Isnin, Mac 25, 2019

Kemampuan Kerajaan Membeli Jet Dari China Diragui

Baru-baru ini di Pulau Carey, Selangor, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah bercakap kepada pemberita berkenaan minat kerajaan untuk membeli jet pejuang dari negara China.

Ia berikutan takanan Negara-negara Eropah (EU) yang terus memberi tekanan ekonomi kepada Malaysia dengan mengharamkan bahan bakar bio sawit. Sebagai ancaman balas, Malaysia akan membeli pesawat dari China itu selepas Tun sendiri melihat aerobatik ketika lawatan beliau selama tiga hari ke Pakistan.

Dengan ekonomi yang kian merudum, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun dilihat lebih mementingkan ancaman negara luar berbanding ekonomi rakyat yang kian sempit. Kuasa membeli kini bukan lagi pada rakyat setelah harga barang yang tidak terkawal.

Jika kos pembelian jet pejuang ini dilarikan dengan membayar hutang kerajaan yang melebihi RM1 trilion (bak kata pembangkang sebelum PRU-14), mungkin ia adalah lebih baik dan sudah pasti akan membawa manfaat kepada ekonomi negara.

Dari satu sudut juga rakyat harus sedar seperti mana yang kerajaan PH sibuk laungkan khususnya di parlimen, kerajaan terdahulu telah meninggalkan beban hutang yang menimbun sehingga manifesto (janji palsu) PH tidak dapat ditunaikan. Persoalannya bagaimana Tun mampu untuk membeli sedangkan duit tiada?

Untuk menjawab persoalan ini adalah selayaknya dijawab oleh Menteri Kewangan yang lebih mengetahui permainan hutang kerajaan.

Rakyat yang ingin membuat pinjaman pun dikira tahap gaji mereka dan kemampuan membayar balik pinjaman sebelum ia diluluskan. PH yang sibuk mencanang hutang kerajaan yang tinggi pula berminat dengan pembelian melibatkan kos yang tinggi dengan prestasi ekonomi yang menurun ini.

Sekalung tahniah buat Tun yang mempunyai perancangan seperti ini. Sekalung takziah pula buat rakyat yang bakal kehilangan beberapa lagi aset di luar negara untuk menampung hutang negara dan kos pembelian jet pejuang dari China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan