Zakaria Bin Haji Hanafi
Calon BN, Zakaria Bin Haji Hanafi mengalahkan tiga lawannya dengan mendapat 19,780 undi manakala Muhammad Aiman Zainali (PH) - 17,866 undi, Kuan Chee Heng (Bebas) atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang - 725 undi dan Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) - 847 undi.
Dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi sebanyak 73.24% membuktikan bahawa kuasa mengundi adalah milik rakyat tidak kira PRK mahupun Pilihan Raya Umum (PRU).
Jika dibandingkan mejoriti undi yang dimenangi pada PRU-14 lalu memang jauh berbeza, ia memberi isyarat jelas untuk Pakatan Harapan (PH) sedar bahawa manifesto PRU memanglah bukan kitab suci, tetapi adalah tanggungjawab yang wajib untuk ditunaikan.
Tambahan dengan isu lapok dan kempen yang lebih mengaibkan orang berbanding mengotakan janji PH, kerajaan harus akui bahawa ia sebagai salah satu faktor kekalahan untuk PH mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14.
Kemenagan BN juga memberi isyarat jelas bahawa UMNO lebih releven dalam isu Agama, Bangsa dan Negara berbanding PPBM yang dilihat hanya melahirkan ganerasi pengikut.
Berkat sokongan dari Pas ketika berkempen, ia dilihat menjadi apabila isu yang dibangkitkan adalah lebih dekat dengan pengundi dan rakyat. Walaupun pemerhati melihat ia sebagai satu bentuk kempen perkauman, tetapi BN dan Pas lebih disenangi berbanding kempen pihak lawan yang hanya bermain dengan isu seperti mereka adalah pembangkang.
Kekalahan PH juga memberi tamparan hebat buat Tun Mahathir Mohamad kerana calon yang mewakili PH adalah dari PPBM. Kepercayaan rakyat kepada PPBM bukanlah kerana perjuangan, tetapi terlalu percayakan kata-kata sewaktu kempen PRU-14 semata-mata. Sekaligus ia menghancurkan harapan Tun supaya PPBM sebagai sebuah parti untuk bangsa melayu.
Semoga dengan kemenangan BN ini, ia akan memberi semangat dalam perjuangan untuk BN terus berjuang. Kepimpinan BN dan Pas janganlah begitu selesa kerana 'Perjuangan Belum Selesai'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan