Selasa, Mac 19, 2019

Bangsa Melayu Wajib Bangkit Menentang Rome Statute

Pakatan Harapan (PH) sekali lagi dilihat telah mencabuli Rukun Negara dengan melanggar rukun yang ke-2 iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara apabila telah menandatangani Rome Statute pada 4 Mac 2019.

Perjanjian ini ditandatangani oleh Menteri Luar, YAB Saifuddin Abdullah dimana Rome Statute ini ditolak keras oleh negara-negara beraja yang lain seperti Brunei, Thailand dan negara-negara Arab beraja.

Isu ini terbongkar apabila DYTM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menceritakan keperluan kerajaan PH yang telah menandatangani perjanjian ini tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja.

Tun Mahathir selaku Perdana Menteri (PM) sedari dahulu amat gemar mencari masalah dengan pihak istana khususnya Istana Johor. Kenyataan balas yang Tun berikan seperti hanya beliau yang paling berkuasa di Malaysia ini dengan menyatakan 'TMJ bukan seorang menteri' untuk mengetahui perkara ini.

Sifat angkuh Tun ini semakin hari semakin memualkan rakyat khususnya bangsa Melayu yang berfikir. Jika TMJ bukan menteri, adakah Tun adalah ahli Majlis Raja-Raja yang mana dengan perjanjian ini kuasa Raja-Raja Berperlembagaan akan dicampuri oleh orang luar?

Tun sebagai PM juga tidak mahu campur tangan asing terhadap pemerintahan negara. Tetapi dengan perjanjian ini, Sultan dan Raja boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan bukan Mahkamah Khas Di-Raja yang Tun sendiri wujudkan pada 1993. Bukankah ini campur tangan asing yang Tun sendiri tidak menyukainya?.

Sebagai orang yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian ini, adakah YAB Saifuddin selaku Menteri Luar telah memaklumkan kepada PM untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, seterusnya dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja untuk makluman Duli-Duli Baginda?

Inilah Malaysian Malaysia yang PH laungkan. Perjuangan DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik semakin hari semakin berjaya dengan secara perlahan menghapuskan sistem monarki tanpa rakyat sedari.

Secara tidak langsung, dengan perjanjian ini maka Majlis Raja-Raja dan SPB Yang Dipertuan Agong selaku Panglima Angkatan Tentera Di-Raja Malaysia akan terus kehilangan hak istimewa didalam perlembagaan.

Dalam pada masa yang sama, empat asas dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa Raja-Raja, hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan boleh dihapuskan tanpa perkenan SPB Yang Dipertuan Agong. Jika Majlis Raja-Raja menentang setiap apa yang Parlimen Malaysia putuskan, maka Duli-Duli Baginda akan dihadapkan ke ICC kerana melanggar perlembagaan negara.

Kesilapan memilih oleh golongan muda yang tidak berfikir panjang pada PRU-14 bukan sahaja memberi impak pada hutang negara yang kian bertambah, malah sebagai bencana yang sangat besar pada bangsa Melayu. Kini Malaysia sedang melalui sebuah negara yang beraja akan tetapi tidak memiliki kuasa setelah dengan rasminya telah dicabut oleh Saifuddin Abdullah.

Bangkitlah Melayu. Jangan kerana politik rakus individu kita semua akan menjadi hamba dibumi sendiri. Dimana pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kononnya berjuang untuk bangsa Melayu menghilang? Sedangkan pengerusinya sibuk menghakis hak bangsa Melayu dan tunduk pada bangsa lain semata-mata mahu mengekalkan kuasa.

Patik menjunjung kasih kebawah DYMM Sultan Johor dan DYTM Tunku Mahkota Johor yang amat sensitif berkenaan isu ini sehingga ke pengetahuan rakyat. Jika Duli Tuanku Sultan tidak membongkar perkara ini, Melayu bakal menjadi hamba di negara sendiri sebelum PRU-15.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan