Rabu, Februari 13, 2019

Kesan Undian Anak Muda Pada PRU-14

Semua sedia maklum berkenaan kekalahan sebuah parti pemerintah yang telah memerintah dengan cemerlang sejak merdeka di Malaysia ini iaitu Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Tarikh keramat 9hb Mei 2018 membuktikan kuasa sebenar bukanlah dari pemimpin, akan tetapi adalah mutlak hak rakyat.


9 bulan telah berlalu. Begitu banyak perubahan telah dirasai oleh rakyat Malaysia khususnya anak muda yang majoriti telah memberi kepercayaan penuh pada Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 yang lalu.

Perubahan yang dimaksudkan bukanlah seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto PH, akan tetapi perubahan kepada mereka yang berjanji tetapi dengan berani menafikan realiti.

Setiap janji yang difokuskan oleh rakyat adalah berkaitan manifesto 100 hari yang telah dibentangkan sebelum PRU-14. Namun jawapan dari Perdana Menteri yang sangat saya sanjungi amatlah mengecewakan apabila memberi kenyataan "manifesto bukanlah kitab suci" dan "kami tidak sangka akan menang"

Menteri Kewangan juga sentiasa menjawab "kekangan kewangan" dan "keberhutangan negara yang tinggi" sehingga menyebabkan negara tidak dapat melaksanakan janji manifesto 100 hari.

Ingin saya jelaskan jika masalah kewangan negara menjadi punca sebenar dan tidak menyangka boleh menang sehingga menjadi kerajaan, kenapa berjanji dengan menyatakan mempunyai alternatif kononnya mampu memulihkan ekonomi jika perkara itu tiada.

Jika pelan yang dirancang benar-benar ada, masalah kehilangan kepercayaan rakyat tidak jatuh teruk kepada PH. Ini dibuktikan hasil kajiselidik yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Ilham Centre dan Penang Institute dimana sebelum itu Invoke juga telah mengeluarkan dapatannya pada pertengahan Disember 2018.

Adalah menjadi kesilapan khususnya anak muda B40 apabila memberi undi kepada PH untuk menerajui ekonomi dan pentadbiran negara kerana janji hanya tinggal janji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan