Khamis, Februari 14, 2019

Pemilihan PKR Bukti Imej Muafakat Dalam PH

Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat julung kalinya berjaya membuktikan keberanian apabila menjalankan pemilihan parti menggunakan atas talian.

Ini adalah satu cabaran besar yang berjaya membuktikan bahawa sebagai sebuah parti refomasi selama 20 tahun berjaya mentransfomasikan dari penggunaan kertas dan pen kepada i-pad dan segalanya hanya dihujung jari.

Setiap kemerduan pasti ada sumbangnya. Segalanya bermula apabila berlaku dua kartel yang berbeza pendapat dan pandangan. Satu pihak berusaha untuk mempertahankan bos yang banyak sejarah hitam dalam dunia politik, manakala satu pihak lagi yakin dengan sokongan dari luar.

Pemilihan dalam PKR melihatkan bukti pemikiran sempit berpolitik dari ahli parti sendiri apabila melibatkan orang luar terkena tempiasnya. Dari permulaan berkempen sehinggalah akhir, Tun Mahathir tidak terlepas dari bahan kempen beberapa ahli parti itu sendiri.

Tun hanyalah menggunakan lambang PKR pada PRU-14. Beliau tidak pernah dan saya yakin tidak terlintas langsung untuk menyertai PKR. Beliau kini menjadi Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Adalah murah bahan kempen ahli PKR apabila melibatkan Tun dalam kempen pemilihan parti sendiri.

Tidak cukup dengan itu, pergaduhan sesama ahli cabang sewaktu pengundian juga membuktikan sikap samseng apabila bergaduh sesama sendiri yang terus menjadi bahan sindiran oleh parti lawan.

Sangat jelas Pakatan Harapan yang dicipta dengan satu matlamat sahaja ini tidak ubah seperti kacang melupakan kulit. Matlamat mereka hanya ingin menjatuhkan BN dan insan tua yang banyak membantu kemenangan mereka terus diserang dari masa ke semasa ikut sedap tekak mereka.

Jika parti sendiri sudah bersikap biadap dengan rakan komponen PH sendiri, maka nikmat samseng yang sama juga sebenarnya dirasai oleh pengundi yang bukan ahli PKR dan telah memberi undi pada PRU-14 lalu.

Setiap parti komponen PH mempunyai berbeza matlamat parti. Sebab itu setelah mereka menang pada PRU-14 mereka ingin matlamat mereka tercapai setelah menjadi kerajaan. Kini musuh sebenar mereka bukanlah pembangkang. Akan tetapi musuh mereka adalah gabungan dalam parti itu sendiri.

Pakatan yang tiada muafakat ini bukan sahaja mengucar-ngacirkan negara, malah pelabur-pelabur yang ada sedikit-sedikit meninggalkan negara. Manakala pelabur luar yang berminat untuk melabur sebalum PRU-14 tidak nampak bayang akibat PH selaku kerajaan sendiri berbalah sesama sendiri, inikan pula mentadbir negara.

Sifat politik sampah seperti inilah yang akan memakan diri dalam menghadapi PRU-15. Dengan kempen parti kerajaan bermentalitikan pembangkang inilah yang bukan sekadar menjatuhkan PH, malahan imej negara juga tercemar.

Sedarlah kerajaan bukanlah politik kedai kopi, tapi pelaksana dasar-dasar negara demi menjana ekonomi dan keselamatan negara Malaysia. Penuhkanlah tin yang selama ini kosong, bukan poket anda yang tidak pernah kosong itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan