Kempen PRK N.24 Semenyih telah berakhir semalam tepat jam 12 malam dan hari ini pengundi Semenyih keluar mengundi bagi memilih siapa yang bakal mewakili mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di DUN Negeri Selangor.
Mejoriti kempen yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) lebih menyerang kepimpinan Pas berbanding parti lawan yang bertanding sedangkan sebelum penamaan calon lagi parti itu mengumumkan bahawa Pas tidak akan bertanding pada PRK tersebut.
Isu yang hangat dikempenkan adalah berkaitan pembayaran sebanyak RM1.4j oleh Pas kepada Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report.
Presiden PKR, Dato' Seri Anuar Ibrahim dalam kempennya ada menyebut cek bertarikh 31hb Januari 2019 adalah bayaran dari Pas kepada Clare sebagai persetujuan luar mahkamah. Beliau juga menunjukkan bukti sekeping kertas yang agak gelap adalah bukti dokumen yang dimaksudkan.
Editor Sarawak Report dalam hantarannya itu menyatakan Dato' Seri Haji Hadi Awang, Presiden Pas telah melanggar perjanjian kerahsiaan sehingga Clare membongkar isu pembayaran itu dan peguam Clare, Americle Sidhu mengesahkan bayaran itu dan cek Bank Islam ditandatangai dihadapan beliau sebelum dimasukkan ke dalam akaun Maybank.
Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR telah menjalankan siasatan berkaitan kenyataan yang mengelirukan. Dengan berbekalkan hanya 10 digit nombor akaun Bank Islam dicek itu, beliau terpaksa membandingkan empat lagi angka no akaun melalui carian cek yang lain kerana akaun Bank Islam mempunyai 14 digit.
Setelah berjaya menjumpainya, beliau juga berjaya memindahkan RM10 sebagai bukti akaun itu sah. Lebih mengejutkan adalah pemilik akaun tersebut bukanlah Dato' Seri Haji Hadi, Pas Pusat mahupun pemimpin Pas yang lain, tetapi akaun itu dimiliki oleh seorang Pengerusi syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) yang dilantik oleh seorang menteri kerajaan PH.
Individu itu bukan sahaja bertanggungjawab dengan syarikat GLC yang dipimpinnya, tetapi individu itu juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan seorang pemimpin kanan PH sejak dari zaman kolej lagi.
Jika benar seperti apa yang dikatakan Rafizi Ramli, maka mengapa perlu menyalah dan mempertikai bayaran itu dibuat oleh pemimpin Pas sedangkan ia adalah akaun orang ke-3. Ahli mana-mana parti politik khususnya dan rakyat Malaysia amnya keliru dengan permainan politik berparti ini.
Oleh itu adalah lebih layak untuk individu yang menandatangani cek itu tampil bagi membuktikan kenyataan Dato' Seri Anuar Ibrahim adalah benar atau Rafizi Ramli mempunyai agenda lain sehingga berani menyangkal Presiden parti sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan