Khamis, Mac 07, 2019
Penyatuan Politik Yang Lama Dinanti
Penyatuan antara UMNO dan Pas bukan sahaja disyukuri ahli, tetapi pernah admin nyatakan pada entry bertarikh 30hb Mei 2013 lagi.
Sekian lama penyatuan ini diharapkan, akhirnya UMNO dan Pas kini secara sah sebagai satu pasukan yang terus membawa perjuangan bangsa Melayu dan Islam sebagai teras perjuangan.
Sejarah silam yang dilalui sepanjang bergerak sebagai parti politik Melayu terbesar di Malaysia seharusnya diketepikan demi mencapai perpaduan Ummah tidak kira peringkat pusat mahupun ahli biasa.
Semenjak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan, dilihat jelas bangsa Melayu dan Islam semakin hari semakin menjadi permainan dan sindirian khususnya parti DAP. Setiap apa yang dilakukan demi Islam dan Melayu sentiasa dianggap sebagai bersifat perkauman.
Semenjak merdeka lagi, Tunku Abdul Rahman telah mempersetujui bahawa kontrak sosial yang dikongsi dan ditandatangai bersama bangsa lain adalah demi perpaduan. Semangat perpaduan dipamerkan supaya setiap bangsa mempunyai parti politik sendiri demi membela mereka.
Bagi bangsa Melayu maka terlahirlah UMNO dimana Pas yang juga adalah sebahagian dari DNA yang sama telah dipecahkan hanya kerana tiada persefahaman politik.
Islam yang menggalakkan kepada perpaduan kini dilihat lebih utuh dan kemas demi perjuangan bangsa Melayu. Ilmuan dan Ulama' adalah saling memerlukan untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.
Perlembagaan yang menjamin Melayu dan Islam semakin hari semakin berani diusik oleh bangsa lain. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi negara Islam lain sehingga mereka tidak lagi menghormati negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu membela negara Islam lain jika tertindas akibat perpecahan Islam di Malaysia itu sendiri tidak dapat diselesaikan.
Penyatuan UMNO-Pas sudah pasti ditakuti PH khususnya Democratic Action Party (DAP) sehingga Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan (ulasan pada entry seterusnya). Inilah bukti jelas yang dinantikan oleh ahli kedua-dua parti khususnya dan pengundi amnya supaya ketuanan Melayu hanya milik UMNO dan pembelaan Islam adalah milik Pas, bukan milik PPBM dan Amanah yang juga lahir dari dua parti ini.
Jika dilihat dibahagian selatan tanah air, ahli kedua-dua parti sebenarnya telah sekian lama bersatu demi perpaduan kejiranan setempat. Dengan perkembangan ini ia akan lebih mengeratkan lagi kerjasama demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Setiap manusia yang tercipta bukanlah bersifat sempurna. Semoga dengan penyatuan ini dapatlah saling melengkapi antara satu sama lain demi perjuangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan