Jumaat, Februari 15, 2019

Permainan Tribunal Pilihanraya

Tribunal Pilihanraya yang dicadangkan oleh Peguam Negara (AG) adalah tribunal yang sangat lucu, penuh muslihat dan satu pembaziran.

Bukan setakat itu sahaja, persoalan terus timbul apabila ia melibatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri.

Tribunal yang melibatkan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan sendiri merasakan lucu apabila pihak pendakwaraya sendiri mengakui bahawa enam orang pegawai SPR telah meletakkan jawatan pada 1hb Januari 2019.

Jadi perlu apa lagi AG meneruskan perbicaraan yang sudah dalam pengetahuan AG bahawa mereka telah menghantar notis dalam bulan November 2018 ini kerana jika sabit kesalahan tribunal mempunyai dua syarat dan pilihan iaitu;

i. Mengenal pasti jika ada berlaku salah laku.

ii. Menyingkirkan mereka dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jika dilihat dengan jelas bahawa enam pegawai SPR ini telah meninggalkan SPR, maka jika berlaku kesalahan sekalipun mereka tidak boleh disingkirkan kerana mereka telah meletak jawatan.

Peguam M. Puravalen dari Badan Peguam yang membantu lima anggota tribunal juga menyatakan bahawa mereka melakukan kesilapan pada PRU-14, namun mereka sudah meletakkan jawatan dan perkara ini sudah menjadi 'akademik' dimana jika sabit kebenarannya maka mereka boleh disingkirkan.

Peguam yang mewakili enam pegawai SPR, Mohd Khairul Azam menyatakan mereka tidak boleh disingkirkan kerana mereka bukan lagi pegawai SPR berkuatkuasa 1hb Januari 2019. Jika tribunal ini dilakukan sebelum tarikh 1hb Januari 2019, mereka juga mempunyai imuniti dibawah seksyen enam akta SPR 1957 dimana mereka tidak boleh didakwa.

Maka AG bukan sahaja melakukan kesilapan dengan menasihatkan PM, akan tetapi PM telah membawa ke pengetahuan DYMM YDP Agong dimana maklumat yang dipersembahkan adalah tidak tepat sehinggalah tribunal ini bermula.

Seharusnya kekhilafan ini tidak berlaku kerana AG bukan sekadar memberi pengetahuan kepada PM, namun akibat kekhilafan ini juga boleh mencemar kedaulatan DYMM YDP Agong sendiri kerana yang melantik hakim persekutuan adalah dibawah bidang kuasa DYMM YDP Agong.

Rakyat sendiri tidak selesa dengan AG, kenapa mesti menimbulkan kebencian. AG bukan individu politik. Jadi jangan terikut-ikut dengan politik murah.

Jika dengan tribunal ini boleh diadakan PRU-15, Barisan Nasional sangat mengalu-alukan tribunal ini. Maka terbuktilah bahawa Tun Mahathir tidak menginginkan Dato' Seri Anuar Ibrahim menjadi PM-8. Inilah permainan politik licik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan