Selasa, April 09, 2019

Menteri Besar Johor Letak Jawatan

Setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Johor ke-16 selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dato' Haji Osman bin Haji Sapian disahkan telah meletak jawatan sebagai MB Johor.

Dato' Haji Osman bin Haji Sapian

Kenyataan itu diumumkan oleh YAB Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri (PM) kepada pemberita.

Dalam kenyataan itu Tun Mahathir mengesahkan telah menerima dua pucuk surat dari MB Johor dan satunya akan disembah maklum kepada DYMM Sultan Johor sepulangnya Baginda dari luar negara.

Desas-desus politik Johor menjadi bualan minggu lalu apabila ada khabar angin menyatakan terdapat seorang wakil rakyat kerajaan telah bertemu DYMM Sultan Johor di luar negara bagi mencadangkan seorang dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sama parti dengannya untuk diangkat sebagai MB Johor yang baru.

Dato' Osman telah berkhidmat sebagai ADUN Kempas selama tiga penggal pada 1999-2012 diatas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum menyertai PH dan memenangi kerusi yang sama pada PRU-14 lalu seterusnya diangkat sebagai MB Johor.

Beliau juga telah mencipta sejarah baru buat negeri Johor apabila menjadi MB yang terpendek perkhidmatannya iaitu hanya 10 bulan sahaja. Tidak cukup dengan itu, beliau juga didapati menipu rakyat dengan menyatakan mempunyai Ijazah pada profil sebagai calon PRU-14 sedangkan beliau tidak memilikinya.


Hakikatnya isu Dato' Osman ini bukanlah baru. Perkara ini sudah lama Bangsa Johor merasainya. Ia bermula apabila DYMM Sultan Johor menitahkan Baginda tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran kerajaan negeri.

Tambahan dengan isu projek pembangunan yang direncatkan oleh kerajaan pusat, isu Malaysia-Singapura yang meletakkan Johor dalam zon perang apabila MB sendiri gagal dalam penyelesaian diatas meja rundingan, pelaburan negeri yang kian merosot dan banyak lagi isu rakyat yang gagal ditangani oleh MB.

Slogan Muafakat Bangsa Johor yang telah menyatukan rakyat Negeri Johor dan Istana telah diubah oleh MB dengan slogan 'Harapan Bangsa Johor' yang memperlihatkan kepentingan politik telah melebihi Bangsa Johor itu sendiri.

Rakyat Johor hakikatnya tidak meletakkan sebarang harapan pada kerajaan, tetapi dengan kedudukan Johor yang dilihat lebih stabil dan makmur antara rakyat dan Istana kini lebih kepada bersifat kebencian dan besar kepala oleh sesetengah ahli parti politik itu sendiri.

Sekali lagi kredibiliti Tun Mahathir tercalar kerana MB ini adalah mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh beliau.

Masalah sijil, intergriti, kebijaksanaan berfikir, kemasukan bekas ahli UMNO yang ditentang rakan dalam PH, kemasukan PPBM ke Sabah yang melanggar perjanjian dengan parti WARISAN dan kini MB letak jawatan, semuanya adalah dari PPBM.

Dengan pengundurun MB Johor yang hanya 10 bulan ini, sekali lagi wakil rakyat yang lahir dari PH adalah tidak berkualiti dan gagal sebagai kerajaan khususnya Negeri Johor Darul Takzim.

Tahniah buat Dato' Haji Osman bin Haji Sapian yang berjaya mencatat nama sebagai MB Johor ke-16 walaupun hanya 10 bulan.

Jumaat, April 05, 2019

Dua Dekad PKR Sebagai Parti Politik


Tanggal 4hb Mac 2019 genaplah 20 tahun Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertapak sebagai parti politik di Malaysia.

Sejarah membuktikan penubuhan PKR adalah bagi membela Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI) yang telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan disabitkan dengan kesalahan rasuah selain kes liwat yang membabitkan beliau dan adik angkat beliau.

Misi PKR pada penubuhannya hanya untuk menjatuhkan Tun Mahathir Mohamad (ketika itu PM ke-4) kerana disifatkan sebagai diktator dan kuku besi dalam pemerintahan termasuklah apa yang terjadi pada DSAI.

Setelah Tun Mahathir meninggalkan tampuk pemerintahan (PM ke-4), misi mereka masih belum berakhir kerana ketika itu DSAI masih lagi chek-in ditirai besi.

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mengetuai PKR sentiasa memainkan isu membela suaminya kepada ahli PKR selain anak sulung beliau, Nurul Izzah Anuar diangkat sebagai Naib Presiden.

PKR yang kononnya memperjuangkan reformasi sebenarnya bukanlah parti politik sebenar. Tetapi ia sebagai sebuah parti hanya untuk menunaikan hasrat pemimpin mereka mencapai cita-cita untuk menjadi PM.

Parti ini tidak lain sanggup melakukan apa sahaja agar DSAI berjaya menjadi PM selagi hayat dikandung badan termasuklah merencatkan rakan dalam PKR yang lebih berkelayakan untuk menonjol.

Ahli-ahli akar umbi sebanarnya tiada perjuangan. Mereka akur dengan kepimpinan yang mahukan perkara itu berlaku. Sebab itu dalam tempoh 19 tahun sebagai pembangkang, mereka tidak mendapat sokongan dari bangsa Melayu kerana perjuangan mereka hanya untuk menaikkan bekas banduan dan bukan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Dilihat sokongan yang PKR dapat majoritinya dari mereka yang bukan berbangsa Melayu di peti undi. Kerana bangsa Melayu mahukan sebuah parti politik yang memperjuangkan bangsa dan bukanlah parti kekeluargaan semata-mata.

Reformasi yang dijuangkan juga dilihat tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang walaupun mereka kini sebagai parti kerajaan. PKR dilihat lantang mengkritik kerajaan dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah. Mereka lebih selesa mengkritik dan terus mengkritik berbanding membantu pentadbiran kerana mereka juga adalah sebahagian dari kerajaan.

Kesimpulannya pasukan dalam PKR yang mengkritik Tun Mahathir kini adalah pemimpin yang bukan membela rakyat tetapi mahu menjatuhkan Tun demi menaikkan pemimpin mereka. Itulah permainan politik Reformasi Malaysia Baru dari PKR sehingga Pakatan Harapan (PH) dilihat tiada persepakatan lagi untuk memerintah sebagai kerajaan pusat.

Ingatlah pesanan Presiden PKR, jangan pernah lupa sejarah perjuangan 2 dekad sebagai parti politik. Sejarah yang tidak boleh diubah dan akan kekal adalah 'PKR adalah parti reformasi untuk memastikan DSAI sebagai PM dan siapa yang mengingkarinya adalah pengkhianat parti'. Siapa sebenarnya diktator?

Isnin, April 01, 2019

Pilihan Raya Kecil N.27-Rantau

Datuk Seri Mohamad Hassan, Dr S Streram, Mohd Nor dan R Mala

Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27-Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan dua calon Bebas selepas tamat tempoh penamaan calon.

PRK N.27-Rantau adalah PRK ke-7 selepas PRU-14. Hari mengundi awal adalah pada 9hb April 2019 manakala 13hb April 2019 adalah hari mengundi. Sebagai rekod Dun Sungai Kandis (PH), Dun Balakong (PH), Dun Seri Setia (PH), Parlimen Port Dickson (PH), Parlimen Cameron Highland (BN), Dun Semenyih (BN)

BN meletakkan Datuk Seri Mohamad Hassan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Doktor S Streram pula dicalonkan bagi mewakili PH. Manakala R Mala dan Mohd Nor Yassin menjadi calon Bebas.

Pengumuman rasmi penamaan calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK N.27-Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus pada jam 10.30 pagi dan tiada borang pencalonan yang ditolak.

PRK N.27- Rantau dilihat amat mencabar buat dua parti yang bertanding iaitu UMNO yang mewakili BN dan PKR yang mewakili PH. Ini kerana UMNO meletakkan Timbalan Presiden yang kini sedang menjalankan tugas-tugas Presiden manakala PKR yang mewakili PH harus membuktikan kejayaan di Rantau kerana Presiden PKR yang telah memenangi PRK lalu kini bergelar ahli parlimen Port Dickson dan bakal Perdana Menteri ke-8 (kini masih menunggu).

Datuk Seri Mohamad Hassan atau lebih senang dipanggil Tok Mat sangat berpengalaman dalam dunia politik selain disenangi rakyat tempatan kerana beliau adalah anak tempatan. Sejarah politik Dun Rantau juga membuktikan beliau sentiasa bekerja bukan hanya untuk rakyat tempatan, tetapi seluruh rakyat Negeri Sembilan. Kini beliau amat disenangi oleh ahli UMNO khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Dengan ucapan yang penuh isi serta nasihat, beliau telah berjaya membuktikan ketokohan kepimpinannya apabila berjaya memenangi dua PRK (Cameron Highland dan Semenyih) selain menyatukan UMNO-Pas seterusnya mengekalkan persepakatan antara UMNO-MCA-MIC sebagai sahabat komponen terbaik dalam BN.

PRK N.27-Rantau adalah percubaan ke-2 buat Dr Streram yang mewakili PH selepas tidak dibenarkan masuk pada penamaan calon PRU-14 lalu akibat kesilapan dan kesombongannya sendiri apabila tidak membawa pas masuk dan tiada usaha untuk mendapatkannya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau dan Pakar Bius bukan sahaja tidak mendapat sokongan majoriti malah beliau bukanlah anak tempatan. Beliau kini yang mewakili PKR dilihat harus bekerja keras demi membuktikan aura PM menunggu (20 tahun) yang kini berada di Port Dickson tidak dicemari dengan kekalahan kerana ia sebagai bukti kekuatan PKR selepas DAP dan Bersatu tewas pada dua PRK ditangan BN.

Cabaran PH bukan pada calon semata-mata, akan tetapi faktor gagal menunaikan janji manifesto, menteri yang lemah dalam menjalankan tugas, masalah permuafakatan dalam PH, masalah ekonomi, gagal sebagai pentadbir kerajaan dan banyak lagi isu pusat akan terus menjadi persoalan yang bukan sahaja calon, malah rakan-rakan kempen yang akan turun padang (jika ada membantu) untuk menjawabnya.

Bagi calon bebas, R Mala adalah suri rumah sepenuh masa yang berasal dari Port Dickson. Beliau juga adalah bekas penyampai radio di Toronto, Canada manakala Mohd Nor adalah bekas pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melawar, Negeri Sembilan.

Kedua-dua calon bebas ini bukan sahaja sangat tidak meyakinkan, malah bukan satu cabaran buat BN mahupun PH. Dengan usaha menjadikan pilihan raya dengan dua parti, adalah amat merugikan buat semua calon Bebas dan kesilapan meraih sokongan pengundi akan boleh menyebabkan wang taruhan akan hilang begitu sahaja.

Dengan PRK ke-7 ini, sekali lagi rakyat tempatan akan membuktikan kuasa pemimpin adalah ditangan rakyat. Walaupun setiap PRK yang berlangsung tidak mendatangkan apa-apa perubahan, tetapi maksud tersirat yang bakal keluar mengundi akan membawa pengajaran besar buat mereka yang bergelar ahli politik.

Jawatan yang mereka ada hanyalah pinjaman seperti mana kita dimuka bumi ini. Maka dengan kesombongan, fitnah dan penipuan bakal dibayar dengan kehancuran. Rakyat mampu berfikir.

Isnin, Mac 25, 2019

Kemampuan Kerajaan Membeli Jet Dari China Diragui

Baru-baru ini di Pulau Carey, Selangor, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah bercakap kepada pemberita berkenaan minat kerajaan untuk membeli jet pejuang dari negara China.

Ia berikutan takanan Negara-negara Eropah (EU) yang terus memberi tekanan ekonomi kepada Malaysia dengan mengharamkan bahan bakar bio sawit. Sebagai ancaman balas, Malaysia akan membeli pesawat dari China itu selepas Tun sendiri melihat aerobatik ketika lawatan beliau selama tiga hari ke Pakistan.

Dengan ekonomi yang kian merudum, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun dilihat lebih mementingkan ancaman negara luar berbanding ekonomi rakyat yang kian sempit. Kuasa membeli kini bukan lagi pada rakyat setelah harga barang yang tidak terkawal.

Jika kos pembelian jet pejuang ini dilarikan dengan membayar hutang kerajaan yang melebihi RM1 trilion (bak kata pembangkang sebelum PRU-14), mungkin ia adalah lebih baik dan sudah pasti akan membawa manfaat kepada ekonomi negara.

Dari satu sudut juga rakyat harus sedar seperti mana yang kerajaan PH sibuk laungkan khususnya di parlimen, kerajaan terdahulu telah meninggalkan beban hutang yang menimbun sehingga manifesto (janji palsu) PH tidak dapat ditunaikan. Persoalannya bagaimana Tun mampu untuk membeli sedangkan duit tiada?

Untuk menjawab persoalan ini adalah selayaknya dijawab oleh Menteri Kewangan yang lebih mengetahui permainan hutang kerajaan.

Rakyat yang ingin membuat pinjaman pun dikira tahap gaji mereka dan kemampuan membayar balik pinjaman sebelum ia diluluskan. PH yang sibuk mencanang hutang kerajaan yang tinggi pula berminat dengan pembelian melibatkan kos yang tinggi dengan prestasi ekonomi yang menurun ini.

Sekalung tahniah buat Tun yang mempunyai perancangan seperti ini. Sekalung takziah pula buat rakyat yang bakal kehilangan beberapa lagi aset di luar negara untuk menampung hutang negara dan kos pembelian jet pejuang dari China.

Jumaat, Mac 22, 2019

Kerana Duit ADUN Selangor Beri Cadangan Bodoh

Dipetik dari akhbar Malay Mail, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor telah memberi cadangan yang sangat menguntungkan berlipat kali ganda sehingga boleh membawa negara ini sebagai sebuah negara mafia.

ADUN Jeram, Mohd Shaid bin Rosli telah meyakinkan dewan dengan penanaman ganja di Kuala Selangor yang akan digazedkan sebagai kawasan pertanian, maka Selangor akan menjadi negara pengeluar terbesar di Malaysia.

"Izinkan saya memberi contoh. Anda boleh mendapat RM3,000 seekar setahun untuk minyak sawit. Tetapi saya boleh membawa hasil sehingga RM9 juta setahun. Satu ekar dengan tiga kali ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun."

"Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih dari 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan."

Sekali lagi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan pemimpin sampah selepas menteri kasut, menteri hingusan, pemimpin ijazah palsu dan banyak lagi yang membuktikan mereka tidak layak menjadi pemimpin.

Cadangan ini bukan sahaja ditolak oleh Menteri Besar, tetapi jika ditanya kepada mak cik bawang pon mereka akan membodohkan cadangan seperti ini.

Penanaman ganja seperti yang dimaksudkan bertujuan untuk penyelidikan dan eksport perubatan. Tetapi Mohd Shaid kena faham difinasi ganja dalam Islam kerana beliau semestinya beragama Islam. Sudah pasti sebagai sebuah negara Islam, tidak sama sekali untuk menjadi sebuah negara penanam apatah lagi pengeksport sekaligus mencemar imej Islam itu sendiri.

Jika ahli dewan memandang cadangan ini sebagai sampah, umat Islam seharusnya memandang perkara ini sebagai najis yang tidak seharusnya dicadangkan oleh seorang pemimpin Islam.

Sebagai peneraju kerajaan, Bersatu yang berada bersama komponen Pakatan Harapan (PH) seharusnya untuk memikirkan jalan untuk menjadikan sawit (contoh yang diberikan) melonjak tinggi dari harga pasaran. Bukannya memberi cadangan yang jelas membawa kepada kemudaratan. Pemikiran ini bukanlah sebagai pemikiran seorang kerajaan. Parti pembangkang pon tidak terfikir dengan sampah seperti ini.

Benarlah yang berada dalam Bersatu semuanya adalah virus yang dulunya berada dalam UMNO. Sebab itu kepimpinan Bersatu sentiasa memberi idea dan cadangan bodoh untuk rakyat. Hanya kerana duit, mata hati pemimpin Bersatu sentiasa buta hati demi kepentingan peribadi.

Dengan cadangan ini juga, Mohd Shaid diragui pendidikan dan tahap kepimpinannya. Persoalan kuat untuk beliau adakah beliau juga terlibat dengan perkara yang berkaitan 'ganja' sehingga beliau mampu berfikir sedemikian.

Rakyat Selangor khususnya DUN Jeram pasti ketawa besar dengan cadangan wakil rakyat mereka. Bayangkan jika beliau menjadi ahli Parlimen, sudah pasti cadangan beliau adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pemprosesan ganja pula.

Syabas Malaysia Baru.

Selasa, Mac 19, 2019

Bangsa Melayu Wajib Bangkit Menentang Rome Statute

Pakatan Harapan (PH) sekali lagi dilihat telah mencabuli Rukun Negara dengan melanggar rukun yang ke-2 iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara apabila telah menandatangani Rome Statute pada 4 Mac 2019.

Perjanjian ini ditandatangani oleh Menteri Luar, YAB Saifuddin Abdullah dimana Rome Statute ini ditolak keras oleh negara-negara beraja yang lain seperti Brunei, Thailand dan negara-negara Arab beraja.

Isu ini terbongkar apabila DYTM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menceritakan keperluan kerajaan PH yang telah menandatangani perjanjian ini tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja.

Tun Mahathir selaku Perdana Menteri (PM) sedari dahulu amat gemar mencari masalah dengan pihak istana khususnya Istana Johor. Kenyataan balas yang Tun berikan seperti hanya beliau yang paling berkuasa di Malaysia ini dengan menyatakan 'TMJ bukan seorang menteri' untuk mengetahui perkara ini.

Sifat angkuh Tun ini semakin hari semakin memualkan rakyat khususnya bangsa Melayu yang berfikir. Jika TMJ bukan menteri, adakah Tun adalah ahli Majlis Raja-Raja yang mana dengan perjanjian ini kuasa Raja-Raja Berperlembagaan akan dicampuri oleh orang luar?

Tun sebagai PM juga tidak mahu campur tangan asing terhadap pemerintahan negara. Tetapi dengan perjanjian ini, Sultan dan Raja boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan bukan Mahkamah Khas Di-Raja yang Tun sendiri wujudkan pada 1993. Bukankah ini campur tangan asing yang Tun sendiri tidak menyukainya?.

Sebagai orang yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian ini, adakah YAB Saifuddin selaku Menteri Luar telah memaklumkan kepada PM untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, seterusnya dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja untuk makluman Duli-Duli Baginda?

Inilah Malaysian Malaysia yang PH laungkan. Perjuangan DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik semakin hari semakin berjaya dengan secara perlahan menghapuskan sistem monarki tanpa rakyat sedari.

Secara tidak langsung, dengan perjanjian ini maka Majlis Raja-Raja dan SPB Yang Dipertuan Agong selaku Panglima Angkatan Tentera Di-Raja Malaysia akan terus kehilangan hak istimewa didalam perlembagaan.

Dalam pada masa yang sama, empat asas dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa Raja-Raja, hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan boleh dihapuskan tanpa perkenan SPB Yang Dipertuan Agong. Jika Majlis Raja-Raja menentang setiap apa yang Parlimen Malaysia putuskan, maka Duli-Duli Baginda akan dihadapkan ke ICC kerana melanggar perlembagaan negara.

Kesilapan memilih oleh golongan muda yang tidak berfikir panjang pada PRU-14 bukan sahaja memberi impak pada hutang negara yang kian bertambah, malah sebagai bencana yang sangat besar pada bangsa Melayu. Kini Malaysia sedang melalui sebuah negara yang beraja akan tetapi tidak memiliki kuasa setelah dengan rasminya telah dicabut oleh Saifuddin Abdullah.

Bangkitlah Melayu. Jangan kerana politik rakus individu kita semua akan menjadi hamba dibumi sendiri. Dimana pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kononnya berjuang untuk bangsa Melayu menghilang? Sedangkan pengerusinya sibuk menghakis hak bangsa Melayu dan tunduk pada bangsa lain semata-mata mahu mengekalkan kuasa.

Patik menjunjung kasih kebawah DYMM Sultan Johor dan DYTM Tunku Mahkota Johor yang amat sensitif berkenaan isu ini sehingga ke pengetahuan rakyat. Jika Duli Tuanku Sultan tidak membongkar perkara ini, Melayu bakal menjadi hamba di negara sendiri sebelum PRU-15.

Sabtu, Mac 16, 2019

Melayu VS DAP

Setelah pengumuman secara rasmi oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Dato' Seri Mohamad bin Haji Hassan berkenaan kerjasama UMNO-Pas, DAP melalui Setiausaha Agung merangkap Menteri Kewangan telah memanaskan suasana perpaduan bangsa yang sekian lama kita sematkan.

Perkara ini sebenarnya sudah dijangka dengan kenyataan YAB Lim Guan Eng yang menyatakan 'pengisytiharan perang' terhadap bukan Melayu. Kenyataan yang dimuat naik bukanlah akhbar atau portal parti lawan, tetapi ia datang dari portal berita yang pro kerajaan iaitu Malaysia Kini.

Semenjak ditubuhkan, DAP mempunyai ideologi dan identifikasi yang tidak bersetuju dengan perlembagaan negara yang meletakkan Agama Islam dan hak Bumiputera melebihi segalanya.

Jika dilihat pada permainan politik DAP, mereka banyak mengaut keuntungan politik dengan perpecahan orang-orang Melayu sedari dahulu lagi. Sebagai contoh, pada 1969 parti DAP telah memenangi banyak kerusi setelah Melayu berpecah pada tiga iaitu kumpulan Tunku Abdul Rahman (Nasionalisme), Tun Mahathir (Ultra-Melayu) dan Pas (Konservatif Islam).

Peristiwa 13 Mei 1969 secara jelas memberi kesan yang cukup besar apabila bangsa Melayu melihat DAP sebagai sebuah parti cauvinis anti-Bumiputera dan Islam. Ia bukan sahaja membuktikan perpecahan bangsa Melayu adalah ruang untuk DAP merebut peluang politik, sekaligus memastikan Melayu lemah dibumi sendiri. Namun mereka sebenarnya gagal apabila melibatkan semangat nasionalisme, bangsa Melayu tetap bersatu dan utuh menentang mereka.

Pada 1988, sekali lagi DAP merebut laba politik apabila UMNO yang menjadi tunjang bangsa Melayu berpecah. Kali ini melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah dengan terlahirnya Semangat 46 dimana DAP telah bekerjasama pada PRU seterusnya.

Stigma sebagai parti cauvinis Cina dapat dihakis sekali lagi apabila pada tahun 1998 terjalinnya kerjasama antara DAP dan PKR yang lahir dari perpecahan dalaman UMNO. Dato' Seri Anwar yang mempunyai karisma bukan sahaja membawa Melayu untuk mempercayai politik DAP, tetapi berjaya menyatukan DAP dan Pas buat pertama kalinya.

Dengan gabungan itu sebagai Pakatan Rakyat telah membolehkan gabungan itu menawan Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Namun ahli Pas yang sedar akan permainan politik DAP telah menolak Mohamad Sabu yang lebih mahu mengekalkan kerjasama dengan DAP dengan teruk melalui pemilihan parti bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada tahun 2015. Maka terlahirlah PAN dari serpihan Pas pimpinan Abang Mat.

Pada PRU-14, peluang yang terbuka luas sekali lagi disambar apabila DAP mengaut keuntungan politik akibat perpecahan UMNO sehingga terlahirnya PPBM. Kali ini UMNO tewas apabila seorang negarawan yang suka menjatuhkan musuh sewaktu berada dalam UMNO telah bekerjasama dengan DAP. Tun Mahathir yang banyak menanam sifat benci kepada Melayu terhadap DAP telah menghalalkan cara politik beliau semata-mata untuk menjatuhkan musuh beliau dan bukan lagi perjuangan demi bangsa.

Dalam meraikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14, kerusi yang paling banyak dimenangi adalah DAP berbanding PPBM walaupun Pengerusinya menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana itulah sebenarnya yang menakutkan DAP apabila UMNO dan Pas kini bergabung membawa wadah perjuangan Melayu dan Islam.

Kebimbangan ini terserlah apabila Barisan Nasional (BN) dan Pas tidak pernah mendiskriminasi kaum sepanjang pentadbiran sebagai kerajaan pusat dan negeri. Ini dibuktikan dengan pembinaan patung Buddha terbesar dibina oleh kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas dan kuil hindu terbesar terpelihara di Negeri Selangor sewaktu pemerintahan kerajaan BN.

Jika dilihat pada sejarah politik Malaysia, UMNO telah melahirkan banyak parti yang menunjukkan berlaku perpecahan Melayu itu sendiri. Dengan perpecahan politik Melayu dalam UMNO maka terlahirlah Pas, Semangat 46, PKR, PPBM dan Warisan. Semua parti serpihan ini pernah bekerjasama dengan DAP dan kini orang yang pernah menanam sifat benci pada DAP pada ahli UMNO iaitu Tun Mahathir pula asyik berkongsi pentas bersama DAP.

Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada tahun 1948 melalui kontrak sosial tidak pernah menindas bangsa dan agama lain di Malaysia. Semua kaum bebas melakukan apa sahaja termasuk beribadat, perniagaan dan sebagainya selagi tidak melanggar perlembagaan Malaysia.

Kira-kira 10 tahun dahulu DAP juga pernah bekerjasama dengan Pas. Walaupun gagal membawa gabungan itu ke Putrajaya, Pas yang membawa perjuangan Islam tidak pula membuat onar seperti Taliban akibat kekalahan. Malah pembalak bangsa Cina terus mengaut keuntungan balak di negeri Kelantan sehingga kini.

Gabungan UMNO-Pas ini adalah gabungan politik. Ia bukanlah usaha untuk memusuhi sesama agama di Malaysia ini. Penentangan yang dibuat adalah kerana idealogi DAP yang mahu melihat Melayu terus berpecah. Kerana idealogi politik inilah, semangat perpaduan semakin hari semakin hilang dan tidak menghormati antara sesama kaum.

Jelas bahawa bangsa Melayu tidak pernah memusuhi bangsa Cina, India dan lain-lain. Hidup berjiran sedari dulu kekal harmoni tanpa bermusuhan. Oleh kerana politik sempit yang rasis tidak mustahil pergolakan dan perpecahan kaum akan berulang seperti 13 Mei 1969.

Selasa, Mac 12, 2019

Nantikan Entry Seterusnya

Salam Muafakat Bangsa Johor.

Admin mohon maaf sudah beberapa hari tidak update entry. Admin sibuk dengan tugas dan sekarang kesihatan terganggu.

In shaa Allah dalam masa terdekat admin akan update pandangan dari admin sebagai Anak Selatan Tanah Air.

Aamin.

Khamis, Mac 07, 2019

Sentimen Perkauman Adalah Mainan DAP


Pada 6hb Mac 2019 seorang menteri kanan kerajaan persekutuan telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur rasis dan chauvinis.

Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan lantang menyatakan 'penyatuan UMNO dan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap kaum bukan melayu' sebelum menukarnya beberapa jam kemudian dari 'pengisytiharan perang' kepada 'menyasarkan' beberapa jam kemudian oleh Malaysia Kini.

Sebagai sebuah kerajaan, seorang menteri itu bertanggungjawab bukan sahaja kepada pentadbiran, tetapi kepada menjaga keharmonian dimana Malaysia ini mempunyai pelbagai kaum dan agama.


Barisan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur agar kes ini disiasat dan didakwa dibawah akta hasutan kerana dengan kenyataan yang dikeluarkan boleh mencetuskan ketegangan kaum dan boleh mewujudkan ketidak-harmonian perpaduan yang selama ini BN amalkan di Malaysia.

Selain itu, kumpulan anak muda yang diketuai oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi bin Dasuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta supaya YAB Lim Guan Eng untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ahli UMNO-Pas khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Dengan ia benar-benar bersifat perkauman, beliau mestilah meletak jawatan serta merta demi menjaga keharmonian kaum di Malaysia.

Laporan polis juga turut disertai oleh Thinalan a/l T.Rajagopalu (Ketua Pemuda MIC), Daniel Wa Wai How (SU Agung Pemuda MCA), Mohd Shahir bin Abu Hassan (AJK Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan), Jhoell Harriyson (Ketua Pemuda IPF Malaysia), Iqbal Hakim bin Abdul Razak (Ketua Pemuda Berjasa) dan Manimaran a/l Arumugam (Ketua Pemuda Parti Makkal Sakti Malaysia).

Cakap tidak serupa bikin ini sudah sinonim dengan permainan politik Pakatan Harapan (PH) seperti isu manifesto dan kuil di Selangor yang melibatkan kematian seorang anggota bomba yang sedang menjalankan tugas.

Dahulu PH sering mengatakan hubungan UMNO-Pas ibarat kekasih gelap yang duduk serumah tanpa pernikahan. Setelah penyatuan menjadi sah, kini PH khususnya DAP memainkan isu perkauman demi mencari populariti dari bangsa lain dengan menyatakan Melayu Islam seperti telah melaungkan Jihad Fisabillillah kepada bangsa dan agama lain.

Apa yang dilakukan ini adalah hasrat sebenar akar umbi tidak kira dari UMNO mahupun Pas. Ia juga dilihat sebagai penyatuan bangsa Melayu demi menjaga kedaulatan perlembagaan negara dan kesucian agama Islam yang sering dicuit oleh bangsa dan agama lain.

Laungan yang YAB Lim Guan Eng katakan itu bukanlah sebagai seorang menteri kerajaan, tetapi adalah bukti DAP sentiasa menjadikan isu perkauman itu sebagai modal dalam memecah belahkan bangsa Melayu dan Islam.

Jika diteliti dari kes kuil di Selangor, sudah pasti tiada kata-kata maaf apatah lagi perletakan jawatan dari menteri yang sombong ini seperti mana kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Maka amat sia-sia apabila barisan kepimpinan pemuda meminta beliau berbuat demikian.

Maka adalah lebih baik untuk barisan kepimpinan BN, Pas dan NGO yang menyokong untuk terus memberi tekanan agar pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya tanpa campur tangan politik dan dunia tahu siapa yang suka memainkan isu perkauman sehingga boleh mencetuskan ketidak-harmonian kaum di Malaysia ini.

Menteri Kewangan juga sudah pasti tahu dan bijak berkaitan pelaburan luar. Apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Kanan Negara, sudah pasti para pelabur takut dan tidak akan membuat pelaburan kerana bimbang bakal berlaku rusuhan perkauman. Ia sekaligus akan merenjatkan ekonomi negara kepada kejatuhan ringgit dipasaran dunia.

Kenyataan yang tidak bijak ini juga mampu untuk membuat negara muflis kerana hutang negara seperti mana PH laungkan mencecah kepada lebih RM1 trilion. Dengan jatuhnya mata wang Malaysia, Menteri Kewangan PH yang akan disalahkan jika membawa negara kepada hutang yang tidak mampu dibayar, bukannya BN yang berusaha membayar hutang disamping menjaga keharmonian sejagat.

Setelah lebih 24 jam kenyataan berbaur perkauman ini dikeluarkan, Perdana Menteri (PM) seharusnya jangan berdiam diri. Jangan kerana PM terlalu terhutang budi kepada DAP, beliau sanggup melihat negara Malaysia yang selama ini aman bakal porak peranda akibat permainan politik rasis DAP.

Begitu juga PPBM yang kononnya pembela bangsa Melayu menggantikan UMNO dan Amanah yang membawa perjuangan Islam menggantikan Pas. Keluar bersuara dan bukan bacul mendiamkan diri demi kepentingan politik peribadi. Jika masih menyokong kenyataan Su Agung DAP, maka terbuktilah PM, TPM, PPBM dan Amanah sedang menyerahkan negara dalam senyap kepada DAP.

Lihatlah wahai penyokong tegar PPBM dan Amanah. Pemimpin anda terus membela itu sebenarnya takut dengan Su Agung DAP. Maka mereka bukanlah pembela bangsa dan agama, tetapi pembela keluarga dan kroni mereka sahaja kerana jawatan lebih penting berbanding Agama, Bangsa dan Negara sebagai wadah perjuangan. Pulanglah kepada asal.

Penyatuan Politik Yang Lama Dinanti


Penyatuan antara UMNO dan Pas bukan sahaja disyukuri ahli, tetapi pernah admin nyatakan pada entry bertarikh 30hb Mei 2013 lagi.

Sekian lama penyatuan ini diharapkan, akhirnya UMNO dan Pas kini secara sah sebagai satu pasukan yang terus membawa perjuangan bangsa Melayu dan Islam sebagai teras perjuangan.

Sejarah silam yang dilalui sepanjang bergerak sebagai parti politik Melayu terbesar di Malaysia seharusnya diketepikan demi mencapai perpaduan Ummah tidak kira peringkat pusat mahupun ahli biasa.

Semenjak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan, dilihat jelas bangsa Melayu dan Islam semakin hari semakin menjadi permainan dan sindirian khususnya parti DAP. Setiap apa yang dilakukan demi Islam dan Melayu sentiasa dianggap sebagai bersifat perkauman.

Semenjak merdeka lagi, Tunku Abdul Rahman telah mempersetujui bahawa kontrak sosial  yang dikongsi dan ditandatangai bersama bangsa lain adalah demi perpaduan. Semangat perpaduan dipamerkan supaya setiap bangsa mempunyai parti politik sendiri demi membela mereka.

Bagi bangsa Melayu maka terlahirlah UMNO dimana Pas yang juga adalah sebahagian dari DNA yang sama telah dipecahkan hanya kerana tiada persefahaman politik.

Islam yang menggalakkan kepada perpaduan kini dilihat lebih utuh dan kemas demi perjuangan bangsa Melayu. Ilmuan dan Ulama' adalah saling memerlukan untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Perlembagaan yang menjamin Melayu dan Islam semakin hari semakin berani diusik oleh bangsa lain. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi negara Islam lain sehingga mereka tidak lagi menghormati negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu membela negara Islam lain jika tertindas akibat perpecahan Islam di Malaysia itu sendiri tidak dapat diselesaikan.

Penyatuan UMNO-Pas sudah pasti ditakuti PH khususnya Democratic Action Party (DAP) sehingga Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan (ulasan pada entry seterusnya). Inilah bukti jelas yang dinantikan oleh ahli kedua-dua parti khususnya dan pengundi amnya supaya ketuanan Melayu hanya milik UMNO dan pembelaan Islam adalah milik Pas, bukan milik PPBM dan Amanah yang juga lahir dari dua parti ini.

Jika dilihat dibahagian selatan tanah air, ahli kedua-dua parti sebenarnya telah sekian lama bersatu demi perpaduan kejiranan setempat. Dengan perkembangan ini ia akan lebih mengeratkan lagi kerjasama demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Setiap manusia yang tercipta bukanlah bersifat sempurna. Semoga dengan penyatuan ini dapatlah saling melengkapi antara satu sama lain demi perjuangan.

Apa Yang MCA Dan MIC Mahukan Dalam BN



Beberapa hari lepas, dua buah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaya Indian Congress (MIC) telah bermesyuarat bersama dengan satu keputusan.

Keputusan yang disepakati dan dipersetujui oleh Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, SA Vigneswaran adalah membubarkan BN atau jawatan Setiausaha BN ditukar oleh orang lain.

Jawatan Setiausaha (SU) Agung BN diumumkan oleh Pengerusi BN, Dato' Seri Zahid Hamidi pada Konvension MCA lalu didapati tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.

Antara lain yang menjadi pertikaian apabila Dato' Seri Nazri Aziz selaku SU Agung BN dengan lantang mempertikaikan kedudukan MCA dan MIC yang tewas teruk pada PRU-14 lalu.

United Malaya Nation Organisation (UMNO) selaku tunjang kekuatan BN yang sedang diketuai Timbalan Pengerusi BN, Dato' Seri Mohamad Hassan dengan segera akan memanggil kepimpinan BN untuk mesyuarat tergempar pada Jumaat ini bagi membincangkan hala tuju sebenar parti.

Nanum ia disambut dengan ugutan bahawa jika SU Agung BN hadir pada mesyuarat itu, mereka tidak akan menghadirinya sekaligus mesyuarat itu akan terbatal.

Jika dilihat pada situasi itu, ini bermakna MCA dan MIC tidak senang dengan perlantikan Dato' Seri Nazri Aziz selaku SU Agong BN walaupun sebenarnya ada beberapa isu lain.

Sokongan dari kaum Cina dan India kepada BN pada PRU-14 dan beberapa PRK lalu sebenarnya masih kekal berpihak kepada Pakatan Harapan (PH). Dengan masalah ini, seharusnya kedua-dua parti ini lebih memperkukuhkan parti demi mengembalikan sokongan kaum itu berbanding mengancam BN.

SU Agung BN juga dilihat bersikap angkuh apabila menjawab soalan berkaitan kenyataan MCA dan MIC dengan menyatakan 'biarkanlah' dan ada beberapa kenyataan yang dibilas dengan menyatakan kenyataan beliau bersifat peribadi dan bukan suara BN.

Dalam BN sebagai pembangkang seharusnya SU Agung BN membawa suara parti yang tidak menjejaskan hubungan baik komponen. Namun sebagaimana umum mengetahui, beliau lebih gemar dengan kenyataan yang tidak pernah menjaga hati rakan komponen lain sedari BN sebagai kerajaan dan kini menjadi pembangkang.

Sebagai orang yang mempunyai kuasa lantikan, Pengerusi BN agak silap dengan meletakkan orang seperti ini sebagai SU Agung sehingga dilihat tiada usaha untuk membawa kepada perpaduan dalam BN.

Orang seperti SU Agung BN ini yang lantang dalam menyatan pendirian sewajarnya kekal bagi menghadapi lawan. Namun orang seperti ini adalah tidak layak sebagai SU Agung BN mahupun UMNO kerana suara yang beliau bawa bukanlah suara parti dan lebih bersifat peribadi.

Dalam persediaan BN menghadapi PRK N.27 Semenyih yang mendatang, perkara ini harus dipandang serius kerana pengundi bangsa Cina dan India merangkumi 43% pengundi berdaftar.

Dato' Seri Mohamad Hassan, yang sedang memimpin BN sudah pasti mempunyai jalan penyelesaian yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Jangan kerana sifat sombong dan angkuh beberapa pemimpin, BN akan tewas sekali lagi seperti PRU-14.

Selasa, Mac 05, 2019

N.24-Rantau PRK Seterusnya


Setelah pengundi Semenyih memilih wakil rakyat mereka yang baru, satu lagi Pilihanraya Kecil (PRK) ke-7 bakal menyusul iaitu di N.27-Rantau, Negeri Sembilan.

PRK N.27-Rantau adalah kerana mahkamah telah memutuskan penyandang ADUN, Mohamad Hassan diminta untuk mengosongkan kerusi bagi memberi laluan supaya PRK dapat dijalankan akibat kesalahan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memberi kebenaran masuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR kini PH) yang tidak membawa pas pada PRU-14 lalu.

Penyandang dari Barisan Nasional (BN) adalah bekas Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan dan Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas-tugas Presiden bukan sahaja disenangi ahli parti, tetapi rayat tempatan lebih selesa dengan beliau dari mentadbir kerajaan negeri sehinggalah kini menjadi pembangkang.

Cabaran penyandang yang lebih disenangi dengan panggilan Tok Mad adalah agak sukar jika dilihat pada senario politik BN hari ini.

Masalah BN timbul apabila MCA dan MIC bersepakat untuk meninggalkan BN (nantikan ulasan pada entry yang lain) kerana tidak menyokong perlantikan Dato' Seri Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung BN yang diumumkan oleh Pengerusi BN pada Konvension MCA lalu.

Jika perkara ini benar berlaku, maka sokongan kepada Tok Mad akan jatuh lebih teruk kerana bangsa Cina mewakili 17% manakala india mewakili 27% jumlah pengundi berdaftar.

Dengan tsunami politik bangsa, tidak hairan dengan kehilangan 44% itu kerana sokongan bangsa Cina dan India lebih berpihak kepada PH. Namun MCA dan MIC juga adalah tulang belakang dalam BN untuk terus menawan hati bangsa minoroti ini.

Sebarang kemungkinan akan berlaku termasuk calon bebas dari MCA mahupun MIC. Ini sekaligus memberi ruang yang besar buat PH untuk memenangi kerusi N.27.

Jika dilihat pada PRU-14, PH meletakkan keruai DUN Rantau kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimana parti ini diketuai oleh Presiden parti yang bakal menggantikan Tun Mahathir sebagai PM. Beliau juga menang besar pada PRK Port Dickson yang mana BN tidak meletakkan calon untuk bertanding.

Sokongan Melayu yang hanya 56% juga dilihat agak bahaya walaupun kini UMNO dan Pas telah melakukan kerjasama kuat dalam menghadapi PRK sebelum ini. Berbeza dengan sokongan dari Cina dan India, Melayu akan berpecah undi jika BN gagal meyakinkan pengundi Rantau dan menjadi lebih dekat dengan pengundi sekaligus memberi kemengan mudah pada calon lawan.

Oleh itu diharapkan pergelutan antara parti komponen BN akan dapat diselesaikan dengan baik. Kepercayaan ahli UMNO kepada Tok Mad adalah sangat tinggi. Gunakanlah budi bicara terbaik demi kesatuan BN sekaligus mengekalkan kerusi N.27-Rantau.

Semenyih Bukti Kebangkitan Melayu


2hb Mac 2019 telah menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) mengalahkan 3 calon lain dari Pakatan Harapan (PH), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas dengan majoriti 1,914 undi.

Kemenangan ini bukan sahaja memberi pengajaran kepada kerajaan PH, akan tetapi sebagai satu tamparan hebat buat parti pimpinan Perdana Menteri (PM) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Jika dilihat pada peratusan sokongan pengundi, bangsa Melayu lebih mempercayai BN dengan undian sehingga 59% berbanding 35.33% pada PRU-14. Manakala PH jatuh dari 44.3% kepada 37.7%.

Dengan peratusan yang jauh meninggalkan parti kerajaan, ia sebagai bukti jelas penerimaan bangsa Melayu telah kembali bersatu menyokong BN sebagai wadah perjuangan politik mereka.

Pelbagai isu berkaitan bangsa Melayu hari ini dipersenda termasuklah yang terkini hasrat PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengurangakan penjawat awam sebanyak 1%.

Tidak cukup dengan itu, jawatan-jawatan utama dalam kerajaan (nantikan ulasan pada entry yang lain) yang sebelum ini disandang oleh bangsa Melayu telah diserahkan pada bangsa lain sehingga tiada bukti jelas ketuanan Melayu itu mahu dipertahankan.

Isu manifesto 100 hari juga adalah penyumbang kepada kekalahan menakjubkan PH sehingga bangsa Melayu khususnya anak muda kecewa dengan pentadbiran Tun sebagai PM ke-7. Setiap persoalan yang diaju berkaitan manifesto PH, mereka seperti tiada jawapan konkrit kerana sering menjawab 'kerajaan tiada duit' dan 'manifesto bukanlah janji yang wajib ditunaikan'.

PRK N.24 Semenyih juga membawa semangat bangsa untuk keluar mengundi sehingga dibeberapa kawasan peratusan keluar mengundi mencecah sehingga 80%. Ini juga salah satu bukti bahawa gabungan UMNO-Pas adalah utuh untuk terus membela bangsa Melayu.

Sama juga yang berlaku pada PRU-14, sokongan bangsa Cina dan India terus kekal berpihak pada PH hampir 60%. Walaupun kempen calon BN turut dibantu oleh MCA dan MIC, pengundi berbangsa Cina dan India jelas masih bersatu dengan memberi sokongan padu kepada PH yang secara jelas menolak BN.

Semangat Malaysia Baru yang dibawa oleh PH adalah tidak sama seperti apa yang pengundi harapkan. Slogan itu hanyalah sekadar laungan semata-mata sehingga rakyat tidak jelas apa sebenarnya hala tuju Malaysia Baru yang PH bawa. Pelbagai yang berlaku setelah 9 bulan mentadbir kerajaan, tiada perkara baru dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat. Apa yang ada cumalah penjenamaan baru yang hasilnya adalah warisan dari kepimpinan BN.

Maka sokongan bangsa Melayu adalah jelas di Semenyih sebagai isyarat UMNO itu releven, gabungan UMNO-Pas adalah muafakat Melayu dan Islam, jangan berani sentuh ketuanan Melayu dan manifesto adalah WAJIB untuk kerajaan tunaikan.

*Ulasan penulis dari kenyataan Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussin.

Sabtu, Mac 02, 2019

Kemenangan Bergaya Buat BN Di Semenyih

Selesai sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih yang menyaksikan kemenangan buat calon Barisan Nasional (BN) dengan mejoriti 1,914 undi.

Zakaria Bin Haji Hanafi

Calon BN, Zakaria Bin Haji Hanafi mengalahkan tiga lawannya dengan mendapat 19,780 undi manakala Muhammad Aiman Zainali (PH) - 17,866 undi, Kuan Chee Heng (Bebas) atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang - 725 undi dan Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) - 847 undi.

Dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi sebanyak 73.24% membuktikan bahawa kuasa mengundi adalah milik rakyat tidak kira PRK mahupun Pilihan Raya Umum (PRU).

Jika dibandingkan mejoriti undi yang dimenangi pada PRU-14 lalu memang jauh berbeza, ia memberi isyarat jelas untuk Pakatan Harapan (PH) sedar bahawa manifesto PRU memanglah bukan kitab suci, tetapi adalah tanggungjawab yang wajib untuk ditunaikan.

Tambahan dengan isu lapok dan kempen yang lebih mengaibkan orang berbanding mengotakan janji PH, kerajaan harus akui bahawa ia sebagai salah satu faktor kekalahan untuk PH mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14.

Kemenagan BN juga memberi isyarat jelas bahawa UMNO lebih releven dalam isu Agama, Bangsa dan Negara berbanding PPBM yang dilihat hanya melahirkan ganerasi pengikut.

Berkat sokongan dari Pas ketika berkempen, ia dilihat menjadi apabila isu yang dibangkitkan adalah lebih dekat dengan pengundi dan rakyat. Walaupun pemerhati melihat ia sebagai satu bentuk kempen perkauman, tetapi BN dan Pas lebih disenangi berbanding kempen pihak lawan yang hanya bermain dengan isu seperti mereka adalah pembangkang.

Kekalahan PH juga memberi tamparan hebat buat Tun Mahathir Mohamad kerana calon yang mewakili PH adalah dari PPBM. Kepercayaan rakyat kepada PPBM bukanlah kerana perjuangan, tetapi terlalu percayakan kata-kata sewaktu kempen PRU-14 semata-mata. Sekaligus ia menghancurkan harapan Tun supaya PPBM sebagai sebuah parti untuk bangsa melayu.

Semoga dengan kemenangan BN ini, ia akan memberi semangat dalam perjuangan untuk BN terus berjuang. Kepimpinan BN dan Pas janganlah begitu selesa kerana 'Perjuangan Belum Selesai'.

Siapa Yang Boleh Dipercayai Dalam Kes Sarawak Report

Kempen PRK N.24 Semenyih telah berakhir semalam tepat jam 12 malam dan hari ini pengundi Semenyih keluar mengundi bagi memilih siapa yang bakal mewakili mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di DUN Negeri Selangor.

Mejoriti kempen yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) lebih menyerang kepimpinan Pas berbanding parti lawan yang bertanding sedangkan sebelum penamaan calon lagi parti itu mengumumkan bahawa Pas tidak akan bertanding pada PRK tersebut.

Isu yang hangat dikempenkan adalah berkaitan pembayaran sebanyak RM1.4j oleh Pas kepada Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report.

Presiden PKR, Dato' Seri Anuar Ibrahim dalam kempennya ada menyebut cek bertarikh 31hb Januari 2019 adalah bayaran dari Pas kepada Clare sebagai persetujuan luar mahkamah. Beliau juga menunjukkan bukti sekeping kertas yang agak gelap adalah bukti dokumen yang dimaksudkan.

Editor Sarawak Report dalam hantarannya itu menyatakan Dato' Seri Haji Hadi Awang, Presiden Pas telah melanggar perjanjian kerahsiaan sehingga Clare membongkar isu pembayaran itu dan peguam Clare, Americle Sidhu mengesahkan bayaran itu dan cek Bank Islam ditandatangai dihadapan beliau sebelum dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR telah menjalankan siasatan berkaitan kenyataan yang mengelirukan. Dengan berbekalkan hanya 10 digit nombor akaun Bank Islam dicek itu, beliau terpaksa membandingkan empat lagi angka no akaun melalui carian cek yang lain kerana akaun Bank Islam mempunyai 14 digit.

Setelah berjaya menjumpainya, beliau juga berjaya memindahkan RM10 sebagai bukti akaun itu sah. Lebih mengejutkan adalah pemilik akaun tersebut bukanlah Dato' Seri Haji Hadi, Pas Pusat mahupun pemimpin Pas yang lain, tetapi akaun itu dimiliki oleh seorang Pengerusi syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) yang dilantik oleh seorang menteri kerajaan PH.

Individu itu bukan sahaja bertanggungjawab dengan syarikat GLC yang dipimpinnya, tetapi individu itu juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan seorang pemimpin kanan PH sejak dari zaman kolej lagi.

Jika benar seperti apa yang dikatakan Rafizi Ramli, maka mengapa perlu menyalah dan mempertikai bayaran itu dibuat oleh pemimpin Pas sedangkan ia adalah akaun orang ke-3. Ahli mana-mana parti politik khususnya dan rakyat Malaysia amnya keliru dengan permainan politik berparti ini.

Oleh itu adalah lebih layak untuk individu yang menandatangani cek itu tampil bagi membuktikan kenyataan Dato' Seri Anuar Ibrahim adalah benar atau Rafizi Ramli mempunyai agenda lain sehingga berani menyangkal Presiden parti sendiri.

Jumaat, Mac 01, 2019

Gerakan Muhammadiah Yang Umum Tidak Mengetahuinya

Pada satu portal akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini telah menyiarkan Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik menyatakan sokongannya untuk membina cawangan Universiti Muhammadiah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA) di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor.

Perkara itu telah membawa kepada Titah DYMM Sultan Johor dan DYMM Tunku Mahkota Johor bahawa Tuanku selaku Ketua Agama Islam Negeri Johor tidak memperkenan tujuan itu kerana ia jelas melanggar pegangan ahli Sunnah Waljamaah yang beraliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah.

Walaupun pada awalnya memang sukatan pelajarannya tiada kaitan dengan penyebaran fahaman Gerakan Muhammadiah (GM), namun tidak mustahil untuk fahaman itu tetap akan tersebar akibat pergaulan sesama pelajar dan penduduk sekitar.

Kebimbangan Tuanku Sultan juga dizahirkan dengan fahaman yang jelas jauh dari apa yang diamalkan di negeri Johor ini, maka ia akan menjadi kekeliruan, perbalahan dan perpecahan.

Dr. Mazlee pernah menjadi tenaga pengajar dan rujukan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sudah pasti lebih mengetahui apa itu GM dan dalam hal ini ia akan melibatkan terus Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri Johor.

Sebagai seorang ahli parlimen, beliau seharusnya lebih memahami undang-undang kerana parlimen adalah penggubal undang-undang. Jika alasan beliau sebagai menteri tidak sampai 7 bulan, adakah beliau buta sejarah bahawa Kerajaan Negeri Johor adalah kerajaan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895) kerana beliau adalah anak Johor.

Undang-undang Tubuh Negeri Johor memperuntukan agama Islam adalah urusan kerajaan negeri dan DYMM Sultan Johor adalah sebagai Ketua yang mengetuai pentadbiran agama Islam.

Manakala Enakmen Pentadbiran Agama Negeri Johor 2003 memperuntukkan Majlis Agama Islam Negeri Johot (MAINJ) sebagai pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Johor manakala jawatankuasa Fatwa Negeri Johor sebagai jawatankuasa yang memutuskan hukum Syara'.

Jika difahami kenyataan diatas, penjelasan berkaitan GM ini adalah berkaitan hukum Syari'i dan pegangan agama. Fahaman Muhammadiah ini adalah bertentangan sama-sekali dengan Majlis Fatwa Negeri Johor.

GM adalah fahaman yang tidak bermazhab. Mereka menggunakan ke empat-empat mazhab dengan fahaman dan tafsiran guru mereka sendiri. Berbanding dengan Bangsa Johor yang memegang mazhab Imam Syafi'i dan ajaran ahli Sunnah Waljamaah aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah sebagai pegangan.

GM ini mempunyai pegangan Tuhan itu berjisim dan bertempat. Dalam mentafsir ayat-ayat Al-Quran dan hadith pula ia bersifat mutasyabihat (kesamaran).

Dengan tafsiran inilah maka mereka melakukan ibadat seharian melalui kefahaman mereka sehingga menimbulkan kekeliruan dan perpecahan seperti apa yang berlaku di Utara tanah air. Antara kekeliruan yang ketara adalah berkaitan ziarah kubur, sambutan Maulidul Rasul, Qunut, bacaan Talkin, bacaan Yassin malam Jumaat, tahlil, doa selepas solat dan macam-macam lagi.

Oleh yang demikian fahaman GM ini adalah sama sekali tidak boleh diizinkan bertapak di negeri Johor Darul Takzim demi keharmonian umat Islam di negeri Johor. Walaupun mereka berniat hanya untuk pendidikan, namun fahaman mereka akan kekal di masjid atau surau universiti dan selepas pelajar tamat pengajian maka amalan itu akan dibawa keluar.

Jangan Mencabar Umat Islam Malaysia

Baru-baru ini sekali lagi orang bukan Islam telah menghina agama Islam di Malaysia. Dia telah memuat naik kenyataan yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri Baginda.

Suspek Wai Foo Sing, telah memuat naik kenyataan itu dilaman facebook bernama Foo Sing Wai yang mempersoal Nabi S.A.W telah melakukan gangguan sex terhadap kanak-kanak apabila mengahwini isterinya pada usia 10 tahun.

Manusia yang berketurunan cina ini telah secara jelas menghina Rasullullah S.A.W dan kini dihadapkan ke mahkamah. Atas perbuatan terkutuk itu, mahkamah telah menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin. Oleh kerana dia tidak mampu untuk membayarnya maka percutian dia kini adalah dipenjara sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita semua haruslah bersatu hati menentang penghinaan seperti ini kerana Baginda adalah sesempurna ciptaan Allah S.W.T.

Dengan perjanjian sosial 1945 membuktikan bangsa Melayu dan agama Islam adalah kuasa besar di bumi Malaysia ini.

Maka hukuman berat adalah layak untuk tertuduh sebagai memelihara kesucian agama Islam. Hentikan politik melayu, bersatu hati dan bertekad mempertahan Islam itu adalah Jihad Fisabi Lillah.

Jika perkara ini dipandang enteng hanya untuk kepentingan kuasa dunia, seeloknya yang dipilih menjadi khalifah agama itu disebat sebagai bukti Islam bukan untuk dipersendakan.

Khamis, Februari 28, 2019

Geng Bawang Pertikai Kerajaan BN Tidak Menghapuskan Tol

Ada beberapa geng membawang Pakatan Harapan (PH) mempertikaikan 'mengapa semasa Barisan Nasional (BN) memerintah mereka tidak menghapuskan tol?'.

Mari kita semua mengimbau sejarah. Sepanjang pemerintahan tiga Perdana Menteri (PM) iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussen Onn, tiada laluan bertol dibina. Setelah jawatan PM ke-4 diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO, barulah wujud istilah jalan bertol.

Beliau melaksanakan laluan berbayar adalah dianggap sebagai jalan alternatif untuk pengguna memilih sama ada mahu menggunakan lebuhraya ataupun jalan biasa.

Sebagai menjimatkan kos penyelenggaraan, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Tun telah menswastakan kepada syarikat konsesi lebuhraya dimana segala kos penyelenggaraan dibawah tanggungjawab syarikat dan kerana untuk menampung kos itu, syarikat konsesi mengenakan caj bayaran kepada mereka yang menggunakannya.

Oleh kerana ia adalah sebagai jalan alternatif, ini bermakna pengguna mempunyai dua pilihan. Pertama menggunakan lebuhraya bertol untuk sampai ke destinasi dengan pantas atau menggunakan jalan sedia ada dengan tidak membayar tol tetapi akan memakan masa perjalanan yang agak panjang.

Dalam hal ini, BN yang ketika itu menjadi kerajaan tidak memaksa untuk pengguna menggunakan laluan lebuhraya. Sebaliknya BN memberi keselesaan kepada pengguna yang menggunakan lebuhraya dengan menyediakan kawasan Rehat Dan Rawat (R&R), peronda lebuhraya yang bertugas 24 jam sehari, bantuan kecemasan dan banyak lagi untuk pengguna.

Mengapa perlu keluarkan wang untuk konsesi berbayar jika anda mempunyai jalan percuma milik awam. Pilihan ditangan pemandu dan tidak perlulah tanya kepada BN.

Lebuhraya yang diswastakan adalah ciptaan Tun Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4 dari BN. Kini Tun adalah PM ke-7 dari PH. PH selalu laungkan 'hari ini menang, esok tol dihapuskan'. Kini sudah menjadi kerajaan, mengapa mesti tanya pembangkang. Tepuk dada tanya selera. Jawapan ditangan Tun.

Selasa, Februari 26, 2019

Kerajaan PH Ada Pelan Membuang 1% Lagi

Selepas PRU-14 ramai penjawat awam yang bekerja secara kontrak telah ditamatkan tugasnya. Mereka yang ditamatkan tugas diberi alasan bagi mengurangkan kos dan lebih cenderung dengan Barisan Nasional (BN).

Terkini Perdana Menteri (PM) telah menyampaikan hasrat untuk mengurangkan sebanyak 1% lagi penjawat awam dengan alasan bagi mengurangkan kos perbelanjaan negara.

1% yang dimaksudkan adalah sangat kecil angkanya, namun sebagai rakyat perihatin ia adalah satu angka yang besar jumlahnya.

Walaupun pelbagai kretiria untuk dipilih, ini membuktikan kerajaan tidak sama sekali mengambil peduli kebajikan kakitangan awam yang menjadi nadi sesebuah kerajaan.

Jika sebelum PRU-14, Pakatan Harapan (PH) dengan rasa simpati memohon sokongan penjawat awam untuk memberi sokongan kepada calon mereka. Namun balasan yang mereka dapat nampaknya lebih teruk dari yang dijangka.

Penjawat awam adalah khas untuk bangsa melayu mencari rezki. Pelbagai kemudahan dan kelebihan diberikan sebagai kakitangan kerajaan. Jika mereka bersara sekalipun, mereka tetap akan menerima pencen sebagai menghargai khidmat bakti mereka. Inilah kelebihan yang bangsa lain cemburui.

Hanya keranga perkongsian kuasa yang diperjuangkan oleh DAP dan Keadilan, mengapa PM selaku Pengerusi PPBM yang mempertahankan melayu tidak mempertahankan penjawat awam ini? Tapi sebaliknya hanya kerana politik, PM sanggup hilang kepercayaan bangsa sendiri.

Semakin hari semakin celaru permainan parti yang kononnya memperjuangkan bangsa, sedangkan dia sedang menjual bangsa sendiri. Dibimbangkan dengan 1% yang dicadangkan, maka rezeki yang penjawat awam dapat tidak halal kerana menipu menyokong PH demi menyelamatkan periuk nasi mereka.

Inilah hakikat yang mereka harus akui. Kerajaan terdahulu yang dibuang rakyat adalah lebih perihatin dari kerajaan kini. Mereka menolak BN hanya kerana masalah yang sangat minimum dan terlalu percaya akan fitnah. Kini penjawat awam yang terdiri dari bangsa melayu bakal terkulai layu akibat salah memilih pada PRU lepas.

Tun Mahathir Tidak Berpuas Hati Dengan SPRM

Setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berkaitan sejumlah dana RM90j yang didakwa dari hasil 1MDB, Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdul telah mengumumkan bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) melalui akaun rasmi parti tidak pernah menerima wang yang dimaksudkan.

Jika dilihat pada senario ini, maka segala tuduhan yang dibuat khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) adalah tidak berasas dan palsu.

Namun Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tidak berpuas hati dengan perkembangan terkini yang diumumkan oleh SPRM dimana SPRM telah menjalankan siasatan terhadap akaun Pas apabila menjawab soalan media.

Beliau seperti terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh SPRM sehingga menyalahkan Pesuruhjaya SPRM itu kerana membuat pengumuman terlalu awal seperti mahu membersihkan nama baik Pas.

Dalam politik untuk lebih stabil kedudukannya adalah dengan menjatuhkan lawan. Sedaya mungkin Tun akan berusaha melakukan apa cara bagi memastikan lawannya benar-benar jatuh.

Begitu juga dalam kes RM90j, Tun seperti tidak dapat menerima hakikat sebenar kerana apa yang dimahukan beliau adalah SPRM mengumumkan Pas bersalah sehingga yang buruk itu adalah lawan.

Permainan politik ini adalah permainan Tun ketika menjadi ahli UMNO dan mampu bertahan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri (PM) ke-4. Dengan permainan inilah yang telah membentuk UMNO yang ada kini.

Kesungguhan Tun untuk melihat Pas bersalah dan diambil tindakan oleh SPRM dilihat juga seperti cuba campur tangan politik. Beliau berkata rule of low adalah pegangan kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH), dengan kenyataan Tun itu membuktikan siapa memusuhi Tun maka sebolehnya mereka adalah pesalah dan mesti dihukum.

Sifat inilah yang membimbangkan. Dengan sifat diktator ini bukan sahaja musuh yang tidak bersalah akan dihukum, malah Dato' Seri Anuar Ibrahim akan kekal sebagai PM menunggu hingga akhir hayat.

Tidak mustahil SPRM akan menerima bos baru akibat kegagalan Pesuruhjaya SPRM tidak mengikut arahan PM. Namum adalah lebih baik Tun merombak kabinet yang bukan sahaja menyusahkan rakyat, tetapi Tun sebagai PM dari mengganggu urusan kerja orang lain.

Isnin, Februari 25, 2019

PH Membawa Buah Tangan Pada PRK Semenyih

Tinggal beberapa hari sahaja lagi pengundi N.24 Semenyih akan memilih wakil rakyat baru bagi mewakili mereka setelah kematian penyandang kerusi DUN itu yang dimenanginya pada PRU-14.

Pertembungan empat penjuru ini menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Calon Bebas (CB).

PSM dan CB nampaknya lebih mendatar dalam berkempen. Mereka dilihat lebih cenderung kepada ahli sendiri berbanding PH dan BN yang menfokuskan pada penduduk setempat.

Calon PH diwakili oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat begitu berkerja keras demi memastikan calon Muhamad Aiman dapat mengekalkan kerusi N.24 Semenyih kerana ini adalah PRK pertama buat PPBM.

Populariti PH terutama PPBM menurun mendadak setelah menjadi kerajaan selama 9 bulan akibat memungkiri janji, PH telah memberi hadiah istimewa buat rakyat Malaysia dan bukan dikhususkan untuk pengundi tempatan.

Pertam, pengumuman oleh Menteri Kewangan khas untuk anak muda yang banyak memberi undi kepada PH pada PRU-14 dengan memberi RM100 pada golongan bujang.

Kedua pengumuman oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa tol percuma hanya dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Bukan sahaja tidak menguntungkan pengguna kerana itu adalah waktu tidur oleh rakyat Malaysia, akan tetapi hanya dinikmati oleh penduduk sekitar Lembah Kelang sahaja.

Dua buah tangan ini membuktikan bahawa PPBM dan kerajaan PH tiada pendirian dan makanisma terbaik sehingga terpaksa membuat pengumuman itu pada PRK Semenyih. Jika kerajaan terdahulu membuat sedemikian, mereka akan menyatakan bahawa itu adalah rasuah. Namun perkara yang sama juga dilakukan setelah mereka menjadi kerajaan.

Ia lebih dipandang sinis apabila yang dilakukan ini adalah bukan menyeluruh dan berbaloi, akan tetapi mereka lebih 'indah khabar dari rupa'. PPBM yang mewakili PH nampaknya mereka lebih tersepit kerana kekuatan UMNO adalah bangsa Melayu yang PPBM tidak mampu laksanakan.

Dengan dua hadiah ini ia sebenarnya tidak membantu langsung pada calon PH. Rakyat lebih memandang kepada keikhlasan kerajaan dan bukan pada calon. Anak muda yang sepatutnya menerima RM650 jika BN memerintah, kini hanya menerima RM100 ketika PH melaksanakan BSH2019.

Dengan potongan pemberian BSH2019 sehingga lebih 90% kepada penerima, secara tidak langsung akan membuatkan anak muda Semenyih sudah pasti akan memberi potongan diskaun sehingga 90% juga pada PRK Semenyih untuk mengundi PH.

Sehingga semalam, satu lagi janji dari calon PH dipatahkan. Janji beliau bukan disangkal oleh lawan, tetapi oleh Timbalan Menteri Kesihatan yang juga kepimpinan dari PH dimana tiada perbincangan berkaitan pembinaan hospital baru untuk Semenyih dibuat sebelum calon PH sendiri mengumumkannya.

Nampak gayanya calon PH yang hanya sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lebih gagal dalam politik. Beliau tidak pandai untuk membezakan urusan kerajaan negeri dan pusat. Maka tidak mustahil banyak lagi janji-janji yang tidak logik dari beliau sehingga saat-saat akhir kempen.

Setelah dua saguhati yang gagal menambat hati pengundi dan rakyat, hari ini rakyat sangat mengharapkan akan lebih banyak PRK berlaku kerana rakyat akan lebih banyak menikmati saguhati. Untuk mengharapkan hadiah besar memang tidak akan dirasai selagi PRU-15 tidak dilaksanakan kerana manifesto PH bukanlah kitab suci untuk ditunaikan.

Ahad, Februari 24, 2019

Penghapusan Bayaran Tol Pada Jam 11pm-5am

Satu lagi pencapaian tertinggi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji manifesto PRU-14 dimana kerajaan hari ini melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengumumkan penghapusan bayaran (bukan laluan) tol bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi.

Kejayaan ini adalah diatas perbincangan antara kerajaan dan pemegang konsesi Gemuda Berhad. Ini telah memberi bukti bahawa kerajaan PH akan menunaikan segala janji manifesto PRU-14 PH walaupun indah khabar dari rupa.

Untuk pengetahuan umum, pengumuman ini hanyalah melibatkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART. Semua lebuhraya ini berada dikawasan Lembah Kelang yang menghubungkan kawasan pinggir bandar dan Kuala Lumpur.

Dengan pengumuman ini, ia bukanlah memberi nafas lega khususnya kepada bangsa Melayu, tetapi ia adalah lebih memberi pulangan kepada mereka yang gemar ke disco, berpesta hingga larut malam, mereka yang terlibat dalam dunia pelacuran dan banyak lagi yang berkaitan sosial secara langsung akan membawa masalah khususnya kepada anak muda di bandar metropolitan.

Bagi manusia normal yang menetap di Malaysia, itu adalah waktu untuk mereka tidur dan merehatkan diri setelah seharian berada diluar rumah. Waktu itu tidak memberi apa-apa manfaat bagi manusia yang waras kecuali hanya untuk kutu rayau dan burung hantu.

Pada pengumuman itu juga menyatakan pengguna diseluruh lebuhraya akan menerima potongan harga sebanyak 30% dengan syarat pada waktu yang sama iaitu waktu rakyat Malaysia tidur. Inilah bukti keperihatinan kerajaan PH kepada rakyat yang telah memberi mandat pada PRU-14 lalu.

Sehubungan dengan pengumuman itu, sekali lagi rakyat digula-gulakan apabila kerajaan menyatakan itu adalah janji manifesto sedangkan impian rakyat adalah penghapusan tol sepenuhnya khususnya Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan bukan untuk burung hantu semata-mata.

Maka ini bukanlah kejayaan PH dalam mengotakan janji manifesto PRU-14, tetapi capati basi yang dihidangkan pada pengundi yang mentah-mentah ditipu setelah memegang tampuk pemerintahan.

Saya tetap berpegang dengan kata-kata hikmat seorang bekas menteri dibawah pentadbiran bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, Dato' Seri S.Samy Vellu, 'kalau tak mahu bayar tol, ikut jalan lamalah'.

Pengundi Merindui Rafizi Ramli

Harga minyak Malaysia naik 10 sen pada Jumaat lepas. Ini menunjukkan minyak turun hanya untuk pengguna meraikan Tahun Baru Cina sahaja.

Dengan naiknya harga minyak ini sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada pengundi Semenyih yang akan membuang undi pada 2hb Mac ini.

Dengan harga minyak dunia yang agak mahal dan tiada subsidi yang mampu diberi kerajaan, rakyat kini amat-amat merindui insan yang bernama Rafizi Ramli.

Beliau bukan sahaja bekas ahli parlimen yang tidak mengekalkan kerusi parlimen Pandan, malah beliau juga tidak akan bercuti di Bamboo River Resort (Penjara Sungai Buloh) kerana berjaya mengekalkan kerusi Naib Presiden Keadilan (PKR) dengan lantikan Presiden.

Kerinduan ini bukan sahaja dirasai oleh ahli PH, malah seluruh rakyat Malaysia khususnya pengundi muda kepada Rafizi kerana hanya beliau sahaja yang mempunyai formula untuk menurunkan harga minyak serendah RM1.50 per liter.

Kehebatan formula Rafizi ini adalah penting untuk digunakan oleh PH dalam menghadapi krisis harga minyak dunia. Negara tidak mampu untuk memberi subsidi. Jadi Menteri Kewangan terpaksa merendahkan diri untuk meminta bantuan dari Rafizi agar berkongsi formula yang disimpannya ketika menjadi pembangkang.

Apabila formula penurunan harga minyak ini diguna pakai, tidakkah ini akan membantu meringankan beban rakyat dan sekaligus menaikkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan PH yang sedia kucar-kacir ini. Itupun selagi formula itu benar-benar wujud dan bukan omong kosong yang biasa digunakan oleh ahli politik.

Kehebatan Calon PH Pada PRK N.24 Semenyih

Bukan sekadar calon untuk mengisi kekosongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) malah masih lagi menuntut, Mohamad Aiman (PH) buat lawak untuk pengundi Semenyih.

Dengan rasa yakin dihadapan Tan Seri Muhyidin, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) beliau berkata "jika saya menang 2hb Mac, 3hb Mac segala masalah akan selesai".

Adakah calon PH nie benar-benar bijak untuk menghabiskan Ijazah Kedoktoran beliau atau beliau sama dengan Setiausaha Agung PPBM?

Beliau tercalon adalah untuk mewakili rakyat Semenyih bagi Negeri Selangor, tetapi cara berjanji tidak ubah seperti ahli parlimen PH yang pernah berkempen sebelum menjadi kerajaan dengan ayat padu mereka 'jika hari ini kita menjadi kerajaan, esok harga minyak akan turun' dan 'jika PH menang, esok pasti tol akan dihapuskan'.

Beliau dipilih sebagai calon adalah untuk mengekalkan kerusi N.24 yang mana PRU-14 telah dimenangi oleh calon PPBM dari PH. Dengan janji retorik semata-mata, beliau menampakkan kedangkalan apabila semua permasalahan yang berlaku akan selesai dengan hanya sehari selepas PRK.

Tidakkah ini memberi isyarat bahawa bekas ADUN PPBM terdahulu gagal melaksanakan tugas sehingga seorang anak muda yang masih menuntut akan melaksanakannya. Dengan janji kosong ini maka terbuktilah PH hanya mampu melahirkan manusia yang berpolitik hanya untuk berjanji, bukan yang mampu menepati.

Calon PH ini bukan ahli politik biasa. Beliau adalah menantu kepada allahyarham bekas ADUN Semenyih. Seharusnya beliau menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kecemerlangan arwah bapa mertuanya dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Semenyih. Tetapi ayat itu ditukar pula seperti budak sekolah rendah berjanji kepada guru apabila kerja rumah gagal disiapkan.

Sewajarnya beliau sebagai pemegang Ijazah mestilah bijak bila berkata-kata dan memandang kemampuan. Hanya kerana ingin meraih sokongan, sekali lagi PH melahirkan pemimpin yang 'bercakap dahulu fikir kemudian' seperti pemimpin tertinggi mereka. Celiklah jika berkata-kata. PH kini adalah kerajaan. Tetapi pemikiran tetap kebelakang sebagai pembangkang.

Sabtu, Februari 23, 2019

Jangan Sibuk Kerusi No 1 Sehingga Lupa Kerusi No 2

Dimana-mana mereka yang mengabdikan diri dalam dunia politik khususnya Pakatan Harapan (PH) sibuk menceritakan perihal antara Tun Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Anuar Ibrahim.

Segalanya timbul bermula apabila ketidak ikhlasan Tun dalam PH dengan tidak mengangkat kertas tertulis 'Anuar PM Ke-8' pada Konvensyen PKR yang dihadirinya. Ditambahkan lagi dengan perlantikan Dato' Seri Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi yang mana namanya tidak pernah dicalonkan oleh PKR.

Semua sedia maklum Tun Mahathir hanya meminta tempoh hanya dua tahun selepas PH memenangi PRU-14 pada 9hb Mei 2018 sebelum kerusi itu diserahkan kepada DS Anuar.

Kehebatan cita-cita Presiden PKR kini dilihat lebih menggunakan jalan selamat. Beliau yang pernah ditendang Tun ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada 1997 terlebih dahulu mengetahui kelicikan Tun sehingga DS Anuar awal-awal lagi mengumumkan beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan dalam kabinet melainkan hanya sebagai PM ke-8.

Jika melihat susun galur perancangan PH semuanya asyik mempertikaikan Tun Mahathir sebagai PM ke-7 khususnya ahli biasa. Mereka seperti panas buntot apabila sering melaungkan 'undur Mahathir !!!' bagi memberi laluan kepada DS Anuar.

Rakyat perlu sedar, untuk menjadi PM bukan semudah lantikan lembaga pengarah syarikat. Kerana yang dilantik itu adalah orang yang akan mengetuai kerajaan negara dan membawa imej Malaysia dimata dunia.

Selain itu, orang itu mestilah melalui empat syarat sebelum menjadi PM iaitu;

1. Berlaku kekosongan kerusi PM.
2. Mestilah sebagai seorang ahli parlimen.
3. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya 122 kerusi ahli parlimen di Dewan Rakyat.
4. DYMM SPBY Dipertuan Agong telah memutuskan melalui penghakiman baginda.

Jika dilihat pada empat perkara diatas, hanya kreteria nombor dua sahaja yang telah dipenuhi manakala nombor tiga akan berlaku jika berlaku undi tidak percaya pada sidang parlimen bulan Mac ini. Namun DS Anuar sendiri mengakui tiada usulan undi tidak percaya kepada PM pada sidang parlimen baik dari Keadilan mahupun DAP. Amanah hilang entah ke mana.

Mereka seperti menganggap percaturan hanya pada kerusi PM. Mereka tidak melihat bagaimana pula dengan kerusi nombor dua iaitu TPM.

Mereka mempersoalkan berkenaan kerusi PM dan siapa pengganti. Persoalan kini adalah siapa pula yang bakal memegang kerusi nombor dua negara?

Kini kerusi TPM diduduki oleh Datin Seri Wan Azizah (isteri kepada DS Anuar). Jika berlaku kekosongan kerusi PM, maka DS Anuar akan menjadi pengganti dimana isteri beliau kekal sebagai TPM.

Jika Malaysia ini sebuah syarikat maka tidak mustahil untuk sepasang suami isteri sebagai CEO. Namun agak janggal apabila suami isteri memegang tampuk pemerintahan negara. Inilah permainan PKR yang sentiasa membawa darah daging sebagai pemimpin sejak mula pertubuhannya.

Jika itu tidak akan berlaku (pasti akan berlaku walau hanya beberapa minggu), maka sekali lagi sejarah baru akan tercipta apabila PM dan TPM Malaysia akan meletakkan jawatan secara serentak. Maka Malaysia akan menjadi bahan jenaka dimata dunia apabila pemilihan pemimpin adalah permainan keluarga dan membuktikan dimata dunia bahawa politik Malaysia adalah murah.

Jika kerusi TPM dikosongkan, mereka yang akan mengisi kekosongan itu sudah semestinya bukan PPBM. Umum telah mengetahui bahawa PH adalah melalui perkongsian kuasa. Tidak kira mereka memenangi banyak atau sedikit kerusi parlimen maka mereka berhak mengisi kekosongan kerusi TPM dan yang menanti giliran adalah DAP dan Amanah.

Sebagai pengundi yang sah, sama-samalah berfikir sedalam-dalamnya. Jika politik keluarga ini terus menjadi tunjang pemerintahan Malaysia, maka tiada guna parti politik mempunyai ahli kerana yang memimpin hanyalah keterunan mereka. Siapa yang tiada darah keturunan maka impian jawatan hanya tinggal impian dan mustahil menjadi kenyataan.

Rabu, Februari 20, 2019

Semoga Allah Memberi Rahmat Kepada Kepimpinan Tun Mahathir

Kurang sebulan sahaja lagi sidang parlimen akan berlangsung. Saat-saat ini yang ditunggu-tunggu tidak kira rakyat Malaysia mahupun dunia.

Dalam kita semua menanti pembukaan parlimen penggal pertama ini berlangsung, pelbagai andaian dimainkan termasuklah undi tidak percaya kepada Perdana Menteri (PM), Tun Mahathir Mohamad.

Sewaktu Tun menjadi PM ke-4 selama 22 tahun, Tun mengetuai UMNO yang meletakkan kuasa mutlak kepada Presiden parti selaku nakhoda. Dengan kuasa mutlak itulah Tun berjaya menjadi PM dengan sokongan setiap parti lain yang mewakili bangsa mereka.

Tidak dinafikan berkat permainan politik perkauman oleh komponen BN telah membawa kesepakatan dalam pemerintahan selama 62 tahun sebagai kerajaan. Tiada perebutan kuasa sekaligus membawa Malaysia sebagai sebuah negara harmoni dimata dunia.

Namun kini Malaysia dipimpin sekali lagi oleh orang yang sama sebagai PM ke-7. Namun Tun bukan sebagai nakhoda UMNO yang banyak menyelamatkan beliau selama 22 tahun sebagai PM ke-4 kerana Tun bersama dengan parti yang menolak politik perkauman.

Semangat Malaysia Baru yang dilaungkan adalah perjuangan hak kesamarataan kuasa yang meberi ruang kepada pencabulan perlembagaan negara. Prinsip Rukun Negara yang kita semua pegang tidak lagi menjadi isu dalam pentadbiran kerajaan melainkan hanya meletakkan cita-cita bakal pengganti Tun sahaja.

Tun yang pada awal menyatakan beliau banyak melakukan kesilapan sepanjang pentadbirannya dahulu dan ingin membetulkan kesilapan beliau kali ini. Niat murni ini adalah sangat terpuji yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain.

Namun kepujian yang diberikan melalui kertas undi pada 9hb Mei 2018 sedikit demi sedikit mengurangkan kepercayaan rakyat kepada beliau.

Permainan politik Tun bukan susah untuk difahami. Tun akan melakukan apa sahaja demi memastikan perancangannya tercapai. Tun juga orang yang berpegang kuat dengan prinsip. Maka prinsip perjuangan bangsa melayu yang tertanam disanubari beliau sepanjang bersama UMNO bukan mudah untuk dipadam.

Umum mengetahui pada tahun 1997 Tun dengan jelas tidak mahu Dato' Seri Anuar Ibrahim sebagai PM bagi menggantikan beliau. Akibat hanya kuasa politik yang boleh menjatuhkan Dato' Seri Mohd Najib, Tun sanggup bertemu seteru beliau dan menyatakan DS Anuar adalah pengganti beliau sebagai PM ke-8.

Misi Tun ketika itu hanyalah ingin menjatuhkan DS Mohd Najib. Tiada misi lain bagi Tun termasuk kesungguhan mentadbir kerajaan. Akibat dengan kuasa politik, DS Anuar sanggup bekerjasama demi kelangsungan sebagai PM ke-8 dengan mudah tanpa jawatan dalam kerajaan.

Rakyat yang mengundi khususnya orang muda sangat daif dalam menilai. Mereka kebanyakannya bukanlah sepenuhnya mengikuti perkembangan politik apatah lagi sebagai ahli sesebuah parti politik. Mereka hanya menerima maklumat berasaskan media sosial tanpa hujah dan penilaian sebenar. Dalam erti kata lain mereka pengundi atas pagar sehingga BN telah ditumbangkan atas pilihan mereka.

Dengan kemenangan PH itu, maka semangat mentaliti pembangkang telah menjadi darah daging PH dimana setiap gerak geri mereka hanya menyalahkan orang lain tanpa mengaku kesalahan mereka.

Semangat bangsa dalam diri Tun masih menebal sehingga parti PPBM yang ditubuhkan oleh Tun melambangkan untuk bangsa dan memperjuangkan hak melayu. Sesungguhnya perjuangan ini telah sekian lama dijuangkan oleh UMNO sejak sebelum merdeka lagi.

Perjuangan DAP dan Keadilan sudah semua sedia maklum hanya memperjuangkan hak samarata kaum dari mula pertubuhan mereka sehingga kini selain semangat reformasi. Dengan semangat perjuangan kepartian yang berbeza antara PPBM, Keadilan dan DAP, maka kesepakatan PH sebenarnya tidak berhasil sama-sekali.

Kesepakatan mereka hanya ingin menjatuhkan BN dan DS Mohd Najib sahaja. Mereka tidak pernah mempunyai semangat perkongsian kuasa yang selama ini menjadi teras BN.

Namun kredit diberikan buat Amanah yang lebih banyak menjadi lalang dan memilih jalan selamat sebagai sebuah kerajaan. Mereka lebih menjalankan amanah rakyat dari terus bermain politik. Namun dengan permainan mereka juga telah menampakkan ketidak cerdikan mereka sebagai kerajaan dan rakan politik. Politik lalang inilah sebenarnya racun dalam sesebuah permuafakatan.

Akibat politik yang tidak stabil inilah sedikit sebanyak merencatkan ekonomi negara. Jika berterusan sebegini maka negara akan menjadi muflis sebagai mana kata-kata PH sebelum PRU-14. Muflis bukan perbuatan BN, tetapi PH.

Tun banyak mengaibkan orang sepanjang pemerintahan 22 tahun sebagai PM. Kini dengan permintaan menjadi PM ke-7 hanya untuk 2 tahun, tidak mustahil Tun akan diaibkan dengan permainan politik yang tidak menentu ini.

Demi menjaga kualiti dan kehormatan Tun sebagai Negarawan, adalah lebih baik Tun mencari inisiatif terbaik sebelum Tun meninggalkan jawatan sebagai PM ke-7. Tidak perlu sehingga undi tidak percaya pada persidangan parlimen akan datang. Kerana itu akan lebih mengaibkan negara.

Walaupun mereka menyatakan tiada usul itu akan dibuat pada persidangan parlimen, tidak mustahil berlaku kerana politik akan berubah mengikut persekitaran sepertimana Tun nyatakan sewaktu PPBM akan melebarkan sayapnya ke Sabah.

Semoga Allah merahmati pemerintahan Tun dan menutup aib beliau. Aamin.

Bezakan Politik Dan Kerajaan

Rakyat hari ini lebih banyak bersuara berkaitan kos sara hidup dan isu ekonomi berbanding permainan politik berparti. Formula-formula Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang (sebelum PRU-14) yang dicanang seperti formula menipu pengundi dan bukan formula sebagai jalan penyelesaian.

Kuasa membeli rakyat hari ini jika dibandingkan sebelum PRU-14 jauh lebih teruk. Kebimbangan pelabur-pelabur bukan sekadar pada kelembapan ekonomi negara, tetapi kerajaan yang sedang berkuasa lebih bermain politik dari menjalankan tugas sebagai kerajaan.

Dilihat kecenderungan PH untuk menyalahkan kerajaan lama juga menjadi faktor ketidak percayaan rakyat dan pelabur. PH sebelum PRU-14 telah berjanji bulan dan bintang walaupun mereka dengan lantang mengatakan negara ketika itu sedang berhutang sehingga 1 trilion ringgit. Maka setelah lebih 9 bulan mereka tidak lagi ingin mendengar alasan politik. Tetapi mereka mahu melihat penyelesaian oleh kerajaan terutama janji-janji yang semakin banyak dimungkiri.

Mentaliti kepimpinan PH juga masih tidak menampakkan mereka adalah kerajaan. Mereka lebih gemar bercakap dan tidak menjalankan amanah yang diberi rakyat seperti sebelum PRU-14. Percakapan mereka lancar dan berkesan dipentas politik yang penuh fitnah, tetapi apabila bercakap berkaitan akademik mereka lebih terkucil dari budak 17 tahun yang mengambil SPM.

Perkara ini seharusnya tiada dalam pentadbiran kerajaan baru. Jika seseorang itu mula bekerja disesebuah syarikat, mereka akan diberi minimum 3 bulan percubaan. Jika mereka lulus maka mereka akan diserap masuk secara tetap dan jika gagal maka mereka akan diberi tambahan tempoh 3 bulan lagi. Jika gagal syarikat akan menilai semula kerja mereka untuk menentukan sama ada mereka boleh menyambung lagi 3 bulan untuk dinilai atau diberhentikan.

Lihat pada tempoh yang diberikan bermakna mereka telah menerima lanjutan percubaan sebanyak tiga kali dan mereka kali ini masih menerima lanjutan percubaan untuk 3 bulan mendatang apabila PM menyatakan mereka masih baru dalam kerajaan. Tidak tahulah berapa kali lagi lanjutan sehingga PM dapat umumkan bahawa kerajaan mereka berjaya.

Inilah yang dipanggil politik dalam kerajaan. Jika benar mereka kerajaan, mereka akan mampu melaksanakan tugas seawal 1 bulan pertama untuk memahami, 2 bulan berikutnya untuk mengenali dan bulan-bulan seterusnya untuk menjalankan tugad di kementerian-kementerian yang mereka ketuai. Tetapi sehingga 9 bulan ini masih kedengaran mereka masih baru.

Isu masih baru dalam kerajaan seharusnya tidak kedengaran terutama dari mulut PM selaku ketua kerajaan. Mereka bukanlah kakitangan kerajaan, tetapi mereka adalah jawatan lantikan politik yang PM boleh tendang bila-bila masa.

Mereka seperti tahu dengan jawatan tinggi dalam parti politik mereka, maka mereka layak pada jawatan mereka sekarang. Dengan itu mereka membawa politik dalam kerajaan kerana mereka bercakap menggunakan kuasa politik dan bukan kakitangan awam.

Tibalah masanya untuk rakyat sedar menjadi kerajaan bukanlah hebat dipentas dengan pembesar suara yang boleh didengar sejauh lebih 2 kilometer, tetapi kibijaksanaan pemimpin itu dalam bidang akademik adalah menjadi teras pemilihan. Inilah akibat penilaian pendidikan dinilai dari kaki (isu kasut sekolah) oleh PH. Sehingga satu persatu isu penipuan pendidikan muncul dari parti PH selaku kerajaan. Lebih hebat mejoriti dari PPBM.

Selasa, Februari 19, 2019

Kerajaan Yang Perihatin Untuk Anak Muda

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Menteri Kewangan hari ini telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bukan hanya diterima oleh mereka yang sudah berkeluarga, akan tetapi akan diterima juga pada yang masih bujang.

Pengumuman itu sejajar dengan permintaan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad dan Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pakatan Harapan.

Siapa kata kepimpinan pusat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat menjinakkan DAP. Ini bukti kuasa melayu masih kuat dengan meminta, maka lebih 3 juta penerima bujang yang layak akan menerima bonus dari kerajaan PH. Kehebatan PPBM terserlah apabila Menteri Kewangan menyebut Timbalan PH yang merujuk Presiden PPBM.

Mereka yang masih bujang dan anak muda akan merasa lega dengan keputusan kerajaan memberi bantuan sebanyak RM100 seorang untuk meringankan beban dalam menghadapi ekonomi yang menjunam dengan kos sara hidup yang tinggi.

Bukan senang Menteri Kewangan ini memberi kelulusan kerana majoriti yang menerima ini adalah bangsa melayu. Oleh itu hargailah beliau kerana sanggup mengorbankan RM300 juta dari dana awam supaya setiap anak muda yang layak mendapat RM100 seorang untuk BSH2019 berbanding RM650 seorang untuk penerima BR1M. Inilah pilihan tepat anak muda.

Lebih membanggakan, permintaan ini dibuat oleh dua orang tertinggi PPBM sewaktu kempen PRK Dun Semenyih sedang berlangsung.

Ketika Barisan Nasional (BN) mengumumkan BR1M, kepimpinan PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah terus melaungkan BR1M adalah dedak dan rasuah politik. Setelah menjadi kerajaan mereka juga mengagihkan bantuan dengan cara yang sama namun nilai yang berbeza. Apakan daya anak muda hari ini hanya dihidangkan dedak murah sahaja setelah memilih mereka.

Oleh itu, celiklah mata wahai bangsa ku. Permainan yang sama sewaktu BN menjadi kerajaan dan kini oleh PH. Tiada beza. Cuma bezanya adalah dedak mahal dengan kualiti atau dedak murah yang penuh kontroversi. Semenyih bukti darah UMNO masih utuh dalam PPBM.

Ingatlah wahai PH. Dengan RM650 pun anak muda menolak BN pada PRU-14 lalu, inikan RM100 dari PH. Kepada lebih 3 juta penerima, jimat-jimat sikit kalau guna duit itu. Takut-takut tahun depan tidak dapat. Itu bantuan kerajaan, bukan PH.

Isnin, Februari 18, 2019

PRK Semenyih Cabaran Politik Melayu

Pilihanraya kecil (PRK) N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan 68 peratus pengundi adalah Melayu.

dari kiri Nik Aziz Afiq (PSM), Kwan Chee Heng (Bebas), Muhammad Aiman (PH), Zakaria (BN)

PRK N.24 DUN Semenyih ini adalah PRK ke-6 selepas PRU-14 pada 9hb Mei 2018 yang menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas.

Dengan majoriti pengundi melayu yang lebih, ia sebenarnya adalah cabaran buat calon melayu yang bertanding. Kerana pengundi bukanlah melihat pada calon semata-mata, akan tetapi pada parti yang diwakilinya.

Dilihat pada kelebihan calon PH, Muhammad Aiman Zakaria adalah bertepatan dengan semangat orang muda yang banyak memberi undi pada PRU-14. Calon juga bukan sahaja menantu kepada bekas ADUN Semenyih yang meninggal dunia, tetapi memiliki segulung Ijazah yang asli tanpa pembelian.

Sebagai orang muda yang ingin mengekalkan kemenangan, beliau masih lagi melanjutkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. Jika beliau menang pada PRK ini, beliau sememangnya harus diberi kelonggaran untuk menumpukan pelajarannya. Janganlah pengundi semenyih mengharapkan beliau untuk mengambil berat rakyat tempatan sebaliknya rakyat tempatan harus mengambil berat kepada beliau kerana beliau adalah pelajar.

Calon yang memberi saingan sangat sengit adalah dari BN yang diwakili oleh Zakaria Hanafi. Beliau bukan sekadar memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dengan kepujian, malahan beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir di UKM. Kini beliau mampu untuk terus bersama penduduk Semenyih selepas PRK akan datang.

Pengundi muda juga mempunyai pilihan apabila PSM menampilkan anak muda berumur 25 tahun, Nik Aziz Afiq Abdul sebagai calon. Tidak ramai yang mengenali latar belakang beliau jika tidak bersama PSM. Diharapkan calon ini lebih dikenali oleh rakyat tempatan jika tidak mahu mendapat kurang dari 200 undi. Amat sia-sia jika PSM hanya pandai meletakkan calon jika misi dan visi parti hanya ahli parti itu sahaja yang tahu.

Calon Bebas juga jangan dipandang enteng. Kwan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang amat sinonim berkaitan kebajikan. Beliau banyak membantu orang-orang melayu yang susah dari segi bantuan barangan seharian. Beliau yang berbangsa cina memilih untuk menjadi calon di Semenyih yang majoritinya orang melayu adalah cabaran kerana dengan ekonomi dan kuasa membeli yang merundum akan membawa kemenangan beliau. Kemenangan beliau hanyalah untuk orang susah dan bukan untuk membela dan memberi pembangunan yang terbaik pada penduduk semenyih.

Jika tanya soalan mana pilihan saya pada PRK N.24 Semenyih ini, saya memilih calon PH. Beliau muda dan mempunyai pengalaman mengurus duit sebagai Bendahari PPBM Bahagian. Saya amat menitik beratkan pendidikan. Sebagai seorang pelajar harus memberi tumpuan pada pelajaran. Oleh itu pergilah belajar dan mendapat Ijazah Kedoktoran itu dengan cemerlang. Jangan kerana politik sehingga pendidikan diabaikan. Politik tidak ke mana dan ia hanya pilihan. Maka sebagai ganti, calon BN adalah lebih layak.

Pemikiran UMNO Masih Tebal Dalam Diri Tun

Jika dilihat permainan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini oleh pengerusinya adalah corak permainan yang dicipta oleh Tun Mahathir pada UMNO sewaktu menjadi ahli UMNO bermula dari cawangan sehinggalah menjadi Presiden UMNO sekaligus memberi ruang untuk Tun menjadi Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun.

Sepanjang menjadi Perdana Menteri ke-4, warna-warni politik Barisan Nasional (BN) dicorakkan dengan hanya satu nakhoda atas sepakatan dalam komponen BN. Permainan itu sedang digunakan oleh Tun dalam membentuk pentadbiran bersama PKR, DAP dan Amanah.

Pakatan Harapan (PH) hari ini hanyalah tinggal harapan khususnya kepada anak muda apabila janji yang diberikan halal untuk dimungkiri. Lebih hebat adalah orang yang yang berucap agar janji haruslah ditepati untuk terus menjadi kerajaan pada Festival Demokrasi Kuala Lumpur 2019 itu sendiri yang memungkirinya.

Sewaktu beliau melepaskan jawatan sebagai PM ke-4 pada 2003, beliau berjanji akan berehat sepenuhnya dan tidak mengganggu penggantinya. Janji itu telah dimungkiri sehingga perletakan jawatan Tun Abdullah sebagai PM ke-5.

Sekali lagi beliau memungkiri janji. Bukan dengan ahli Bersatu, tetapi parti Warisan (Sabah) apabila Bersatu kini melebarkan sayap ke Sabah dengan alasan membantu YAB Dato' Seri Panglima Shafiee Afdhal.

Sebenarnya bukan Warisan yang harus dibantu Tun, tetapi Bersatu sendiri yang harus dibantu. Kita lihat Tun lebih menfokuskan untuk membuktikan pada dunia bahawa kipimpinannya mampu untuk menjadi 2/3 kuasa dalam parlimen seperti sewaktu beliau menjadi PM ke-4 sehingga mengetepikan parti komponen lain dalam PH.

Rakyat Malaysia khususnya gen Y menolak BN bukan kerana parti. Tetapi kerana taburan janji dan fitnah yang difokuskan kepada kepimpinan UMNO. Hari ini DNA UMNO terus kekal sehingga Bersatu terpaksa menarik ahli parlimen UMNO semata-mata untuk kuasa.

Secara teknikalnya memang Bersatu akan bertambah kekuatannya dengan pertambahan ahli parlimen itu. Harus diingatkan bahawa mereka hanya menarik ahli parlimennya sahaja tanpa kekuatan ahli. Itu lebih teruk kerana permainan politik sempit ini akan mengundang padah pada PRU-15.

Kekuatan UMNO yang mengetuai BN nampaknya kini lebih hebat kerana penyatuan BN bukan sahaja menjadi teras kejayaan besar Tun sebagai PM ke-4, tetapi Tun nampaknya menjerat diri sendiri apabila beliau sendiri dengan bangga mengumumkan Bersatu disertai ramai bekas ahli-ahli UMNO.

Lim Kit Siang, pemimpin kanan DAP sendiri pernah menyatakan kesediaan untuk meninggalkan PH jika permainan Tun tetap menarik bekas ahli UMNO kedalam parti. Dengan perkembangan terkini Kit Siang haruslah membuktikan dengan tegas pendirian DAP dan DAP sentiasa mengotakan segala janji dan kata-katanya hanya untuk rakyat dan bukan untuk parti seperti mana yang diperjuangkan. Jangan sampai ahli DAP sendiri yang melabel Kit Siang 2x5 dengan Tun.

Warisan juga haruslah sedar bahawa Presiden parti itu seperti boneka sahaja untuk mencapai kejayaan pada PRU-14 lalu. Ia membuktikan kuasa kini bukan pada permuafakan dalam PH, tetapi hanya dikuasai oleh seorang yang sentiasa menghalalkan cara sendiri demi kelangsungan politik peribadi.

Apa yang dilakukan Tun bukanlah atas perjuangan parti, tetapi untuk menjadikan UMNO 2.0. Jika Bersatu menjadi UMNO 2.0, untuk apa lagi DAP, Keadilan dan Amanah kekal bersama Bersatu. Tinggalkan PH dan buktikan bahawa Tun bukanlah killer sebenar pada PRU-14. Sebab UMNO yang diperkatakan oleh PH sudah rosak. Maka bodohlah apabila komponen yang rosak dibawa masuk.

Virus-virus inilah menyebabkan BN ditumbangkan pada PRU-14. UMNO dengan rasa bangga menyerahkan virus ini kepada Bersatu supaya ia tidak menjadi barah dalam UMNO. Syabas kepada DAP yang kini memang tidak bekerjasama dengan musuh nombor satu mereka iaitu UMNO, tetapi DNA UMNO tetap wujud untuk mematikan perjuangan DAP dalam bersatu.