Rakyat hari ini lebih banyak bersuara berkaitan kos sara hidup dan isu ekonomi berbanding permainan politik berparti. Formula-formula Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang (sebelum PRU-14) yang dicanang seperti formula menipu pengundi dan bukan formula sebagai jalan penyelesaian.
Kuasa membeli rakyat hari ini jika dibandingkan sebelum PRU-14 jauh lebih teruk. Kebimbangan pelabur-pelabur bukan sekadar pada kelembapan ekonomi negara, tetapi kerajaan yang sedang berkuasa lebih bermain politik dari menjalankan tugas sebagai kerajaan.
Dilihat kecenderungan PH untuk menyalahkan kerajaan lama juga menjadi faktor ketidak percayaan rakyat dan pelabur. PH sebelum PRU-14 telah berjanji bulan dan bintang walaupun mereka dengan lantang mengatakan negara ketika itu sedang berhutang sehingga 1 trilion ringgit. Maka setelah lebih 9 bulan mereka tidak lagi ingin mendengar alasan politik. Tetapi mereka mahu melihat penyelesaian oleh kerajaan terutama janji-janji yang semakin banyak dimungkiri.
Mentaliti kepimpinan PH juga masih tidak menampakkan mereka adalah kerajaan. Mereka lebih gemar bercakap dan tidak menjalankan amanah yang diberi rakyat seperti sebelum PRU-14. Percakapan mereka lancar dan berkesan dipentas politik yang penuh fitnah, tetapi apabila bercakap berkaitan akademik mereka lebih terkucil dari budak 17 tahun yang mengambil SPM.
Perkara ini seharusnya tiada dalam pentadbiran kerajaan baru. Jika seseorang itu mula bekerja disesebuah syarikat, mereka akan diberi minimum 3 bulan percubaan. Jika mereka lulus maka mereka akan diserap masuk secara tetap dan jika gagal maka mereka akan diberi tambahan tempoh 3 bulan lagi. Jika gagal syarikat akan menilai semula kerja mereka untuk menentukan sama ada mereka boleh menyambung lagi 3 bulan untuk dinilai atau diberhentikan.
Lihat pada tempoh yang diberikan bermakna mereka telah menerima lanjutan percubaan sebanyak tiga kali dan mereka kali ini masih menerima lanjutan percubaan untuk 3 bulan mendatang apabila PM menyatakan mereka masih baru dalam kerajaan. Tidak tahulah berapa kali lagi lanjutan sehingga PM dapat umumkan bahawa kerajaan mereka berjaya.
Inilah yang dipanggil politik dalam kerajaan. Jika benar mereka kerajaan, mereka akan mampu melaksanakan tugas seawal 1 bulan pertama untuk memahami, 2 bulan berikutnya untuk mengenali dan bulan-bulan seterusnya untuk menjalankan tugad di kementerian-kementerian yang mereka ketuai. Tetapi sehingga 9 bulan ini masih kedengaran mereka masih baru.
Isu masih baru dalam kerajaan seharusnya tidak kedengaran terutama dari mulut PM selaku ketua kerajaan. Mereka bukanlah kakitangan kerajaan, tetapi mereka adalah jawatan lantikan politik yang PM boleh tendang bila-bila masa.
Mereka seperti tahu dengan jawatan tinggi dalam parti politik mereka, maka mereka layak pada jawatan mereka sekarang. Dengan itu mereka membawa politik dalam kerajaan kerana mereka bercakap menggunakan kuasa politik dan bukan kakitangan awam.
Tibalah masanya untuk rakyat sedar menjadi kerajaan bukanlah hebat dipentas dengan pembesar suara yang boleh didengar sejauh lebih 2 kilometer, tetapi kibijaksanaan pemimpin itu dalam bidang akademik adalah menjadi teras pemilihan. Inilah akibat penilaian pendidikan dinilai dari kaki (isu kasut sekolah) oleh PH. Sehingga satu persatu isu penipuan pendidikan muncul dari parti PH selaku kerajaan. Lebih hebat mejoriti dari PPBM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan