Khamis, Mac 07, 2019

Apa Yang MCA Dan MIC Mahukan Dalam BN



Beberapa hari lepas, dua buah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaya Indian Congress (MIC) telah bermesyuarat bersama dengan satu keputusan.

Keputusan yang disepakati dan dipersetujui oleh Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, SA Vigneswaran adalah membubarkan BN atau jawatan Setiausaha BN ditukar oleh orang lain.

Jawatan Setiausaha (SU) Agung BN diumumkan oleh Pengerusi BN, Dato' Seri Zahid Hamidi pada Konvension MCA lalu didapati tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.

Antara lain yang menjadi pertikaian apabila Dato' Seri Nazri Aziz selaku SU Agung BN dengan lantang mempertikaikan kedudukan MCA dan MIC yang tewas teruk pada PRU-14 lalu.

United Malaya Nation Organisation (UMNO) selaku tunjang kekuatan BN yang sedang diketuai Timbalan Pengerusi BN, Dato' Seri Mohamad Hassan dengan segera akan memanggil kepimpinan BN untuk mesyuarat tergempar pada Jumaat ini bagi membincangkan hala tuju sebenar parti.

Nanum ia disambut dengan ugutan bahawa jika SU Agung BN hadir pada mesyuarat itu, mereka tidak akan menghadirinya sekaligus mesyuarat itu akan terbatal.

Jika dilihat pada situasi itu, ini bermakna MCA dan MIC tidak senang dengan perlantikan Dato' Seri Nazri Aziz selaku SU Agong BN walaupun sebenarnya ada beberapa isu lain.

Sokongan dari kaum Cina dan India kepada BN pada PRU-14 dan beberapa PRK lalu sebenarnya masih kekal berpihak kepada Pakatan Harapan (PH). Dengan masalah ini, seharusnya kedua-dua parti ini lebih memperkukuhkan parti demi mengembalikan sokongan kaum itu berbanding mengancam BN.

SU Agung BN juga dilihat bersikap angkuh apabila menjawab soalan berkaitan kenyataan MCA dan MIC dengan menyatakan 'biarkanlah' dan ada beberapa kenyataan yang dibilas dengan menyatakan kenyataan beliau bersifat peribadi dan bukan suara BN.

Dalam BN sebagai pembangkang seharusnya SU Agung BN membawa suara parti yang tidak menjejaskan hubungan baik komponen. Namun sebagaimana umum mengetahui, beliau lebih gemar dengan kenyataan yang tidak pernah menjaga hati rakan komponen lain sedari BN sebagai kerajaan dan kini menjadi pembangkang.

Sebagai orang yang mempunyai kuasa lantikan, Pengerusi BN agak silap dengan meletakkan orang seperti ini sebagai SU Agung sehingga dilihat tiada usaha untuk membawa kepada perpaduan dalam BN.

Orang seperti SU Agung BN ini yang lantang dalam menyatan pendirian sewajarnya kekal bagi menghadapi lawan. Namun orang seperti ini adalah tidak layak sebagai SU Agung BN mahupun UMNO kerana suara yang beliau bawa bukanlah suara parti dan lebih bersifat peribadi.

Dalam persediaan BN menghadapi PRK N.27 Semenyih yang mendatang, perkara ini harus dipandang serius kerana pengundi bangsa Cina dan India merangkumi 43% pengundi berdaftar.

Dato' Seri Mohamad Hassan, yang sedang memimpin BN sudah pasti mempunyai jalan penyelesaian yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Jangan kerana sifat sombong dan angkuh beberapa pemimpin, BN akan tewas sekali lagi seperti PRU-14.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan