Khamis, Mac 07, 2019

Sentimen Perkauman Adalah Mainan DAP


Pada 6hb Mac 2019 seorang menteri kanan kerajaan persekutuan telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur rasis dan chauvinis.

Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan lantang menyatakan 'penyatuan UMNO dan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap kaum bukan melayu' sebelum menukarnya beberapa jam kemudian dari 'pengisytiharan perang' kepada 'menyasarkan' beberapa jam kemudian oleh Malaysia Kini.

Sebagai sebuah kerajaan, seorang menteri itu bertanggungjawab bukan sahaja kepada pentadbiran, tetapi kepada menjaga keharmonian dimana Malaysia ini mempunyai pelbagai kaum dan agama.


Barisan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur agar kes ini disiasat dan didakwa dibawah akta hasutan kerana dengan kenyataan yang dikeluarkan boleh mencetuskan ketegangan kaum dan boleh mewujudkan ketidak-harmonian perpaduan yang selama ini BN amalkan di Malaysia.

Selain itu, kumpulan anak muda yang diketuai oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi bin Dasuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta supaya YAB Lim Guan Eng untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ahli UMNO-Pas khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Dengan ia benar-benar bersifat perkauman, beliau mestilah meletak jawatan serta merta demi menjaga keharmonian kaum di Malaysia.

Laporan polis juga turut disertai oleh Thinalan a/l T.Rajagopalu (Ketua Pemuda MIC), Daniel Wa Wai How (SU Agung Pemuda MCA), Mohd Shahir bin Abu Hassan (AJK Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan), Jhoell Harriyson (Ketua Pemuda IPF Malaysia), Iqbal Hakim bin Abdul Razak (Ketua Pemuda Berjasa) dan Manimaran a/l Arumugam (Ketua Pemuda Parti Makkal Sakti Malaysia).

Cakap tidak serupa bikin ini sudah sinonim dengan permainan politik Pakatan Harapan (PH) seperti isu manifesto dan kuil di Selangor yang melibatkan kematian seorang anggota bomba yang sedang menjalankan tugas.

Dahulu PH sering mengatakan hubungan UMNO-Pas ibarat kekasih gelap yang duduk serumah tanpa pernikahan. Setelah penyatuan menjadi sah, kini PH khususnya DAP memainkan isu perkauman demi mencari populariti dari bangsa lain dengan menyatakan Melayu Islam seperti telah melaungkan Jihad Fisabillillah kepada bangsa dan agama lain.

Apa yang dilakukan ini adalah hasrat sebenar akar umbi tidak kira dari UMNO mahupun Pas. Ia juga dilihat sebagai penyatuan bangsa Melayu demi menjaga kedaulatan perlembagaan negara dan kesucian agama Islam yang sering dicuit oleh bangsa dan agama lain.

Laungan yang YAB Lim Guan Eng katakan itu bukanlah sebagai seorang menteri kerajaan, tetapi adalah bukti DAP sentiasa menjadikan isu perkauman itu sebagai modal dalam memecah belahkan bangsa Melayu dan Islam.

Jika diteliti dari kes kuil di Selangor, sudah pasti tiada kata-kata maaf apatah lagi perletakan jawatan dari menteri yang sombong ini seperti mana kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Maka amat sia-sia apabila barisan kepimpinan pemuda meminta beliau berbuat demikian.

Maka adalah lebih baik untuk barisan kepimpinan BN, Pas dan NGO yang menyokong untuk terus memberi tekanan agar pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya tanpa campur tangan politik dan dunia tahu siapa yang suka memainkan isu perkauman sehingga boleh mencetuskan ketidak-harmonian kaum di Malaysia ini.

Menteri Kewangan juga sudah pasti tahu dan bijak berkaitan pelaburan luar. Apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Kanan Negara, sudah pasti para pelabur takut dan tidak akan membuat pelaburan kerana bimbang bakal berlaku rusuhan perkauman. Ia sekaligus akan merenjatkan ekonomi negara kepada kejatuhan ringgit dipasaran dunia.

Kenyataan yang tidak bijak ini juga mampu untuk membuat negara muflis kerana hutang negara seperti mana PH laungkan mencecah kepada lebih RM1 trilion. Dengan jatuhnya mata wang Malaysia, Menteri Kewangan PH yang akan disalahkan jika membawa negara kepada hutang yang tidak mampu dibayar, bukannya BN yang berusaha membayar hutang disamping menjaga keharmonian sejagat.

Setelah lebih 24 jam kenyataan berbaur perkauman ini dikeluarkan, Perdana Menteri (PM) seharusnya jangan berdiam diri. Jangan kerana PM terlalu terhutang budi kepada DAP, beliau sanggup melihat negara Malaysia yang selama ini aman bakal porak peranda akibat permainan politik rasis DAP.

Begitu juga PPBM yang kononnya pembela bangsa Melayu menggantikan UMNO dan Amanah yang membawa perjuangan Islam menggantikan Pas. Keluar bersuara dan bukan bacul mendiamkan diri demi kepentingan politik peribadi. Jika masih menyokong kenyataan Su Agung DAP, maka terbuktilah PM, TPM, PPBM dan Amanah sedang menyerahkan negara dalam senyap kepada DAP.

Lihatlah wahai penyokong tegar PPBM dan Amanah. Pemimpin anda terus membela itu sebenarnya takut dengan Su Agung DAP. Maka mereka bukanlah pembela bangsa dan agama, tetapi pembela keluarga dan kroni mereka sahaja kerana jawatan lebih penting berbanding Agama, Bangsa dan Negara sebagai wadah perjuangan. Pulanglah kepada asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan