Khamis, September 19, 2013

Harga Minyak Malaysia.

Dah hampir sebulan rakyat Malaysia menjalani kehidupan setelah pengurangan subsidi minyak Malaysia.Namun masih ada lagi suara-suara sumbang yang terus mempertikaikan harga minyak walaupun hanya 20sen.

Seperti yang dijelaskan harga minyak dunia hari ini semakin meningkat untuk menampung pasaran dunia.Olehitu tidak mustahil jika harga minyak Malaysia juga terima tempiasnya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia.


Khamis, Mei 30, 2013

Bersatu Demi Agama,Bangsa & Negara.

Malaysia telah 25 hari menjalani kehidupan setelah semua rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tanggal 5hb Mei 2003.Warna-warni perjalanan PRU-13 amat menarik kerana ini adalah pilihan rakyat untuk memilih kepimpinan negara yang mantap dalam menghadapi sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Pilihan raya kali ini amat bermakna bagi penganalisis politik dari dalam dan luar negara kerana kerusi yang dipertandingkan bukan calang-calang walaupun calon itu kali pertama bertanding.Pengundi yang keluar mengundi bukanlah untuk memilih calon semata-mata,tetapi pertandingan dalam parti yang bertanding menjadi sandaran dalam pemilihan.

Sabtu, Mei 11, 2013

Ulang Tahun UMNO Ke-67.


DULU KINI SELAMANYA.Itulah cogankata yang dipegang lebih 20juta ahli UMNO yang telah membawa Malaysia ke mercu kegemilangan.11hb May 2013 genaplah usia 67 tahun sebagai peneraju bangsa melayu yang terus gemilang dimata dunia.


Selasa, Mei 07, 2013

5 tahun lagi.


Sekali lagi rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada Barisan Nasional yang diketuai oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak untuk memerintah negara setelah 57 tahun negara mencapai kemerdekaan pada PRU-13 yang selamat berlangsung pada 5hb Mei 2013.

Pelbagai kontroversi timbul dari banyak pihak terutama kejutan dari bangsa cina hingga aku sendiri dinasihatkan untuk tidak update blog aku supaya tak jadi kontroversi.Alhamdulillah aku dapat juga update blog aku.


Rabu, Mac 27, 2013

Bandar Baru Uda,Johor Bahru.

WALIMATULURUS

Mohd Fadzil Bin Ismail
&
Fathillah Hanum Binti Mohd Hashim


Nur Fatin Atiqah Binti Mohd Fadzil
&
Mohammad Ariff Bin Zakaria

Taman Kemas,Johor Bahru.

WALIMATULURUS

Mohd Saleh Bin Abdul Rashid
&
Asmah Binti Rasion


Syahira Binti Mohd Salleh
&
Abdul Hakim Bin Ruslan

Rabu, Mac 13, 2013

Perkukuhkan Barisan Hadapan.

Tanggal 12 Feb 2013 bumi berdaulat Malaysia telah dikejutkan dengan pencerobohan musuh di Lahad Datu,Sabah.Pencerobohan ini adalah kononnya ingin menuntut bela tanah milik keturunan di-raja Sulu.Pemerintah Sulu yang kononnya berketurunan raja menuntut tanah milik keturunan mereka.

Dalam sejarah yang telah tercatat setelah sekian lama,pada 1827 pemerintah Sulu telah menandatangani perjanjian untuk menyerahkan bumi Sabah secara mutlak milik Tanah Melayu kepada British dengan mendapat pampasan.Oleh yang demikian setelah sekian lama Sabah adalah milik Malaysia tanpa perjanjian Sulu meminjamkan@memajak Sabah kepada Malaysia.

Ahad, Januari 20, 2013

Islam Dipolitikkan.Apa Kesudahannya?

Hari ini semua jentera parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang masing-masing sibuk dengan persediaan hadapi PRU-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa.Segalanya akan bermula tat kala YAB Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak membubarkan parlimen Malaysia.

Namun demikian,sedang kita menanti saat bersejarah itu kita semua diperlihatkan pelbagai isu dan masaalah yang kita semua sendiri tahu apa jawapannya.Perhimpunan diadakan kononnya mahu melaksanakan pembaharuan oleh pemimpin yang bakal menggantikan kerajaan yang sedia ada.Persoalan yang timbul adalah mampukah mereka melaksanakan agenda itu?