Setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berkaitan sejumlah dana RM90j yang didakwa dari hasil 1MDB, Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdul telah mengumumkan bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) melalui akaun rasmi parti tidak pernah menerima wang yang dimaksudkan.
Jika dilihat pada senario ini, maka segala tuduhan yang dibuat khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) adalah tidak berasas dan palsu.
Namun Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tidak berpuas hati dengan perkembangan terkini yang diumumkan oleh SPRM dimana SPRM telah menjalankan siasatan terhadap akaun Pas apabila menjawab soalan media.
Beliau seperti terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh SPRM sehingga menyalahkan Pesuruhjaya SPRM itu kerana membuat pengumuman terlalu awal seperti mahu membersihkan nama baik Pas.
Dalam politik untuk lebih stabil kedudukannya adalah dengan menjatuhkan lawan. Sedaya mungkin Tun akan berusaha melakukan apa cara bagi memastikan lawannya benar-benar jatuh.
Begitu juga dalam kes RM90j, Tun seperti tidak dapat menerima hakikat sebenar kerana apa yang dimahukan beliau adalah SPRM mengumumkan Pas bersalah sehingga yang buruk itu adalah lawan.
Permainan politik ini adalah permainan Tun ketika menjadi ahli UMNO dan mampu bertahan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri (PM) ke-4. Dengan permainan inilah yang telah membentuk UMNO yang ada kini.
Kesungguhan Tun untuk melihat Pas bersalah dan diambil tindakan oleh SPRM dilihat juga seperti cuba campur tangan politik. Beliau berkata rule of low adalah pegangan kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH), dengan kenyataan Tun itu membuktikan siapa memusuhi Tun maka sebolehnya mereka adalah pesalah dan mesti dihukum.
Sifat inilah yang membimbangkan. Dengan sifat diktator ini bukan sahaja musuh yang tidak bersalah akan dihukum, malah Dato' Seri Anuar Ibrahim akan kekal sebagai PM menunggu hingga akhir hayat.
Tidak mustahil SPRM akan menerima bos baru akibat kegagalan Pesuruhjaya SPRM tidak mengikut arahan PM. Namum adalah lebih baik Tun merombak kabinet yang bukan sahaja menyusahkan rakyat, tetapi Tun sebagai PM dari mengganggu urusan kerja orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan