Jika dilihat permainan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini oleh pengerusinya adalah corak permainan yang dicipta oleh Tun Mahathir pada UMNO sewaktu menjadi ahli UMNO bermula dari cawangan sehinggalah menjadi Presiden UMNO sekaligus memberi ruang untuk Tun menjadi Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun.
Sepanjang menjadi Perdana Menteri ke-4, warna-warni politik Barisan Nasional (BN) dicorakkan dengan hanya satu nakhoda atas sepakatan dalam komponen BN. Permainan itu sedang digunakan oleh Tun dalam membentuk pentadbiran bersama PKR, DAP dan Amanah.
Pakatan Harapan (PH) hari ini hanyalah tinggal harapan khususnya kepada anak muda apabila janji yang diberikan halal untuk dimungkiri. Lebih hebat adalah orang yang yang berucap agar janji haruslah ditepati untuk terus menjadi kerajaan pada Festival Demokrasi Kuala Lumpur 2019 itu sendiri yang memungkirinya.
Sewaktu beliau melepaskan jawatan sebagai PM ke-4 pada 2003, beliau berjanji akan berehat sepenuhnya dan tidak mengganggu penggantinya. Janji itu telah dimungkiri sehingga perletakan jawatan Tun Abdullah sebagai PM ke-5.
Sekali lagi beliau memungkiri janji. Bukan dengan ahli Bersatu, tetapi parti Warisan (Sabah) apabila Bersatu kini melebarkan sayap ke Sabah dengan alasan membantu YAB Dato' Seri Panglima Shafiee Afdhal.
Sebenarnya bukan Warisan yang harus dibantu Tun, tetapi Bersatu sendiri yang harus dibantu. Kita lihat Tun lebih menfokuskan untuk membuktikan pada dunia bahawa kipimpinannya mampu untuk menjadi 2/3 kuasa dalam parlimen seperti sewaktu beliau menjadi PM ke-4 sehingga mengetepikan parti komponen lain dalam PH.
Rakyat Malaysia khususnya gen Y menolak BN bukan kerana parti. Tetapi kerana taburan janji dan fitnah yang difokuskan kepada kepimpinan UMNO. Hari ini DNA UMNO terus kekal sehingga Bersatu terpaksa menarik ahli parlimen UMNO semata-mata untuk kuasa.
Secara teknikalnya memang Bersatu akan bertambah kekuatannya dengan pertambahan ahli parlimen itu. Harus diingatkan bahawa mereka hanya menarik ahli parlimennya sahaja tanpa kekuatan ahli. Itu lebih teruk kerana permainan politik sempit ini akan mengundang padah pada PRU-15.
Kekuatan UMNO yang mengetuai BN nampaknya kini lebih hebat kerana penyatuan BN bukan sahaja menjadi teras kejayaan besar Tun sebagai PM ke-4, tetapi Tun nampaknya menjerat diri sendiri apabila beliau sendiri dengan bangga mengumumkan Bersatu disertai ramai bekas ahli-ahli UMNO.
Lim Kit Siang, pemimpin kanan DAP sendiri pernah menyatakan kesediaan untuk meninggalkan PH jika permainan Tun tetap menarik bekas ahli UMNO kedalam parti. Dengan perkembangan terkini Kit Siang haruslah membuktikan dengan tegas pendirian DAP dan DAP sentiasa mengotakan segala janji dan kata-katanya hanya untuk rakyat dan bukan untuk parti seperti mana yang diperjuangkan. Jangan sampai ahli DAP sendiri yang melabel Kit Siang 2x5 dengan Tun.
Warisan juga haruslah sedar bahawa Presiden parti itu seperti boneka sahaja untuk mencapai kejayaan pada PRU-14 lalu. Ia membuktikan kuasa kini bukan pada permuafakan dalam PH, tetapi hanya dikuasai oleh seorang yang sentiasa menghalalkan cara sendiri demi kelangsungan politik peribadi.
Apa yang dilakukan Tun bukanlah atas perjuangan parti, tetapi untuk menjadikan UMNO 2.0. Jika Bersatu menjadi UMNO 2.0, untuk apa lagi DAP, Keadilan dan Amanah kekal bersama Bersatu. Tinggalkan PH dan buktikan bahawa Tun bukanlah killer sebenar pada PRU-14. Sebab UMNO yang diperkatakan oleh PH sudah rosak. Maka bodohlah apabila komponen yang rosak dibawa masuk.
Virus-virus inilah menyebabkan BN ditumbangkan pada PRU-14. UMNO dengan rasa bangga menyerahkan virus ini kepada Bersatu supaya ia tidak menjadi barah dalam UMNO. Syabas kepada DAP yang kini memang tidak bekerjasama dengan musuh nombor satu mereka iaitu UMNO, tetapi DNA UMNO tetap wujud untuk mematikan perjuangan DAP dalam bersatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan