Satu lagi pencapaian tertinggi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji manifesto PRU-14 dimana kerajaan hari ini melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengumumkan penghapusan bayaran (bukan laluan) tol bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi.
Kejayaan ini adalah diatas perbincangan antara kerajaan dan pemegang konsesi Gemuda Berhad. Ini telah memberi bukti bahawa kerajaan PH akan menunaikan segala janji manifesto PRU-14 PH walaupun indah khabar dari rupa.
Untuk pengetahuan umum, pengumuman ini hanyalah melibatkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART. Semua lebuhraya ini berada dikawasan Lembah Kelang yang menghubungkan kawasan pinggir bandar dan Kuala Lumpur.
Dengan pengumuman ini, ia bukanlah memberi nafas lega khususnya kepada bangsa Melayu, tetapi ia adalah lebih memberi pulangan kepada mereka yang gemar ke disco, berpesta hingga larut malam, mereka yang terlibat dalam dunia pelacuran dan banyak lagi yang berkaitan sosial secara langsung akan membawa masalah khususnya kepada anak muda di bandar metropolitan.
Bagi manusia normal yang menetap di Malaysia, itu adalah waktu untuk mereka tidur dan merehatkan diri setelah seharian berada diluar rumah. Waktu itu tidak memberi apa-apa manfaat bagi manusia yang waras kecuali hanya untuk kutu rayau dan burung hantu.
Pada pengumuman itu juga menyatakan pengguna diseluruh lebuhraya akan menerima potongan harga sebanyak 30% dengan syarat pada waktu yang sama iaitu waktu rakyat Malaysia tidur. Inilah bukti keperihatinan kerajaan PH kepada rakyat yang telah memberi mandat pada PRU-14 lalu.
Sehubungan dengan pengumuman itu, sekali lagi rakyat digula-gulakan apabila kerajaan menyatakan itu adalah janji manifesto sedangkan impian rakyat adalah penghapusan tol sepenuhnya khususnya Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan bukan untuk burung hantu semata-mata.
Maka ini bukanlah kejayaan PH dalam mengotakan janji manifesto PRU-14, tetapi capati basi yang dihidangkan pada pengundi yang mentah-mentah ditipu setelah memegang tampuk pemerintahan.
Saya tetap berpegang dengan kata-kata hikmat seorang bekas menteri dibawah pentadbiran bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, Dato' Seri S.Samy Vellu, 'kalau tak mahu bayar tol, ikut jalan lamalah'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan