Selasa, Februari 19, 2019

Kerajaan Yang Perihatin Untuk Anak Muda

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Menteri Kewangan hari ini telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bukan hanya diterima oleh mereka yang sudah berkeluarga, akan tetapi akan diterima juga pada yang masih bujang.

Pengumuman itu sejajar dengan permintaan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad dan Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pakatan Harapan.

Siapa kata kepimpinan pusat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat menjinakkan DAP. Ini bukti kuasa melayu masih kuat dengan meminta, maka lebih 3 juta penerima bujang yang layak akan menerima bonus dari kerajaan PH. Kehebatan PPBM terserlah apabila Menteri Kewangan menyebut Timbalan PH yang merujuk Presiden PPBM.

Mereka yang masih bujang dan anak muda akan merasa lega dengan keputusan kerajaan memberi bantuan sebanyak RM100 seorang untuk meringankan beban dalam menghadapi ekonomi yang menjunam dengan kos sara hidup yang tinggi.

Bukan senang Menteri Kewangan ini memberi kelulusan kerana majoriti yang menerima ini adalah bangsa melayu. Oleh itu hargailah beliau kerana sanggup mengorbankan RM300 juta dari dana awam supaya setiap anak muda yang layak mendapat RM100 seorang untuk BSH2019 berbanding RM650 seorang untuk penerima BR1M. Inilah pilihan tepat anak muda.

Lebih membanggakan, permintaan ini dibuat oleh dua orang tertinggi PPBM sewaktu kempen PRK Dun Semenyih sedang berlangsung.

Ketika Barisan Nasional (BN) mengumumkan BR1M, kepimpinan PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah terus melaungkan BR1M adalah dedak dan rasuah politik. Setelah menjadi kerajaan mereka juga mengagihkan bantuan dengan cara yang sama namun nilai yang berbeza. Apakan daya anak muda hari ini hanya dihidangkan dedak murah sahaja setelah memilih mereka.

Oleh itu, celiklah mata wahai bangsa ku. Permainan yang sama sewaktu BN menjadi kerajaan dan kini oleh PH. Tiada beza. Cuma bezanya adalah dedak mahal dengan kualiti atau dedak murah yang penuh kontroversi. Semenyih bukti darah UMNO masih utuh dalam PPBM.

Ingatlah wahai PH. Dengan RM650 pun anak muda menolak BN pada PRU-14 lalu, inikan RM100 dari PH. Kepada lebih 3 juta penerima, jimat-jimat sikit kalau guna duit itu. Takut-takut tahun depan tidak dapat. Itu bantuan kerajaan, bukan PH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan