Jumaat, Februari 15, 2019

Agama Islam Terus Dicabar

Agama Islam adalah agama suci bukan sekadar di Malaysia, akan tetapi didunia. Keistimewaan Islam di Malaysia amatlah berbeza dengan negara-negara lain dimana apabila terlahirnya seseorang itu sebagai Melayu maka anak itu adalah Islam.

Kesucian sesuatu agama adalah tanggungjawab setiap penganut sesuatu agama untuk menjaga kesuciannya. Tetapi agama Islam di Malaysia hari ini sangat pelik apabila dipolitikkan. Namun agama lain adalah menjadi kesalahan apabila ada penganut agama lain untuk mencampurinya.

Politik dalam Islam bukanlah perkara baru. Bermula di Kelantan apabila berlaku masjid untuk dua parti iaitu masjid untuk Pas dan satu lagi untuk UMNO. Walaupun pernah menjadi isu namun demikian perkara itu dipegang oleh parti yang menegakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Kini berbeza dengan Pas dan UMNO, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ditubuhkan sekitar tahun 1974 meletakkan permainan politik nyata oleh Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Dr Mujahid Yusuf, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan melantik Shiekh Omar Ali dari DAP.

Memang dengan perlantikan itu adalah tepat kerana beliau memiliki Ijazah Usuluddin, namun Dr Mujahid khususnya dan umat Islam di Malaysia amnya mesti sedar akan dasar parti DAP berkaitan agama Islam.

Ilmu duniawi yang tinggi tidak semestinya menghalalkan segala yang berlaku. Shiekh Omar sendiri sudah jelas adalah ahli DAP dan terikat dengan perlembagaan parti. Maka permainan beliau didalam Yadim itu sendiri bakal menggambarkan parti yang dinaunginya.

Inilah masalah apabila Islam itu dipolitikkan. Sesungguhnya Islam itu terikat dengan Al-Quran dan Hadith. Namun kini Islam di Malaysia telah terikat dengan politik apabila ahli politik mencampuri urusan Agama.

Tidak cukup dengan itu juga, masjid-masjid yang selama ini menjadi tempat ibadah umat Islam dicemari juga dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan politik. Inilah permainan dari dahulu oleh Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), kini ia pula disinambungi oleh Pakatan Harapan (PH).

Permainan politik agama ini hanya melibatkan agama Islam. Dimanakah pemimpin-pemimpin Islam yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14 lalu menghilang sedangkan ini adalah tanggungjawab dan amanah yang akan pertama dihisap di padang Mahsyar?

Umat Islam Malaysia haruslah bersatu dalam hal ini. Jangan kerana kepentingan politik, agama Islam terus tercemar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan