Ada beberapa geng membawang Pakatan Harapan (PH) mempertikaikan 'mengapa semasa Barisan Nasional (BN) memerintah mereka tidak menghapuskan tol?'.
Mari kita semua mengimbau sejarah. Sepanjang pemerintahan tiga Perdana Menteri (PM) iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussen Onn, tiada laluan bertol dibina. Setelah jawatan PM ke-4 diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO, barulah wujud istilah jalan bertol.
Beliau melaksanakan laluan berbayar adalah dianggap sebagai jalan alternatif untuk pengguna memilih sama ada mahu menggunakan lebuhraya ataupun jalan biasa.
Sebagai menjimatkan kos penyelenggaraan, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Tun telah menswastakan kepada syarikat konsesi lebuhraya dimana segala kos penyelenggaraan dibawah tanggungjawab syarikat dan kerana untuk menampung kos itu, syarikat konsesi mengenakan caj bayaran kepada mereka yang menggunakannya.
Oleh kerana ia adalah sebagai jalan alternatif, ini bermakna pengguna mempunyai dua pilihan. Pertama menggunakan lebuhraya bertol untuk sampai ke destinasi dengan pantas atau menggunakan jalan sedia ada dengan tidak membayar tol tetapi akan memakan masa perjalanan yang agak panjang.
Dalam hal ini, BN yang ketika itu menjadi kerajaan tidak memaksa untuk pengguna menggunakan laluan lebuhraya. Sebaliknya BN memberi keselesaan kepada pengguna yang menggunakan lebuhraya dengan menyediakan kawasan Rehat Dan Rawat (R&R), peronda lebuhraya yang bertugas 24 jam sehari, bantuan kecemasan dan banyak lagi untuk pengguna.
Mengapa perlu keluarkan wang untuk konsesi berbayar jika anda mempunyai jalan percuma milik awam. Pilihan ditangan pemandu dan tidak perlulah tanya kepada BN.
Lebuhraya yang diswastakan adalah ciptaan Tun Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4 dari BN. Kini Tun adalah PM ke-7 dari PH. PH selalu laungkan 'hari ini menang, esok tol dihapuskan'. Kini sudah menjadi kerajaan, mengapa mesti tanya pembangkang. Tepuk dada tanya selera. Jawapan ditangan Tun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan