muhyiddin sendiri.
Jika dilihat dikawasan bandar bukan sahaja banyak pusat perjudian tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Mereka semakin berani apabila dengan jelas meletakkan mereka lebih berani dari penguatkuasa apabila kurang tindakan dari pihak berkuasa dalam mengambil tindakan sewajarnya.
Kali ini lebih hebat apabila umat Islam dengan jelas diharamkan untuk berjudi telah menerima tajaan besar dari syarikat nombor ekor. Walaupun ia sememangnya syarikat berlesen, namun duit itu tetap dalam konteks wang taruhan dan haram. Yang ditaja juga bukan calang-calang. Tetapi orang yang memakai lambang tertulis kalimah Allah dan Muhammad.
Persoalan jelas yang timbul jika benar kelulusan lawatan itu pada tahun 2017, adakah kelulusan untuk syarikat nombor ekor menaja lawatan itu juga diluluskan pada tarikh yang sama? Jika benar, kenapa dalam tempoh dua tahun sebelum lawatan itu tidak mencari tajaan dari syarikat-syarikat yang semestinya halalin toyyiba?
Dari mata anak selatan hanya satu. Akan bertambah syarikat perjudian di Malaysia kerana PDRM selepas ini akan terasa termakan budi. Dengan itu umat Islam yang kurang pendapatan akibat kelembapan ekonomi dan kepantasan kenaikan harga barang akan mencari sumber pendapatan tambahan dengan berjudi. Inilah Malaysia Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan