Selasa, Mac 05, 2019

N.24-Rantau PRK Seterusnya


Setelah pengundi Semenyih memilih wakil rakyat mereka yang baru, satu lagi Pilihanraya Kecil (PRK) ke-7 bakal menyusul iaitu di N.27-Rantau, Negeri Sembilan.

PRK N.27-Rantau adalah kerana mahkamah telah memutuskan penyandang ADUN, Mohamad Hassan diminta untuk mengosongkan kerusi bagi memberi laluan supaya PRK dapat dijalankan akibat kesalahan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memberi kebenaran masuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR kini PH) yang tidak membawa pas pada PRU-14 lalu.

Penyandang dari Barisan Nasional (BN) adalah bekas Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan dan Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas-tugas Presiden bukan sahaja disenangi ahli parti, tetapi rayat tempatan lebih selesa dengan beliau dari mentadbir kerajaan negeri sehinggalah kini menjadi pembangkang.

Cabaran penyandang yang lebih disenangi dengan panggilan Tok Mad adalah agak sukar jika dilihat pada senario politik BN hari ini.

Masalah BN timbul apabila MCA dan MIC bersepakat untuk meninggalkan BN (nantikan ulasan pada entry yang lain) kerana tidak menyokong perlantikan Dato' Seri Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung BN yang diumumkan oleh Pengerusi BN pada Konvension MCA lalu.

Jika perkara ini benar berlaku, maka sokongan kepada Tok Mad akan jatuh lebih teruk kerana bangsa Cina mewakili 17% manakala india mewakili 27% jumlah pengundi berdaftar.

Dengan tsunami politik bangsa, tidak hairan dengan kehilangan 44% itu kerana sokongan bangsa Cina dan India lebih berpihak kepada PH. Namun MCA dan MIC juga adalah tulang belakang dalam BN untuk terus menawan hati bangsa minoroti ini.

Sebarang kemungkinan akan berlaku termasuk calon bebas dari MCA mahupun MIC. Ini sekaligus memberi ruang yang besar buat PH untuk memenangi kerusi N.27.

Jika dilihat pada PRU-14, PH meletakkan keruai DUN Rantau kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimana parti ini diketuai oleh Presiden parti yang bakal menggantikan Tun Mahathir sebagai PM. Beliau juga menang besar pada PRK Port Dickson yang mana BN tidak meletakkan calon untuk bertanding.

Sokongan Melayu yang hanya 56% juga dilihat agak bahaya walaupun kini UMNO dan Pas telah melakukan kerjasama kuat dalam menghadapi PRK sebelum ini. Berbeza dengan sokongan dari Cina dan India, Melayu akan berpecah undi jika BN gagal meyakinkan pengundi Rantau dan menjadi lebih dekat dengan pengundi sekaligus memberi kemengan mudah pada calon lawan.

Oleh itu diharapkan pergelutan antara parti komponen BN akan dapat diselesaikan dengan baik. Kepercayaan ahli UMNO kepada Tok Mad adalah sangat tinggi. Gunakanlah budi bicara terbaik demi kesatuan BN sekaligus mengekalkan kerusi N.27-Rantau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan