Dimana-mana mereka yang mengabdikan diri dalam dunia politik khususnya Pakatan Harapan (PH) sibuk menceritakan perihal antara Tun Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Anuar Ibrahim.
Segalanya timbul bermula apabila ketidak ikhlasan Tun dalam PH dengan tidak mengangkat kertas tertulis 'Anuar PM Ke-8' pada Konvensyen PKR yang dihadirinya. Ditambahkan lagi dengan perlantikan Dato' Seri Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi yang mana namanya tidak pernah dicalonkan oleh PKR.
Semua sedia maklum Tun Mahathir hanya meminta tempoh hanya dua tahun selepas PH memenangi PRU-14 pada 9hb Mei 2018 sebelum kerusi itu diserahkan kepada DS Anuar.
Kehebatan cita-cita Presiden PKR kini dilihat lebih menggunakan jalan selamat. Beliau yang pernah ditendang Tun ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada 1997 terlebih dahulu mengetahui kelicikan Tun sehingga DS Anuar awal-awal lagi mengumumkan beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan dalam kabinet melainkan hanya sebagai PM ke-8.
Jika melihat susun galur perancangan PH semuanya asyik mempertikaikan Tun Mahathir sebagai PM ke-7 khususnya ahli biasa. Mereka seperti panas buntot apabila sering melaungkan 'undur Mahathir !!!' bagi memberi laluan kepada DS Anuar.
Rakyat perlu sedar, untuk menjadi PM bukan semudah lantikan lembaga pengarah syarikat. Kerana yang dilantik itu adalah orang yang akan mengetuai kerajaan negara dan membawa imej Malaysia dimata dunia.
Selain itu, orang itu mestilah melalui empat syarat sebelum menjadi PM iaitu;
1. Berlaku kekosongan kerusi PM.
2. Mestilah sebagai seorang ahli parlimen.
3. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya 122 kerusi ahli parlimen di Dewan Rakyat.
4. DYMM SPBY Dipertuan Agong telah memutuskan melalui penghakiman baginda.
Jika dilihat pada empat perkara diatas, hanya kreteria nombor dua sahaja yang telah dipenuhi manakala nombor tiga akan berlaku jika berlaku undi tidak percaya pada sidang parlimen bulan Mac ini. Namun DS Anuar sendiri mengakui tiada usulan undi tidak percaya kepada PM pada sidang parlimen baik dari Keadilan mahupun DAP. Amanah hilang entah ke mana.
Mereka seperti menganggap percaturan hanya pada kerusi PM. Mereka tidak melihat bagaimana pula dengan kerusi nombor dua iaitu TPM.
Mereka mempersoalkan berkenaan kerusi PM dan siapa pengganti. Persoalan kini adalah siapa pula yang bakal memegang kerusi nombor dua negara?
Kini kerusi TPM diduduki oleh Datin Seri Wan Azizah (isteri kepada DS Anuar). Jika berlaku kekosongan kerusi PM, maka DS Anuar akan menjadi pengganti dimana isteri beliau kekal sebagai TPM.
Jika Malaysia ini sebuah syarikat maka tidak mustahil untuk sepasang suami isteri sebagai CEO. Namun agak janggal apabila suami isteri memegang tampuk pemerintahan negara. Inilah permainan PKR yang sentiasa membawa darah daging sebagai pemimpin sejak mula pertubuhannya.
Jika itu tidak akan berlaku (pasti akan berlaku walau hanya beberapa minggu), maka sekali lagi sejarah baru akan tercipta apabila PM dan TPM Malaysia akan meletakkan jawatan secara serentak. Maka Malaysia akan menjadi bahan jenaka dimata dunia apabila pemilihan pemimpin adalah permainan keluarga dan membuktikan dimata dunia bahawa politik Malaysia adalah murah.
Jika kerusi TPM dikosongkan, mereka yang akan mengisi kekosongan itu sudah semestinya bukan PPBM. Umum telah mengetahui bahawa PH adalah melalui perkongsian kuasa. Tidak kira mereka memenangi banyak atau sedikit kerusi parlimen maka mereka berhak mengisi kekosongan kerusi TPM dan yang menanti giliran adalah DAP dan Amanah.
Sebagai pengundi yang sah, sama-samalah berfikir sedalam-dalamnya. Jika politik keluarga ini terus menjadi tunjang pemerintahan Malaysia, maka tiada guna parti politik mempunyai ahli kerana yang memimpin hanyalah keterunan mereka. Siapa yang tiada darah keturunan maka impian jawatan hanya tinggal impian dan mustahil menjadi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan