Tinggal beberapa hari sahaja lagi pengundi N.24 Semenyih akan memilih wakil rakyat baru bagi mewakili mereka setelah kematian penyandang kerusi DUN itu yang dimenanginya pada PRU-14.
Pertembungan empat penjuru ini menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Calon Bebas (CB).
PSM dan CB nampaknya lebih mendatar dalam berkempen. Mereka dilihat lebih cenderung kepada ahli sendiri berbanding PH dan BN yang menfokuskan pada penduduk setempat.
Calon PH diwakili oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat begitu berkerja keras demi memastikan calon Muhamad Aiman dapat mengekalkan kerusi N.24 Semenyih kerana ini adalah PRK pertama buat PPBM.
Populariti PH terutama PPBM menurun mendadak setelah menjadi kerajaan selama 9 bulan akibat memungkiri janji, PH telah memberi hadiah istimewa buat rakyat Malaysia dan bukan dikhususkan untuk pengundi tempatan.
Pertam, pengumuman oleh Menteri Kewangan khas untuk anak muda yang banyak memberi undi kepada PH pada PRU-14 dengan memberi RM100 pada golongan bujang.
Kedua pengumuman oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa tol percuma hanya dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Bukan sahaja tidak menguntungkan pengguna kerana itu adalah waktu tidur oleh rakyat Malaysia, akan tetapi hanya dinikmati oleh penduduk sekitar Lembah Kelang sahaja.
Dua buah tangan ini membuktikan bahawa PPBM dan kerajaan PH tiada pendirian dan makanisma terbaik sehingga terpaksa membuat pengumuman itu pada PRK Semenyih. Jika kerajaan terdahulu membuat sedemikian, mereka akan menyatakan bahawa itu adalah rasuah. Namun perkara yang sama juga dilakukan setelah mereka menjadi kerajaan.
Ia lebih dipandang sinis apabila yang dilakukan ini adalah bukan menyeluruh dan berbaloi, akan tetapi mereka lebih 'indah khabar dari rupa'. PPBM yang mewakili PH nampaknya mereka lebih tersepit kerana kekuatan UMNO adalah bangsa Melayu yang PPBM tidak mampu laksanakan.
Dengan dua hadiah ini ia sebenarnya tidak membantu langsung pada calon PH. Rakyat lebih memandang kepada keikhlasan kerajaan dan bukan pada calon. Anak muda yang sepatutnya menerima RM650 jika BN memerintah, kini hanya menerima RM100 ketika PH melaksanakan BSH2019.
Dengan potongan pemberian BSH2019 sehingga lebih 90% kepada penerima, secara tidak langsung akan membuatkan anak muda Semenyih sudah pasti akan memberi potongan diskaun sehingga 90% juga pada PRK Semenyih untuk mengundi PH.
Sehingga semalam, satu lagi janji dari calon PH dipatahkan. Janji beliau bukan disangkal oleh lawan, tetapi oleh Timbalan Menteri Kesihatan yang juga kepimpinan dari PH dimana tiada perbincangan berkaitan pembinaan hospital baru untuk Semenyih dibuat sebelum calon PH sendiri mengumumkannya.
Nampak gayanya calon PH yang hanya sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lebih gagal dalam politik. Beliau tidak pandai untuk membezakan urusan kerajaan negeri dan pusat. Maka tidak mustahil banyak lagi janji-janji yang tidak logik dari beliau sehingga saat-saat akhir kempen.
Setelah dua saguhati yang gagal menambat hati pengundi dan rakyat, hari ini rakyat sangat mengharapkan akan lebih banyak PRK berlaku kerana rakyat akan lebih banyak menikmati saguhati. Untuk mengharapkan hadiah besar memang tidak akan dirasai selagi PRU-15 tidak dilaksanakan kerana manifesto PH bukanlah kitab suci untuk ditunaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan