Jumaat, Februari 15, 2019

Sokongan Kepada Menteri Kesihatan

Ramai netizen telah memberi pandangan berkaitan isu merokok di kedai makan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Itu semua adalah lumrah dan warna warni dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Perkara ini telah lama dirasai oleh warga selatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang pernah berkunjung ke negara jiran diselatan tanahair iaitu Singapore.

Singapore telah lama menjadi sebagai sebuah negara maju dan melaksanakan undang-undang larangan merokok seperti ini di kedai makan dan tempat-tempat awam. Mereka tiada masalah untuk mengikuti undang-undang kerana perlaksanaan undang-undang yang konsisten dan tegas oleh penguatkuasa negara itu.

Di Malaysia bukan tiada ketegasan dari penguatkuasa, tetapi hukuman yang dikuatkuasakan menyebabkan pegawai yang menjalankan tugas sendiri ada yang keliru sejauh mana beratnya kesan tembakau dengan ganja (dadah).

Hukuman kepada perokok tegar lebih tinggi berbanding hukuman yang menghisap ganja. Ia adalah hukuman yang sangat ketara perbezaannya dimana hukuman dijatuhkan berat kepada perokok berbanding yang menghisap ganja.

Seharusnya sebelum kerajaan melaksanakan undang-undang haruslah membuat kajian yang benar-benar teliti kerana ini melibatkan sebuah negara dan bukannya sebuah negeri.

Hanya kerana ingin membuktikan PH lebih berjaya dari kerajaan terdahulu, mereka sanggup memalukan bukan sahaja diri mereka malah Tun Mahathir juga terpalit dengan idealisme yang tiada kajian dari orang yang Tun sendiri lantik.

Janganlah malu untuk U-Turn seperti big bos, tidak menjadi salah jika kajian semula dibuat sebelum benar-benar melaksanakan undang-undang larangan merokok ini benar-benar dilaksanakan. Kerana pasti akan ada kawasan-kawasan larangan merokok baru bakal menyusul.

Yang kuatkuasakan undang-undang adalah Melayu. Yang melaksanakannya juga Melayu. Jangan kerana hukuman tanpa kajian ini maka ramai akan menghisap ganja kerana yang ramai mengambil dadah juga adalah Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan