Sebelum PRU-14 bermacam-macam telah berlaku didalam parti UMNO. Terakhir pemecatan YAB Tan Sri Muhyidin, YAB Dato' Seri Shafiee dan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz dalam UMNO sehingga terlahirnya parti Bersatu dan Warisan (Sabah).
Dengan langkah nekad Tun Mahathir, satu permuafakatan terbina dengan kerjasama antara empat buah parti iaitu Bersatu, Keadilan, DAP dan Amanah sebagai wadah perjuangan politik Malaysia Baru dengan nama Pakatan Harapan.
Setelah 20 tahun permusuhan berlaku akhirnya seorang negarawan yang sangat saya sanjungi dan membela beliau apabila dihina, dengan rasa rendah diri sanggup berjumpa dengan insan yang beliau pernah pecat dan merehatkan insan itu di Sungai Buloh iaitu Dato' Seri Anuar Ibrahim.
Dalam situasi ini Tun merelakan diri untuk diaibkan dengan bertemu Dato' Seri Anuar di mahkamah bagi menyampaikan hasrat dan niat beliau kepada musuh tradisinya.
Setelah difahami dengan gerak-geri dan tutur kata kedua-dua pihak, permuafakatan disambut gembira bersama DAP dan Amanah. Maka lahirlah Pakatan Harapan (PH).
Pakatan yang tercipta ini telah memberi seribu satu macam harapan baru untuk rakyat terutama golongan muda. Sehingga menjelang PRU-14, sangat jelas golongan muda inilah yang banyak membantu kemenangan kepada PH.
Matlamat anak muda jika ditanya dengan soalan "beri sepuluh sebab kenapa mesti memilih PH?", salah satu jawapannya adalah kerana "Dato' Seri Mohd Najib". Inilah hakikat dan kenyataan.
Tetapi mereka lupa bahawa matlamat penubuhan PH hanya ada satu, iaitu 'menjatuhkan Dato' Seri Mohd Najib' dimana dengan kebijaksanaan pemidato dari PH inilah yang telah meyakinkan golongan muda untuk memberi sokongan pada PRU-14.
Mempunyai strategi dan penyelesaian terhadap kemusnahan yang dicipta oleh Dato' Seri Mohd Najib adalah keyakinan tinggi dari PH. Banyak inisiatif yang lebih baik mampu diberi dengan kemenangan PH. Namun setelah menjangkau 10 bulan pentadbiran, kerajaan hari ini hanya mampu untuk berhujah bahawa kerajaan terdahulu (BN) yang punya angkara.
Jika memang benar kerajaan dahulu yang membuat onar, kenapa kerajaan sekarang tidak mampu untuk membuktikan dengan hujah-hujah dan teknikal yang diuar-uarkan sebelum PRU-14?
Seperti saya pernah nyatakan sebelum PRU-14 kepada pengundi dibeberapa kawasan, jangan pernah menghina Tun kerana matlamat Tun untuk bersama PH hanya satu. Biarlah Tun memerintah selama dua tahun seperti dipinta. Jika beliau menang. Sudah pasti sesuatu yang mengejutkan bakal berlaku dalam tempoh itu.
Berkat izin yang maha Esa, baru sembilan bulan memerintah sudah terbukti dengan jelas mereka hanya ada satu matlamat menjadi kerajaan dan bukannya benar-benar menjadikan Malaysia lebih baik dari yang sebelumnya.
Matlamat hanya menjatuhkan Dato' Seri Mohd Najib, sebab itu negara kucar-kacir kerana mereka tidak menyangka boleh menang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan